Ingat kerap marah anak sejak kecil akan membuatkan anak berada dalam otak takut. Bagaimanapun ramai ibu yang menyatakan jika tak dimarah perangai anak makin menjadi-jadi.

Kalau diikutkan anak-anak buat perangai tu biasalah. Nak-nak kalau anak ramai. Setiap seorang ada macam-macam perangai. Ada karenah yang mencuit hati tapi ada juga yang menguji kesabaran mak ayah.

Kebanyakan wanita bergelar ibu pasti akan mengalami benda yang sama. Tapi yang berbezanya adalah macam mana kita tangani situasi dan emosi untuk mengawal kemarahan ini.

Lagi satu kena tahu, anak yang kerap di marah ini akan berada dalam otak takut. Apa yang dikupas oleh Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan & Kasih Sayang, Ibu Rose ada benarnya dan boleh dijadikan peringatan bersama.

‘Otak takut’ adalah nama yang Ibu olah. Oleh itu memang tak kan jumpalah dalam medical term.

Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.

IKLAN

Anak Kerap DiMarah Sejak Kecil Akan Berada Dalam ‘Otak Takut’. Ini Peringatan Ibu Rose!

Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.

Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar.

IKLAN

Ia adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.

Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.

Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.

IKLAN

Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.

“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah SAW dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.

Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”

Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri. Kita layak menjadi TENANG dan SABAR.

Sumber: Ibu Rose

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI