Pernah tak anda berasa sangat stres dan tertekan dengan tangisan dan rengekan anak-anak? Suka menyepah kat rumah. Apabila dibawa keluar, minta itu dan ini. Pernah mengalami situasi seperti ini?

Menurut Dr Ezairy M Sallih, kanak-kanak belajar bagaimana merengek sebaik sahaja mereka mula boleh bercakap dan membentuk ayat penuh.

Kebanyakan ibu bapa meminta anak-anak mereka untuk berhenti merengek dalam suatu bentuk ‘arahan’ atau ada yang terus memarahi mereka. Namun sedarkah anda bahawa itu tidak akan mampu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada merengek jika mereka sedang berada dalam mood yang tidak baik, kecewa, letih, lapar, atau berasa kurang sihat.

Kita sebagai ibu bapa harus bijak dalam menangani anak-anak yang kerap merengek dan menangis. Jangan panik dan terus memarahi mereka.

Ambil Hati Anak Dulu Bila Mereka Tengah Merengek Dan Buat Perangai. Baru Mudah Nak Pujuk!

Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani anak-anak yang kerap merengek dan menangis di mana-mana juga situasi :

IKLAN

1)Apabila anak anda bercakap dengan suara yang merengek-rengek, kerap merajuk, menangis dan marah-marah, berkatalah kepada mereka dengan senyuman (untuk menunjukkan yang anda tidak marah), “Ayah minta maaf, suara adik tadi tak dengar sangat, telinga ayah pun tak boleh dengar semasa adik merengek tadi. Boleh ulang sekali lagi, sayang. Guna suara adik betul-betul, tak payah marah-marah merengek-rengek macam tadi tu.”

2) Jika anak-anak anda mengulangi sekali lagi merengek-rengek dan menangis-nangis, letak tangan anda ke telinga anda dan katakan sekali lagi dengan senyuman, “Ayah tahu adik nak kata sesuatu tetapi telinga ayah tak berfungsi ni, tak boleh dengar. Boleh tak adik guna suara adik betul-betul, tak payah marah-marah macam tadi? ”

3) Jika kanak-kanak mulai mengubah nada mereka dengan lebih perlahan dan tidak lagi marah serta merengek, berkatalah, “Sekarang ayah dah dapat dengar suara adik. Terima kasih tau sebab adik tak cakap marah-marah,” dan sebut lagi kepada anak kita. “Telinga ayah pun happy sangat apabila dengar suara adik macam tadi,”

Jika selepas dua permintaan awal tadi, anak kita masih lagi merengek dan tak mahu berhenti menangis, nak buat apa? Cuba berpaling atau abaikan mereka sehingga mereka datang sendiri kepada kita tanpa merengek. Mereka pasti akan datang.

5) Jika selepas itu mereka bertambah menangis, cuba katakan kepada mereka, “Ayah nak dengar suara adik, ayah betul-betul nak dengar ni.” Jika anak kita ada merendahkan sedikit suaranya, cuba buat semula langkah nombor 3. Cubalah guna teknik ini di rumah dan di mana-mana sahaja untuk menangani anak-anak kita. Banyakkan pujian atas setiap usaha mereka daripada meninggi suara, tak ada guna. Matlamatnya adalah untuk kita membentuk tingkah laku mereka secara beransur-ansur. Supaya mereka tahu bahawa setiap usaha mereka walaupun kecil akan diberi ganjaran. Mereka akan rasa diri dihargai.

IKLAN

Ambil Hati Anak Dulu Bila Mereka Tengah Merengek Dan Buat Perangai. Baru Mudah Nak Pujuk!

6) Bagi memastikan teknik ini berkesan untuk anda dan isteri anda, anda harus melakukannya dengan teknik yang betul dan konsisten 100% sehingga tabiat anak-anak kita secara perlahan-lahan berubah. Semakin konsisten anda, lebih cepat tabiat mereka akan berubah.

7) Untuk mengelakkan anak merasa disuruh atau rasa diperintah, cuba hantarkan gelombang sayang kepada mereka. Cakaplah dengan nada ringan dan dorongan apabila anda membuat permintaan.

IKLAN

8) Cuba untuk meningkatkan lagi usaha anak anda dengan pujian-pujian yang membina. Boleh lakukan dengan beberapa cara yang mudah (seperti dalam contoh pada langkah nombor 3).

Ambil Hati Anak Dulu Bila Mereka Tengah Merengek Dan Buat Perangai. Baru Mudah Nak Pujuk!

9) Apabila anda lihat anak anda semakin kurang merengek dan marah-marah dari sehari ke sehari (kita nampak mereka perlahan-lahan mulai berubah), teruskanlah teknik ini supaya nada suara mereka terus menjadi semakin berkurang dan perlahan-lahan akhirnya tidak lagi mudah merengek dan marah-marah.

10) Lebih tenang dan lebih kurang emosi apabila anda berkomunikasi dengan anak-anak, lebih mudah untuk anak anda terima setiap mesej yang anda sampaikan. Jika tidak, mereka akan berterusan merengek dan menangis-nangis kerana mereka berasa mendapat ‘tindak balas’ daripada anda dan seterusnya akan terus mendorong kepada perkara lebih buruk.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI