Kalau anak sengaja buat perangai sebabnya dia nak perhatian. Lagi-lagi kalau umurnya masih kecil. Contohnya seperti ini:

“Perangai anak saya semakin menjadi-jadi bila dah ada adik”

“Semakin saya marah, semakin dia buat”

Kalau ada mak ayah yang ada masalah di atas, yang pertama perlu faham perkembangan emosi dan sosial anak yang sedang dalam fasa autonomi semasa umur 18 hingga 3 tahun. Semua benda nak buat sendiri, contohnya tengah makan bubur nak rampas sudu sebab nak makan sendiri.

Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi kalau kes diatas bukan dikira anak “buat perangai” ya tetapi anak “nak belajar” dan terpulang pada mak ayah nak mengatasinya macam mana mengikut kreativiti masing-masing.

“Anak buat perangai” ini adalah keadaan apabila:

  1. Anak sengaja baling barang.
    2. Tumpahkan air dengan sengaja.
    3. Hantukkan kepala dekat dinding.
    4. Koyakkan buku dengan sengaja.

Anak Bawah 3 Tahun Sengaja Buat Perangai? Tak Perlu Marah Tapi ‘Ubatnya’ Bagi Perhatian

IKLAN

Senang cerita, apa-apa perbuatan yang anak sengaja buat walaupun dah tau kesannya akan kena marah. Seolah-olah perbuatan anak mencabar mak ayah. Makin dimarah, makin seronok dia buat.

Kalau ada, maksudnya mak ayah kurang beri perhatian kepada anak sehinggakan anak “terpaksa” guna cara salah untuk menarik perhatian mak ayah. Anak rasa lebih disayangi dan diberi perhatian apabila buat jahat berbanding buat baik.

“Perhatian” yang dimaksudkan ini bukannya bermaksud jasad sahaja dengan anak tetapi mata dan otak dekat tempat lain seperti tv atau gadget. Beri perhatian adalah memberi sepenuh jasad, jiwa dan raga mak ayah kepada anak.

Anak buat perangai bukan salah anak, tapi salah mak ayah. Cuba tanya diri sendiri dan buat “Matematik Kasih Sayang” di bawah

  1. Berapa jam sehari kita berikan anak perhatian dimana jasad, otak, jiwa dan raga 100% pada anak?
    2. Kalau 10 kali tangan mak ayah ditarik oleh anak, berapa kali mak ayah menyahut panggilan anak untuk main sekali?
    3. Berapa patah perkataan mak ayah cakap dengan anak dalam sehari?
    4. Dalam sehari berapa kali anak diberi ciuman dan pelukan?
    5. Cuba kira berapa lama dalam sehari mata mak ayah bertentang dengan anak?
    6. Berapa kali mak ayah memuji/marah anak apabila anak berkelakuan baik/buruk?

Cuba kira kuantiti di atas tolak dengan kuantiti anak dapat perhatian bila “buat perangai”.
(Perhatian semasa anak berkelakuan baik) – (Perhatian semasa anak berkelakuan buruk) =? Kalau jawapan positif, tahniah.

IKLAN

Kalau negatif, maksudnya anak kurang perhatian dan mak ayah perlu perbaiki cara dan didikan dalam memberi kasih sayang kepada anak untuk mengelakkan masalah tingkah laku yang lebih serius di masa akan datang.

Anak Bawah 3 Tahun Sengaja Buat Perangai? Tak Perlu Marah Tapi ‘Ubatnya’ Bagi Perhatian

Manusia, tak kiralah dari bayi sampai dewasa memang memerlukan perhatian cuma keperluan perhatian kita lama-kelamaan akan bertukar ke perkara lain. Bagi anak bawah 3 tahun, sangat memerlukan perhatian mak ayah walaupun dah ada adik lain sewaktu ini.

IKLAN

Situasi anak buat perangai memang normal berlaku pada anak yang lewat bercakap juga kerana sukar meluahkan perasaan dan kemahuan. Hanya 1 sahaja tips saya untuk mengatasi masalah di atas:

Pulangkan 6 perkara yang sememangnya hak anak sejak dilahirkan ke dunia:
1. Komunikasi.
2. Pelukan dan ciuman.
3. Main bersama.
4. Bertentang mata.
5. Masa yang berkualiti.
6. Memuji apabila anak berkelakuan baik.

Saya pun tak terlepas dengan masalah di atas, tetapi setiap kali anak buat perangai saya akan tanya semula 6 soalan diatas serta muhasabah kesilapan sendiri dalam memberi perhatian kepada anak.

Semoga kita semua dapat menjadi mak ayah terbaik untuk anak-anak kita.

Sumber: Maryam Jamadi 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI