Merancang untuk mempunyai anak antara perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan. Merancang anak bukan bermakna menolak rezeki tapi ianya untuk kesihatan si ibu agar fizikal dan mental si ibu dapat berehat dengan baik.
Namun jika sudah berusaha merancang tetapi akhirnya termengandung, terimalah rezeki tersebut dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah dan rezeki yang Allah sudah tetapkan. Ikuti perkongsian ibu kepada lima cahaya mata ini.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 xpernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua xpernah tahu, xpernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Ads
Sebab tu bila orang tanya xpenat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Ads
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan xdapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Kehamilan bukan alasan untuk bermalas-malasan. Sebaliknya, ia merupakan tempoh paling penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Ketika tubuh mengalami pelbagai perubahan hormon dan fizikal, ibu perlu lebih peka terhadap keperluan diri sendiri.
Malangnya, ramai ibu hamil masih takut untuk kekal aktif kerana bimbang akan menjejaskan kandungan atau mengelak makanan tertentu demi mengekalkan bentuk badan.
Hakikatnya, kehamilan adalah masa terbaik untuk menanam tabiat gaya hidup sihat, bukan dengan menyekat, tetapi dengan memilih secara bijak.
Keperluan nutrisi masa hamil
Tubuh ibu hamil memerlukan lebih banyak tenaga, protein, zat besi, kalsium dan folat berbanding biasa. Mengurangkan makan demi kelihatan “kurus” boleh menjejaskan kesihatan diri dan perkembangan bayi.
Fokuslah pada pengambilan makanan seimbang dan padat nutrisi. Antara pilihan terbaik termasuk:
Nasi Perang (1 cawan dimasak)
– 215 kalori. Tinggi serat & tenaga, stabilkan gula dalam darah.
Ubi Keledek (1 cawan rebus)
– 180 kalori. Kaya beta-karoten, bantu perkembangan janin.
Ayam (dada, 100g tanpa kulit)
– 165 kalori. Protein tinggi untuk bina sel bayi & otot ibu.
Ikan (contoh: ikan kembung/grill, 100g)
– 200 kalori.Sumber omega-3 (EPA, DHA) untuk otak baby.
Telur (1 biji besar)
– 70 kalori. Kaya kolin yang penting untuk perkembangan otak bayi.
Avokado (½ buah sederhana)
– 120-150 kalori. Mengandungi lemak sihat, folate, dan potassium yang membantu perkembangan otak & saraf bayi.
Kekacang (1 genggam/28g, contoh badam, kacang tanah)
– 160-180 kalori. Protein, zat besi & lemak sihat, bagus untuk tenaga.
Minyak Zaitun (1 sudu besar)
– 120 kalori. Sumber lemak sihat, bantu penyerapan vitamin larut lemak.
Sayur berdaun hijau (1 cawan – contoh bayam/kangkung)
– 30-50 kalori. Tinggi zat besi, folate & serat – cegah anemia.
Makanan-makanan ini bukan sahaja memberikan tenaga yang mencukupi, malah menyokong pertumbuhan bayi secara sihat. Elakkan makanan segera yang tinggi garam, gula dan lemak tepu agar berat badan terkawal sepanjang kehamilan.
Senaman untuk ibu hamil
Aktiviti fizikal yang sederhana dan konsisten sangat membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan bersedia menghadapi proses bersalin. Antara senaman yang sesuai termasuk:
* Berjalan kaki selama 20–30 minit setiap hari untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina
* Prenatal yoga yang memperbaiki teknik pernafasan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan fleksibiliti
* Pilates untuk ibu hamil yang menguatkan otot perut, punggung dan pelvis
* Senaman regangan ringan, terutamanya di bahagian pinggang dan punggung bagi melegakan lenguh dan kekejangan otot
* Senaman kegel, yang menguatkan otot dasar pelvis dan mempercepatkan pemulihan selepas bersalin
Senaman ini juga terbukti mengurangkan risiko sembelit, sakit belakang, keletihan dan tekanan emosi sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemantauan anda terhadap pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth).
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Kelana Jaya Medical Centre, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu.
Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal dunia lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
#1. Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu
muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
#2. Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
#3. Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
#4. Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama
dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
#5. Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
#6. Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
#1. Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
#2. Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
#3. Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
#4. Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan perubatan. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala.
Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. Tingkatkan kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa. untuk mengelakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran. Hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
Sementara itu, bayi biasanya tidur (tidak bergerak) selama 20 minit dan berjaga. Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah ‘terlalu’ subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang. Sehebat mana pun cara perancangan keluarga, tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100%.
Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang paling popular dan kurang risiko untuk menyebabkan bayi abnormal atau lahir pramatang. Namun begitu ia memerlukan disiplin yang ketat.
Pil hendaklah dimakan sebiji setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari “rehat”. Setelah rehat 7 hari, sambung semula dengan sekotak pil perancang yang baru. Perlu disiplin dan tidak boleh lambat makan pil tersebut walau sekali pun. Jika anda memakan jamu dan herba sewaktu mengamalkan kaedah pil perancang, ia boleh mengurangkan keberkesanan pil tadi dan mudah “termengandung”.
Bagi suntikan Depo-provera, peluang hamil hanya sebanyak 1%. Wanita boleh hamil ketika menggunakan suntikan Depo provera jika beliau lupa atau lambat datang ke klinik untuk mengambil suntikan mengikut jadual ( iaitu satu suntikan setiap 12 minggu). Bagi kes IUCD pula, sama ada anda menggunakan IUCD ( copper) atau IUD ( Mirena), risiko mengandung adalah satu hingga tiga dalam 100 pengguna. Dalam kebanyakan kes hamil ketika menggunakan alat ini ialah ia telah bergerak dari tempat asal dan ada kalanya jatuh keluar dari rahim. Bagi menentukan cara-cara yang sesuai , saya mencadangkan panda bertemu dengan doktor atau staf di klinik yang berdekatan atau klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Berbincanglah dengan mereka cara-cara lain yang ada seperti kaedah ini.
Untuk kaedah BTL dan vasektomi, keberkesanan juga bukanlah 100%.
Sebelum anda memilih BTL, anda memerlukan perbincangan dengan doktor pakar yang melakukannya kerana risiko pembedahan, risiko kehamilan dan kehamilan luar rahim sering dikaitkan dengan kaedah ini. Bagi wanita Islam pula, masalah hukum atau fatwa juga perlu diambil kira sebelum melakukan BTL.
Jika ada 100 wanita hamil, 30 orang daripada mereka dikatakan hamil tanpa dirancang. Dianggarkan 20 orang (65%) daripada mereka “termengandung” sewaktu menggunakan alat atau ubat pencegah kehamilan. 65% daripada wanita tersebut menggunakan kaedah pencegahan kehamilan cara azal/coitus interuptus / kiraan kalendar (23%), pil perancang (21%), kondom (21%) dan alat dalam rahim atau IUCD (9%).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!