Sebelum tidur kita kena rajin untuk bacakan buku cerita atau bed time story pada anak supaya anak boleh jadi pintar. Biarpun anak itu baru berusia setahun namun ia memberi kesan postif kepada pembelajarannya di tadika apabila berusia enam tahun. Apa yang pasti, otak anak ini bagaikan span yang akan menyerap apa sahaja yang didengarnya dipersekitarannya. Jadi pastikan buku yang dipilih itu mempunyai isi kandungan yang berkualiti.

Anak Boleh Pintar Jika Ibu Ayah Rajin Bacakan Buku Sebelum Tidur. Boleh Ikut Tip Mudah Ini

Berikut 7 manfaat membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur
1.Berdasarkan data dari National Center for Education Statistics di Amerika Syarikat, ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada anak cenderung untuk menjadi pembaca yang lebih baik dan pintar di sekolah.
2.Interaksi semsa proses membaca membuatkan minat anak semakin tinggi terhadap buku.
3.Setiap helaian buku akan membantu anak menambah perbendaharaan kata anak-anak dan dapat mengetahui kosa kata baharu.

4.Membaca membuatkan anak-anak belajar berfikir mengenai watak-watak dalam penceritaan itu.

5.Mewujudkan ‘soal jawab’ apabila anak mula bertanya apa kesan dan akibat kepada watak-watak dalam buku.
6. Anak-anak mengenali pelbagai pewatakkan dalam buku seperti watak jahat, baik, sopan, berani dan sebagainya.
7. Rasa ingin tahu yang tinggi apabila kreativiti dan imaginasi wujud semasa anda membaca buku cerita.

IKLAN

Tahukah anda, penyelidikan saraf menunjukkan bahawa apabila ibu bapa yang berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak-termasuk membaca, kanak-kanak memperolehi banyak manfaat daripada apa yang kita fikirkan, ” kata G. Reid Lyon, Ph.D., Ketua Perkembangan Kanak-Kanak Dan Cawangan Tingkah Laku Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan Dan Pembangunan Manusia Di Bethesda, Md.

Justeru, sebagai ibu bapa kita harus tahu cara yang betul memilih buku. Oleh itu, bagaimana untuk memilih buku yang sesuai supaya dapat membina daya pemikiran anak. Berikut 7 cara yang betul memilih buku buat anak

IKLAN

Anak Boleh Pintar Jika Ibu Ayah Rajin Bacakan Buku Sebelum Tidur. Boleh Ikut Tip Mudah Ini

IKLAN

1. Pilih buku yang menggunakan perkataan pendek dan singkat supaya lebih mudah untuk diingat oleh anak.
2.Berikan buku cerita atau dongeng yang sering anda baca sebelum si kecil tidur. Oleh itu, memudahkan anak untuk mengenali setiap kosa kata yang terdapat pada buku tersebut.
3.Pastikan isi kandungan buku itu berkualiti supaya memudahkan anak dalam proses pembelajarnya.

4.Pilih buku bacaan khas untuk kanak-kanak supaya isi kandungannya mempunya unsur-unsur moral seperti menghormati ibu bapa, sikap rajin, sikap berdikari, anak yang baik dan sebagainya.

5. Pastikan buku dihasilkan dengan gambar bersaiz besar dan ilustrasi yang menarik supaya memudahkan anak memahami isi kandungan buku tersebut.
6. Buku yang memiliki gambar hitam putih tidak sesuai untuk anak yang sudah besar dan ia juga akan membuat anak cepat bosan. Seharusnya memilih buku dengan gambar yang berwarna terang untuk menarik minat anak.
7. Jangan lupa untuk memilih buku yang mempunyai tulisan yang bersaiz besar supaya mudah anda dan anak untuk membacanya (sekali-sekala anda suruh anak baca buku dan anda yang dengar pula).

Namun pastikan buku itu berguna untuk melatih kemampuan dan kecerdasan otak anak. Semoga panduan ini bermanfaat untuk ibu ayah mendidik anak menjadi seorang yang cemerlang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI