Ada sesetengah ibu bapa cuba berjimat dalam perkara tertentu. Salah satu langkah penjimatan itu ialah dengan membeli barangan penjagaan bayi dan kanak-kanak yang dijual pada harga yang lebih murah.

Daripada sudut yang lain, ibu bapa ini mungkin terlupa bahawa keprihatinan terhadap kesihatan kulit anak perlu diutamakan juga. Seharusnya ibu bapa perlu lebih teliti membeli kerana ada anak yang mungkin mengalami masalah kesihatan kulit.

Pemilihan sabun atau mandian bayi dan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana kulit bayi dan kanak-kanak lembut lalu ia memerlukan penjagaan rapi. Oleh yang demikian, penggunaan produk berkaitan perlulah bersesuaian dengan kulit masing-masing.

Anda perlu ingat bahawa apa yang elok untuk orang dewasa tidak semestinya memberi kesan positif yang sama kepada bayi dan kanak-kanak. Jadi, bijaklah dalam memilih produk yang bersesuaian untuk anak anda. Sekiranya pemilihan yang dibuat tidak berseuaian dengan diri anak anda, tentu sahaja ia boleh menimbulkan masalah kulit kepadanya seperti kegatalan, keradangan, ruam, bintik dan sebagainya.

Anak Hadapi Masalah Kulit Kesan Sabun Atau Mandian? 4 Bahan Ini Perlu Diteliti Sebelum Membeli Produk Penjagaan Anak

IKLAN

Sebaik-baiknya pilih produk yang mesra alam dan bebas daripada bahan kimia. Bahan yang perlu dielakkan itu antaranya ialah sodium lauryl sulpoacetate (SLS). SLS sering digunakan dalam pembuatan syampu, sabun dan pencuci kerana ia berupaya menghasilkan buih yang banyak. Penggunaannya dalam industri penghasilan produk penjagaan diri banyak digunakan kerana ia murah.

Bahan kimia lain ialah yang selalu digunakan dalam sabun pencuci dan pelembut pakaian iaitu acetaldehydes. Ia menjadikan produk yang mengandungi berbau wangi. Bau wangi hasil penggunaan  acetaldehydes boleh memberi kesan buruk seperti melemahkan sistem imun dan menyebabkan anak anda mudah terkena selesema, demam dan diserang penyakit lain termasuklah gangguan pernafasan seperti asma dan alahan.

Anak Hadapi Masalah Kulit Kesan Sabun Atau Mandian? 4 Bahan Ini Perlu Diteliti Sebelum Membeli Produk Penjagaan Anak

IKLAN

Triclosan yang banyak terkandung di dalam produk pencuci tangan dapat mencegah pertumbuhan bakteria. Walau bagaimanapun, ia turut memberi kesan tidak baik kepada pertumbuhan sel-sel otak dan gangguan hormon.

Tahukah anda kebanyakan bahan pencuci malah pencuci yang dikhaskan untuk mencuci botol susu bayi turut mengandungi bahan kimia seperti paraben. Ia boleh meresap ke dalam botol susu dan seterusnya masuk ke dalam badan anak anda semasa menghisap susu menggunakan botol susu yang dicuci menggunakan pencuci yang ada paraben ini. Kesan buruk paraben ialah boleh menjejaskan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.

IKLAN

Janganlah mudah terpengaruh dengan harga murah atau tertarik dengan bungkusan yang comel dan menarik. Paling penting ialah anda teliti terlebih dahulu kandungan produk supaya dapat menjamin keselamatan tahap kesihatan  dan sesuai digunakan oleh anak anda.

Cara terbaik adalah memilih produk yang menyediakan pelbagai ramuan semula jadi atau bahan yang selamat untuk menghasilkan produk mandian dan penjagaan diri.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI