Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.

Anak 3 Hingga 4 Tahun Bertanya Sehingga 288 Soalan Sehari? Tip Ini Untuk Ibu Bapa Sedia Menjawab

Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak

IKLAN
  1. Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
  2. Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
  3. Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
  4. Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.

“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” 
“adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”

  1. sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.

“kenapa orang tu gemuk abi? 
“kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”

  1. Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.

“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”

IKLAN
  1. Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
  2. Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”

“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.

Anak 3 Hingga 4 Tahun Bertanya Sehingga 288 Soalan Sehari? Tip Ini Untuk Ibu Bapa Sedia Menjawab

IKLAN
  1. Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.

“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?”
Pastikan anda tepati janji.

  1. Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.

Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI