Nak lahirkan anak hebat dan berjaya, ibu bapa kena elakkan bagi alasan sibuk. Tak kira sebaik mana perhatian dan kasih sayang kita curahkan kepada anak-anak anda, satu perkara yang perlu anda fahami ialah setiap anak perlukan perhatian tersendiri khusus untuk mereka.

Memori dengan ayah atau ibu ketika kecil, biasanya ialah apabila kita spent ‘quality time’ bersama mereka dalam suasana yang tidak terganggu oleh suasana lain.

Anak Hebat Dan Berjaya Sebab Ibu Bapa Tak Pernah Bagi Alasan Sibuk Untuk Layan Anak

Menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria, penting untuk ibu bapa manfaatkan masa ini.

Macam saya, favourite time saya, bila ayah saya bawa saya ke kebun tanam anak getah. walaupun dia tahu anak dia takkan jadi penoreh getah, itu ‘moment’ yang dia guna untuk ajar saya erti pengorbanan dalam hidup. Waktu itu tiada orang lain, hanya kami berdua.

IKLAN

Ibu bapa harus peruntukan masa khusus-one-to-one, uniterrupted dengan setiap anak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Maksudnya jika anda ada 5 anak, setiap anak harus ada masa bersama ayah, ibu berasingan yang ditetapkan khas untuknya.

Tidak kira keluar berdua, berkebun bersama, didapur bersama, baca buku berdua, melukis berdua atau apa juga aktiviti. Yang penting anak itu rasa bahawa ini masa yang khusus diperuntukkan ‘istimewa’ untuknya.

Ibu bapa perlu main peranan

Jika ayah bersama anak yang sulung, ibu ambil peranan layan anak-anak yang lain supaya ayah ada masa berkualiti bersama anak sulung pada waktu ini. Begitulah sebaliknya.

IKLAN

Inilah waktu berharga yang anda berdua boleh saling berkongsi, memahami dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Secara pskiloginya, ia merupakan kaedah terbaik untuk anak membina kepercayaan terhadap ibu bapa dan menjadi outlet terbaik untuk mereka meluahkan rasa hati.

Anak Hebat Dan Berjaya Sebab Ibu Bapa Tak Pernah Bagi Alasan Sibuk Untuk Layan Anak

IKLAN

Bila anda biasakan anak-anak dengan ‘moment’ ini, sejak kecil, anda tidak akan berasa janggal apabila perlu ‘slow-talk’ dengan anak bila mereka remaja untuk bercerita soal emosi, perasaan, cinta, perkembangan personaliti, masalah peribadi yang akan makin kompleks bila mereka remaja. Ini kerana mereka ada ‘daddy-son, mommy-daughter, daddy-daughter, mommy-son moment’ mereka sendiri untuk mereka gunakan.

Bila kita sentiasa sediakan ‘bahu’ untuk mereka bersandar, harapnya tidaklah mereka mencari ‘bahu’ lain untuk bersandar bila ada masalah ketika dewasa kelak. Apatah lagi kalau bahu itu bahu yang haram untuk mereka sentuh.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI