Amyra Rosli yang kembali set penggambaran tidak akan meninggalkan Aqeef tanpa pemantauan sendiri atau ahli keluarga.

Kelahiran Aqeef Anaqi pada Oktober 2017 mewarnai  kehidupan Amyra dan Amar yang bergelar ibu bapa buat pertama kali. Menjadi ibu baru memang menjadi keterujaan dan menyeronokkan, Amyra juga tidak terkecuali.

Amyra Rosli yang telah kembali ke set penggambaran berkata dia dan Amar sepakat untuk tidak meninggalkan Aqeef tanpa pemantauannya dan ahli keluarga. Aqeef sama ada akan dijaga oleh Amar, ibu,  adiknya atau ahli keluarga sahaja. Jika Aqeef dijaga pembantu sekali pun, ia di bawah pemantauan mamanya dan ahli keluarga. Amyra juga merancang untuk membawa Aqeef ke set  penggambaran sekiranya keadaan bersesuaian.

Amyra Rosli Tidak Akan Tinggalkan Aqeef Anaqi Tanpa Pemantauan Sendiri Atau Ahli Keluarga

PANTANG 45 HARI

IKLAN

Ketika berpantang, Amyra dijaga Amar dan ibunya serta perawat pantang. Seperti kebanyakan wanita yang berpantang 40 hari atau 44 hari, Amyra telah berpantang selama 45 hari. Pada hari ke-50, dia telah berlepas ke Thailand bersama Amar untuk membuat persiapan berkaitan kerja.

“Ketika berpantang, Myra buat semua seperti bertungku, bertangas, urut dan berbengkung. Bab pemakanan juga dijaga termasuk mengelakkan makanan yang berangin dan sejuk. Berat sebelum bersalin ialah 58kg akhirnya dah pun turun ke 47kg,” kata Amyra yang turut menyusukan Aqeef.

AMAR NAK BUAT SEMUA!

Amar walau pun tidak biasa jaga bayi sebelum ini ambil inisiatif belajar untuk jaga Aqeef. Sebulan pertama selepas Aqeef lahir, Amar tidak mengambil mana-mana job sebaliknya menjaga dua buah hatinya itu.

IKLAN

Amyra Rosli Tidak Akan Tinggalkan Aqeef Anaqi Tanpa Pemantauan Sendiri Atau Ahli Keluarga

“Amar sayang sangat pada Aqeef. Kalau boleh semua benda ingin dilakukan itu walau pun Myra tak minta. Pada waktu malam pula, Amar akan menjaga Aqeef dan bantu sendawakan selepas menyusu. Myra kadang-kadang kesiankan dia penat lepas balik shooting, tapi dia enjoy,” kata Amyra yang ditemui selepas pelancaran kedai Tateh Wangsa Maju baru-baru ini.

Amyra Rosli Tidak Akan Tinggalkan Aqeef Anaqi Tanpa Pemantauan Sendiri Atau Ahli Keluarga

IKLAN

Selain itu, pengalaman menjaga anak buah amat membantu Amyra dan Amar. Pasangan ini telah menjaga anak buah berusia lapan bulan beberapa bulan sebelum Aqeef lahir  dan mengakui pengalaman ini amat membantu mereka menyesuaikan diri dan praktis. Dia yang pada permulaannya rasa tidak yakin untuk menjaga anak kecil akhirnya lebih confident.

 AQEEF CEBURI SENI?

Aqeef Anaqi diakui ibunya seorang bayi yang mudah diuruskan dan suka main air. Amyra juga melahirkan harapan agar Aqeef menjadi orang yang berjaya. Tidak kisah andai ditakdirkan Aqeef menceburi bidang seni, asalkan dia tahu membawa diri dan menghormati orang tua.

Gambar & video: Instagram Amyra Rosli & Aqeef Anaqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI