Dalam kehidupan ini, seorang ibu memiliki peranan yang sangat penting dalam perkembangan mental serta emosional seseorang. Ibu digambarkan sebagai individu yang hebat dalam kehidupan seorang anak, kasih sayang dan lemah-lembutnya tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.

Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Sebaik-baik mana pun seorang ayah, dia tidak akan boleh menggantikan peranan manusia yang bergelar ibu. Kepekaan, kasih sayang dan lemah lembutnya adalah anugerah Ilahi yang tidak dimiliki oleh seorang lelaki. Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaannya, ibu sering menjadi tempat untuk mencurahkan segala beban, ujian dan permasalahan hidupnya.

Anak Lelaki Yang Rapat Dengan Ibu Akan Membesar Menjadi Orang Hebat Dan Menghargai Orang Lain

Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak, baik buat anak perempuan mahupun anak lelaki. Namun khususnya bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertama dan sejatinya. Berikut adalah 6 cara yang dapat anda gunakan sebagai panduan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki anda.

IKLAN

1. Ajarkan mereka tentang kesabaran dan kecekalan.

Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.

2. Ajarkan mereka menjadi lemah-lembut.

Seorang anak lelaki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasaannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!

3. Jadilah ejen penyatu.

Jadilah ejen penyatu dalam kehidupan mereka, bukan agen MLM! Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiapa). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerjasama dengan baik.

IKLAN

Anak Lelaki Yang Rapat Dengan Ibu Akan Membesar Menjadi Orang Hebat Dan Menghargai Orang Lain

4. Sokonglah dia!

Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahawa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.

IKLAN

5. Jadilah penasihat yang baik.

Apabila anak ada masalah jadilah penasihat yang baik pada mereka. Peranan ibu sangat diperlukan, berilah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap apa yang dilakukan.

6. Menjadi sang pemberani.

Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!

Sumber: ohsemmama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI