Perasan tak anak umur 3 tahun makin bijak manipulasi kita sebagai ibu ayah. Macam-macam perangai dia tunjukkan.

Kadangkala ibu atau ayah mudah jadi ‘cair’ bila anak minta sesuatu sampai dia dapat. Sebenarnya anak umur 3 tahun semakin bijak memahami kelemahan anda, jadi berhati-hati.

Ibu ayah kena faham betul-betul karektor anak dan apa aktiviti terbaik untuk mereka supaya perkembangannya lebih optimum.

Anak 3 Tahun Makin Bijak Manipulasi Ibu Ayah. Faham Betul-Betul Karektor Mereka
Puan Ruby Atika

Puan Ruby Atika seorang Speech Therapist yang mempunyai pusat terapi pertuturan berkongsi karektor, kebolehan dan aktiviti yang sesuai dibuat dengan anak 3 tahun.

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus.

Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi.

Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi.

Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.

Anak 3 Tahun Makin Bijak Manipulasi Ibu Ayah. Faham Betul-Betul Karektor Mereka
Kredit foto: Instagram noorabita

Si Kecil Semakin Bijak

Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti ‘arts and painting’ amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa saja peralatan dalam rumah (span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas).

Anak 3 Tahun Makin Bijak Manipulasi Ibu Ayah. Faham Betul-Betul Karektor Mereka
Kredit foto: Instagram noorabita

Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah.

Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya.

Contoh paling mudah ialah penggunaan gadget dan tv. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat.

IKLAN

Bagi kanak-kanak luar bandar, sudah ada yang pandai keluar bermain di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa dan tidak pula meminta izin untuk keluar (padahal umur baru 3 tahun! bayangkan anak itu pada usia 15 tahun nanti)

Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya : “mama, nak keluar.” “adik nak ikan” “ni kasut ayah”.

Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.

Aktiviti Untuk Rangsang Si Kecil

Antara aktiviti berkaitan pertuturan-bahasa yang boleh dibuat oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:

IKLAN
Anak 3 Tahun Makin Bijak Manipulasi Ibu Ayah. Faham Betul-Betul Karektor Mereka
Kredit foto: Instagram noorabita

1) Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang.

Contohnya : “letak seluar ni dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja”,  “buang tisu ni dalam bakul sampah, lepas tu basuh tangan.”
Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.

2) Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna.

Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.

3) Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak.

IKLAN

Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut.

Anak 3 Tahun Makin Bijak Manipulasi Ibu Ayah. Faham Betul-Betul Karektor Mereka
Kredit foto: Instagram noorabita

4) Aktiviti bercerita buku bergambar.

Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.

5) Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian.

Berhenti sekejap dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul.

Jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.

Sumber: Ruby Speech Therapy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI