Email daripada seorang ibu yang bertanya, adakah anaknya seorang autisme boleh dihantar ke tadika biasa memberikan makna tersirat bahawa ibu ini inginkan anaknya membesar sebagaimana anak normal lain.

Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan apabila mengambil keputusan untuk menghantar anak ke tadika biasa untuk bercampur dengan kanak-kanak normal.

Kanak-kanak autisme juga mempunyai hak yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Mereka berhak menerima pendidikan dan layanan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. . Ikuti pendapat pakar ini mengenai dilema seorang ibu yang mempunyai anak autisme.

Kanak-Kanak Keperluan Khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu samada atas satu sebab atau memerlukan bantuan khas, sokongan dan rangsangan yang berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka juga boleh dirujuk sebagai  kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat antaranya kerencatan akal, kecacatan fizikal, kekurangan penglihatan, kekurangan pendengaran, gangguan pertuturan dan kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

IKLAN
Anak Autisme Boleh Hantar Ke Tadika Biasa Jika Ada Semua Ini. Motivasi Sungguh Penjelasan Pakar Ini
Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran membaca kanak-kanak yang berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan apabila mereka ditempatkan bersama anak-anak yang normal dalam kelas yang sama.

Pro & Kontra

Bagaimana terdapat juga persoalan adakah anak ini sesuai dimasukkan dalam kelas atau bilik darjah biasa dan belajar bersama kanak-kanak normal yang lain? Sebenarnya Terdapat beberapa kelebihan dan juga kekurangan yang boleh dibincangkan sekiranya perkara ini berlaku.

Antara manfaat yang boleh diperolehi oleh kdua dua pihak iaitu kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan apabila ditempatkan dalam bilik darjah yang sama akan lebih mudah belajar bagaimana untuk bersosial dengan rakan rakan yang lain.

IKLAN

Biasa akan mula meniru tingkahlaku sosial ini secara tidak langsung terutama melalui akiviti bermain. Bagi kanak-kanak normal pula mereka akan belajar mempunyai perasaan empati terhadap masalah atau cabaran bersosial yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran membaca kanak-kanak yang berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan apabila mereka ditempatkan bersama anak-anak yang normal dalam kelas yang sama. Keadaan ini berlaku apabila mereka mendengar sebutan atau bacaan dari kanak-kanak normal yang  lain. Biasanya akan terdapat peningkatan dalam perbendaharaan kata dan kelancaran bacaan dan sebutan perkataan juga kedengaran lebih jelas.

IKLAN

Selain itu, memasukkan anak-anak berkeperluankhas dalam kelas biasa juga dapat meningkatkan yakin diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Mereka akan rasa lebih dihargai dan rasa diri mereka di terima dalam kalangan kanak-kanak yang normal.

Peningkatan yakin diri ini penting dalam membantu kanak-kanak berkeprluan khas ini mengembangkan potensi diri mereka tanpa ragu-ragu. Adalah amat penting bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk berada dalam suasana kelas biasa supaya mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak normal lain.

Bagaimanapun adalah dicadangkan supaya guru-guru prasekolah juga mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas supaya dapat memberi bantuan tepat kepada kanak-kanak.

Bagi ibu pula,seeloknya carilah prasekolah biasa yang juga mempunyai program khas untuk anak-anak berkeperluan khas ini dan mempunyai guru yang terlatih dalam bidang ini supaya potensi kanak-kanak ini dapat dikembangkan secara menyeluruh dan betul.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI