Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.

Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.

Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.

 

1.Elak pergaduhan

Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.

Berikan pujian apabila anak berkelakuan baik

2.Beri pujian

Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.

3.Minta maaf

Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.

Kongsi makanan dengan adik beradik secara tidak langsung memupuk kasih sayang

4.Kongsi makanan

Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.

5.Bagi pilihan

Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.

6.Aktiviti mengaji

Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.

7.Sembahyang jemaah

Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.

8.Alam sekeliling

Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.

Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai bonding atau kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak.

 

 

 

Tinggalkan Komen