Anak faham semua, tapi tak boleh nak cakap. Kalau nak sesuatu dia akan tunjuk, angguk, atau geleng kepala. Kadang-kadang apabila keluar perkataan dari mulut anak, ibu ayah pun kurang faham. Adakah anak anda ada masalah ini?

Menurut Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika, kanak-kanak yang mengalami verbal apraxia selalu menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;

1) Anak boleh faham arahan, boleh mengenalpasti gambar serta mengenal anggota badannya.

2) Anak boleh berinteraksi secara bukan verbal seperti menunjuk, angguk @ geleng kepala, dan kelihatan jelas dia berusaha untuk berinteraksi dengan ibu bapa.

3) Anak cuba untuk menyebut, tetapi suaranya tidak terkeluar, atau bunyi yang terhasil tidak tepat. Contohnya dia cuba meniru sebutan ‘u’, tetapi bibirnya teragak-agak untuk dimuncungkan.

4) Anak yang bercakap pula, sebutannya amat sukar difahami oleh orang yang bukan ahli keluarganya.

Anak Faham, Tapi Nak Apa-Apa Tunjuk, Angguk Atau Geleng Kepala. Jika Ada Tanda Ni, Jumpa Pakar

IKLAN

5) Kesilapan yang berlaku adalah tidak konsisten. Kadang-kadang dia sebut dengan betul, kadang-kadang salah. Ada masa dia sebut ‘aju’, ‘atu, ‘acu’ untuk perkataan yang sebenarnya ‘baju’.

6) Sebutan yang automatik seperti kira 1-10, nyanyi lagu, adalah lebih mudah disebut. Anak juga boleh meniru sebutan dengan betul apabila disuruh. Tapi bila dia sebut sendiri, jadi salah.

7) Perkataan yang banyak sukukata adalah lebih sukar. Contohnya ‘matahari, keretapi, helikopter’.

Apakah punca masalah verbal apraxia?

1) kerosakan neurologi (saraf otak), yang diakibatkan oleh penyakit seperti sawan, jangkitan dan kecederaan otak.

IKLAN

2) tidak diketahui.

Masalah verbal apraxia boleh terjadi dalam tahap berbeza, seperti – sedikit, sederhana, teruk, sangat teruk.

Anak Faham, Tapi Nak Apa-Apa Tunjuk, Angguk Atau Geleng Kepala. Jika Ada Tanda Ni, Jumpa Pakar

Kesan:

IKLAN

– Anak yang mengalami verbal apraxia selalunya berasa kecewa kerana dia tahu bahawa sebutannya salah, tapi tak mampu nak membetulkan sendiri.

– Mereka jadi malu untuk berinteraksi apabila masuk ke kelas.

– Mereka menjadi bahan ejekkan rakan-rakan kerana sebutannya yang salah.

– Guru tadika tidak faham apa yang disebut oleh murid.

Kenalpasti pertuturan anak anda. Bawa anak berjumpa dengan speech therapist untuk penilaian sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada pertuturan anak anda.

Sumber: RubyAtika

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI