Perlu atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal diberikan pada anak anda? Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka.

Jadi, penting atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal ini kepada anak anda?

Untuk pengetahuan ibu bapa, suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.

Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ia terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.

Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.

Anak Kerap Batuk. Perlu Atau Tidak Vaksin Pneumococcal Pada Anak? Ini Jawapannya!

IKLAN

Batuk Berpanjangan

Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.

Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.

IKLAN

Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.  Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.

Pada kebiasaanya, anak yang dijaga oleh pengasuh di taska sangat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ini adalah kerana persekitaran taska yang tidak dijamin bersih serta perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit ini mudah disebarkan kepada kanak-kanak lain.

Persekitaran Bersih

Oleh demikian, sekiranya anda menghantar anak anda ke taska, anda mungkin perlu memikirkan untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal ini sebagai cara pencegahan awal kepada anak anda. Jangkitan kuman pada paru-paru ini boleh menjadi sangat serius kepada kanak-kanak kecil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung membahayakan nyawa anak anda.

IKLAN

Bagi mengelakkan anak anda mengalami penyakit jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai Pneumonia, anda perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri di kalangan anak-anak anda, persekitaran rumah dan taska, serta meneruskan penyusuan susu ibu bagi meningkatkan antibodi anak sebagai salah satu langkah dalam mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Anak Kerap Batuk. Perlu Atau Tidak Vaksin Pneumococcal Pada Anak? Ini Jawapannya!

Sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!

Sumber: momma

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI