
Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?
Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.
Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan
✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut
✔️ Kesukaran untuk tidur
✔️ Sakit telinga
✔️ Sakit pada otot muka
✔️ Sakit kepala pada waktu pagi
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.
Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
Sumber: Public Health Malaysia
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Kali Anak Positif COVID-19, Aisyah Hijanah Reda Dengan Ujian

Dua kali anak positif COVID-19, instafamous dan juga seorang usawahan, Aisyah Hijanah reda dengan ujian yang melandanya. Beliau mengakui semua yang berlaku atas izin Allah mesti ada sebabnya.
Aisyah berkongsi perkhabaran tersebut di Instagram Story yang menunjukkan keadaan anak sulungnya, Khadeejah mengalami demam teruk diikuti dengan cirit-birit sejak diambil daripada rumah keluarganya.
Menurut Aisyah, Khadeejah ditinggalkan di bawah jagaan keluarganya kerana dia dan suami outstation atas urusan kerja.
“Tak nak bawak travel sebab takut dia berjangkit, letak kat rumah pula dia kena,” demikian luahnya dalam IG Story.
Menurutnya kebanyakan hospital penuh kerana ramai jumlah kanak-kanak yang sakit dan perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Justeru, ibu muda ini hanya memantau dan menjaga Khadeejah di rumah sahaja.
Selepas memantau suhu badan dan tahap oksigen Khadeejah menggunakan termometer dan oksimeter, Aisyah bersyukur penat lelah & tak tidur malamnya berbaloi kerana demam anaknya semakin menurun dan cirit-birit turut berkurangan tetapi perlu dipantau.
Dalam masa yang sama, Aisyah mengakui otaknya sentiasa ligat berfikir macam-macma benda berkaitan perniagaan dan pelbagai aktiviti yang dirancangnya namun dalam masa yang sama dia diduga sekali lagi apabila anak disahkan positif.
Aisyah juga mengakui keadaan kesihatannya juga kadangkala turun naik kerana perlu menjaga diri sendiri dan ahli keluarga di rumah. Katanya ibu-ibu kebanyakan merasakan dia mampu uruskan semua benda dalam satu masa.
Dia bersyukur kerana masih mampu menjaga anak yang sakit sendiri di rumah dan bersyukur ada gajet yang mampu membantu memantau tahap kesihatan anak dan sentiasa update kepada doktor.
Aisyah berdoa agar Khadeejah segera sembuh dan selepas ini dia bercadang untuk sentiasa membawa anaknya bersama sepanjang masa walaupun untuk travel tetapi hanya lokasi berdekatan sahaja.
Untuk rekod, baby Khadeejah pernah dijangkiti virus COVID-19 pada awal Oktober 2021.
Boleh baca: “Menangis Sebab Teruk Melecet” Rindu Anak Aktif Macam Selalu, Anak Aisyah Hijanah Positif Covid-19
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Sumber: IG Aisyah Hijanah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Sudah Ada Banyak Gigi Susu? Buat Cara Ini Elak Gigi Cepat Reput

Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu. Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.
Bayi juga akan mempunyai:
- 4 batang molar kedua.
- 4 batang molar pertama.
- 4 batang gigi taring.
- 4 batang gigi insisor lateral.
- 4 batang gigi insisor tengah.
- Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
- Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut.
- Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis.
- Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi.
- Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Wanita Tidak Sedar Ada Fibroid. Doktor Kata Salah Satu Puncanya Obesiti

Kebanyakan wanita tidak sedar ada fibroid pada rahim mereka. Doktor ini menjelaskan salah satu puncanya ialah obesiti.
Dr Muhammad Izat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan terdapat 8 simptom fibroid pada wanita. Ramai yang tidak perasan kewujudannya.
APAKAH FIBROID?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid – merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.
Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni bole bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan leiomyosarcoma.
1 DARI 3 WANITA MEMPUNYAI FIBROID
Fibroid sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan ler terkejut kalau doktor cakap ada fibroid ternampak masa scan. Tanpa disedari pun boleh ada fibroid. Kekerapanya dalam 3 wanita, seorang akan ada fibroid.
Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Perlu tahu fibroid ni lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab kekadang kewujudannya tak disedari pun.
Kalau fibroid menimbulkan masalah – masalah yang biasa adalah period banyak, period sakit ( senggugut ) , terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rectum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak kluar apa apa pun, ada juga yang melaporkan rasa sakit.
Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, takde dah bekalan hormon-hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma).
PUNCA FIBROID TUMBUH
Kenapa berlakunya fibroid?
Tanya la sesapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.
Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi. Ha so ape lagi? Jom kuruskan badan!
GEJALA-GEJALA FIBROID
Semua gejala dinyatakan ni bukan spesifik kepada orang yang ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini. Jangan melompat terus buat diagnosis sendiri bila dengar orang ada simptom mcm ni ataupun diri sendiri ada masalah mcm ni.
- Pendarahan period yang luar biasa banyaknya.
- Sakit period yang melampau2 sampai tak boleh pegi kerja atau pegi kolej atau pegi sekolah sehingga guling-guling kat umah dan memerlukan MC.
- Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari. Bila cakap camni, semua orang buncit dah cuak pegang-pegang perut sendiri. Perut buncit saja bukan disebabkan fibroid ya. Tinja penuh dalam usus pun boleh sebabkan perut buncit bukan sekadar lemak tepu.
- Terkencing-kencing kerap. Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing. Beriya berlari pegi toilet, tapi ciput je kencing yg kluar, kadang-kadang tak ade langsung.
- Sakit bahagian bawah perut – kadang2 tak period pun sakit gak. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
- Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran. Haa bukan fibroid je tau boleh sebabkan keguguran, banyakkkk lagi sebab lain.
- Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim – tetiba baby berada dalam keadaan songsang ke melintang ke sebab fibroid besar menghalang bayi berpusing supaya kepalanya di bawah. Baca betul-betul kat sini, fibroid yang besar. Fibroid ciput atau cenonet takda menyebabkan masalah ini.
- Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit ( rujuk gambar )
KESAN TUMBUHNYA FIBROID
Apa yang boleh dibuat dengan fibroid ni?
Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Jangan ler meminta2 untuk buang fibroid yang tak kacau apa pun. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila dah menopos.
Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn Dr terlebih dahulu.
Operation buang fibroid. Ada 2 jenis – buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim Untuk mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.
Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yg ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yg boleh timbul, bawak berbincang dgn Dr dulu, ikut kesesuaian pesakit.
Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid. Org putih cakap LAST RESORT (pilihan terakhir)
Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati.
Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua menda yang SANGAT BERBEZA. Jgn jadi makcik bawang dan tuduh fibroid adalah cyst dan cyst adalah fibroid. Baca post saya sebelum ni untuk cyst.
Saya kongsikan beberapa gambar saya ambil dari Google untuk tujuan pembelajaran pesakit seperti di bawah.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI