Watak dan sifat anak lebih banyak ditentukan oleh sifat dan watak ibu bapa. Oleh itu ibu bapa adalah pencorak utama dalam kehidupan anak. Mereka belajar dari ibu bapa tentang erti kehidupan menerusi gerak geri dan ucapan.

Bagaimanapun langkah ibu bapa dalam mencorakkan anak, kadangkala tidak berkesan dengan baik disebabkan masalah disiplin anak.

 

Anak Kecil Perwatakannya Banyak Ikut Ibu Bapa. Waktu Ni Ajar Anak Disiplin Sangat Berkesan!Tingkah laku agresif

Langkah pencegahan

IKLAN
  1. Perhatikan anak bermain. Bagaimana cara dia berinteraksi dengan kawan- kawan dan barang permainannya.
  2. Jangan sesekali menunjukkan tingkah laku agresif pada anak, contohnya jika anda marah dan baling barang, jangan hairan jika anak marah lepas ini dia pun akan sama baling barang.
  3. Berikan penjelasan berkenaan apa yang orang lain lakukan. Jika anak melihat orang lain melakukan keganasan, terang pada anak itu tidak sepatutnya berlaku, kesian pada pihak yang di buli.

Apa yang harus dilakukan

  1. Berikan alternatif. Bila anak merasa marah atau tidak puas hati, berikan alternatif lain supaya anak dapat keluarkan rasa marahnya. Contoh bawanya ke belakang rumah, biarkan nak memarahi suasana belakang rumah.
  2. Berikan pujian apabila tengok anak berkongsi barang dengan kawannya
  3. Berikan teguran. Bila tengok anak buat salah berikan teguran dengan baik.
  4. Lupakan apa yang berlaku. Jangan suka mengungkit, kerana ia akan mengingatkan semula anak pada perangainya itu.

Suka merosakkan

Langkah pencegahan

IKLAN
  1. Berikan mainan yang tidak mudah rosak dan tahan lasak
  2. Adakan peraturan yang betul tentang cara jaga mainan dan cara guna yang betul.
  3. Perhatikan anak bermain
  4. Selalu ingatkan anak mengenai cara jaga barangnya

Apa yang harus dilakukan

  1. Berikan teguran. Paling maksimum 3 kali.
  2. Jika masih berbuat juga sediakan hukuman seperti tidak boleh main mainan itu selama seminggu
  3. Gandakan usaha mengajar anak cara jaga mainannya
  4. Jangan terlalu mengharap yang anak akan jaga mainannya dengan elok. Jangan buang mainan anak yang rosak itu, nanti anak akan belajar yang anda lebih sayangkan mainan dari dirinya.

Anak Kecil Perwatakannya Banyak Ikut Ibu Bapa. Waktu Ni Ajar Anak Disiplin Sangat Berkesan!

Suka Menyepah Barang

IKLAN

Langkah pencegahan

  1. Kemas sebelum beredar.
  2. Tunjukkan anak bagaimana caranya.
  3. Cuba khususkan arahan. bukan hanya cakap’ kemas barang adik’. sila tukar kepada, kemas barang adik, masukkan dalam bakul atau simpan atas meja.
  4. Sediakan alatan yang cukup untuk kemas. Contoh nak kemas barang mainan, sediakan bakul dan tempat simpan barang
  5. Anda tentukan di kawasan mana anak boleh bermain dan menyepahkan barang.

Apa harus dilakukan

  1. Guna petua orang lama. Reward anak. ‘ jika kemas barang elok- elok, esok kita boleh pergi kat taman’. pastikan janji itu di penuhi ye
  2. Minta bantuan anak jika kita sedang mengemas rumah
  3. Berikan masa yang cukup untuk anak mengemas
  4. Puji usaha anak walaupun tidak sebersih- bersihnya

Anak akan mengikut role model mereka. Iaitu ibu bapa, jadi pastikan diri anda juga terdidik dengan baik.

Sumber: ibudoakan.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI