Anak-anak di kurniakan pada kita sebagai pewaris dan khalifah di dunia ini. Namun bukan semua orang nikmati peluang ini. Anak-anak itu rezeki dan juga ujian.

Ya, ada orang di uji tidak berkahwin. Maka tiadalah peluang untuk memperoleh zuriat. Ada orang juga diuji, dengan kesihatan anak yang kurang baik. Contohnya si anak menghidap Sindrom Down, atau menjadi autisme.

Ada juga yang di uji dengan anak yang degil, panas baran dan suka memberontak sehingga mengundang rasa bengang dan marah ibu bapa.

Tahukah anda mengapa anak mudah jadi degil dan suka memberontak.

Antara punca & penyebab anak jadi degil dan memberontak

  1. Kurang perhatian
  2. Masa
  3. Bebanan tugas/kerja
  4. Pemakanan
  5. Tarbiyah
  6. Doa

Adakah anak yang degil ini salah ibubapa atau anak? Ada beberapa situasi yang sering kita lihat.

Anak Suka Memberontak, Degil, Tak Dengar Cakap. Ini Antara Puncanya

Anak saya ni malas nak belajar. Tak dengar cakap bila suruh solat pun tak mahu. Suka sangat mengacau adik yang lain dan ashik tengok televisyen sampaikan bila saya panggil namanya pun susah nak menyahut!

Ada juga yang begini…

Anak saya terlalu lasak. baru usia 5 tahun. Tapi sikapnya yang terlampau lasak tu buat saya tak tahan. Dah la suka menjerit-jerit dan tak terkawal bila bawa kerumah orang ketika majlis. Saya paling stress bila bawa pergi ke pasar malam, bila barang mainan yang diminta tak dapat, akan mula menghempas-hempas dan berguling-guling menangis. Malu kat orang, dan sebab tu tangan ni ringan je pukul dia.

Mesti ramai lagi ibu bapa yang pernah berdepan situasi macam ni kan. Bagi kebanyakan orang, perkara begini adalah normal.

Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa

Apila kita rasa ia perkara biasa, mungkin suatu masa nanti anak itu menjadi terlalu sukar untuk dikawal tingkah laku dan menyebabkan orang sekeliling tidak senang. Itu belum kes anak yang suka buang plastik jajan dekat rumah jiran. Hmmm.

Kerana itu, pentingnya PERHATIAN kepada anak-anak.

Saya tahu, anda sibuk. Saya juga sama seperti anda. Kita sibuk kerja, balik lewat petang lepastu kena masak makan malam, cuci baju, sidai kain dan macam-macam perkara lagi.

Setiap hari anda akan ulang benda yang sama. Hantar anak pergi nursery, kemudian pergi kerja. Jaga tetap jaga, tapi masih tetap degil.

Saya tahu anda sayang anak.. Anda cuba untuk cukupkan waktu bersama mereka terutama pada hujung minggu dan setiap malam.

Anak Suka Memberontak, Degil, Tak Dengar Cakap. Ini Antara Puncanya

Tapi mengapa anak masih juga degil dan suka memberontak?

Omputih kata…Why?

Sebenarnya bukan perhatian itu yang dimaksudkan. Kita sebagai ibu bapa perlu fahami bagaimana BERKOMUNIKASI dengan anak kecil. Ya kemunikasi yang berkesan.

Ibu bapa harus faham dimana otak anak pada fasa ini sedang giat berkembang. Sikapnya memang lincah dan memeningkan jika salah cara didikan.

Namun cabaran membesarkan anak ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Ia perlu seiring dengan peredaran zaman.

Saya teringat suatu pesan dari Sayidina Umar Al Khatab RadhiyallahuanHu. Seorang sahabat nabi yang berani dan ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

IKLAN

Ajarlah anak-anakmu bukan dalam keadaan yang serupa dengan mu. Didiklah dan persiapkan anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.

Kita perlu bijak menafsir pesanan ini. Sudah jelas yang didikan anak menggunakan kaedah sama seperti kita dahulu mungkin tidak berkesan kepada anak-anak sekarang. Namun bukanlah semuanya. Apa yang dimaksudnya ialah bukan tertakluk kepada satu tempoh waktu, tetapi adalah dari segi keadaan tumbesaranya.

Anak-anak yang sedang membesar ini perlukan ibu bapa yang MENDENGAR apabila mereka bercerita tentang sesuatu perihal.

Mereka suka mencuri perhatian ibu bapa dengan menangis dan memberontak. Tugas ibu bapa ialah fahami bahasa tubuh anak kecil ini.

Cara terbaik, walaupun hanya sekejapp saja masa yang dapat diluangkan cubalah berkongsi cerita atau bertanya tentang aktiviti harian anak tersebut. Pandang matanya ketika bercakap, dan sesekali peluk lah dan berikan pujian supaya hati anak berbunga dan menjadi lembut.

MASA

Pengurusan masa dengan anak–anak adalah sangat penting supaya anak tidak jadi degil dan suka memberontak.

Kita semua sudah dewasa. Dan faham sangat yang semua perkara memerlukan pengurusan masa.

Apabila pengurusan masa ini terabai, ia akan memberi kesan kepada anak kecil.

Bagaimana nak luangkan masa terbaik dengan anak?

Contoh,

Selalunya bila kita tengok tv, pasti ada waktu-waktu yang buat kita tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan kegemaran bukan? Mungkin nak tengok drama, atau mungkin tak boleh skip nak tonton berita?

Ini merupakan waktu ‘Prime’ yang selalunya dikhususkan.

Begitu jugalah dengan anak-anak. Apabila setiap hari kita wujudkan satu waktu PRIME untuk mereka, ia secara tak langsung dapat mengeratkan rasa kasih dan anak akan rasa lebih dihargai.

Waktu-waktu perdana ini perlu diluangkan kepada anak. Tidak perlu lama, cukup lah sekadar 1 atau 2 jam. Mungkin boleh dilaku pada awal malam. Sebaiknya adalah selepas solat Mahgrib sehingga selesai Isyak.

Didik dan ajar anak untuk solat bersama. Asuhan dari awal adalah penting. Rapatkan sof dan lihat bagaimana hati anak itu akan pelan-pelan menjadi lembut. Itulah kelebihan solat berjemaah bersama pasangan dan anak-anak.

IKLAN

Anak Suka Memberontak, Degil, Tak Dengar Cakap. Ini Antara Puncanya

Sikap dan tingkah laku anak juga di pengaruhi oleh faktor pemakanan.

Kita harus bijak dalam penyediaan makanan.

Itu tidak bermakna kita perlu menyediakan makanan-makanan yang mahal semata-mata. Ia lebih kepada cara penyediaan makanan tersebut.

Berapa ramai ibu bapa yang bacakan Basmallah ketika ingin mula memasak?

Dengan kalimat bismillah terdapat banyak kebaikan yang di salurkan pada sikap anak kelak. Ia juga lebih berkat.

Ketahuilahh, sekiranya ibu bapa sendiri malas dan culas bersolat, maka air tangan ketika memasak itu juga akan jadi penyebab anak jadi degil dan sukar mendengar cakap.

Ringankan Lidah Untuk Berdoa.

Doa tidak terhad hanya ketika selesai solat sahaja. Namun setiap bahasa yang diguna pakai oleh kita juga adalah suatu doa kepada anak-anak.

Tinggalkan kata-kata yang tidak baik. Contohnya, “Kenapa kau ni malas sangat?Memang tak pandai lah nanti belajar”

Ada juga ibu bapa yang tidak dapat kawal kata-katanya apabila sedang amarah dengan memaki malah ‘membodohkan’ anak dengan mudah. Masyaallah…

Ingatlah, setiap kata-kata itu merupakan doa dan jika dikeluarkan dari mulut seorang ibu, takut-takut akan menjadi benar kelak.

Tarbiyah

Ya, apa yang dimaksudkan dengan tarbiyah?

Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentukketeladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik

Mungkin ada yang masih sukar untuk fahami. Begitu juga dengan saya. Biasalah, ia bukan perkara yang kita rasakan penting, mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan?

Baca pula definisi tarbiyah yang lain.

IKLAN

Apa maksud TARBIYAH?

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.

Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.

Haa. Semakin jelas bukan. Namun, kadang-kadang kita masih keliru dengan konsep dan maksud Tarbiyah.

Anak Suka Memberontak, Degil, Tak Dengar Cakap. Ini Antara Puncanya

Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1) Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berlanjutan dengan tujuan akhir si anak didik lebih dewasa dan dapat hidup bermasyarakat.

2) Kegiatan yang disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan.

3) Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4) Proses yg dilakukan dengan pengaturan yang bijak dan dilaksanakan secara bertahap bermula daripada yang mudah hinggalah yang susah.

5) Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan kaedah  yang mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Ada banyak cara untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini.

Mulakan sejak mereka kecil lagi. Didiklah mereka dengan kasih sayang, ketegasan dan displin.

Displin adalah penting, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka.

Bayangkan jika anda bersama keluarga ke rumah orang lain.

Anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang seperti menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.

Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda biarkan perbuatan anak anda dan terus berborak dengan tuan rumah? Walaupun tuan rumah kelihatan tersenyum, tapi hatinya tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda bukan!

Jadi sebagai ibu bapa, mendisiplin anak ketika mereka masih kecil juga amatlah perlu supaya tidak berlaku hal-hal yang tidak sepatutnya kelak.

Akhir kata, didikalah anak-anak dengan Agama. Saya teringat satu doa yang diamalkan oleh Nabi Daud untuk menjadikan anak degil berubah menjadi baik dan lembut.

Ya Allah, lembutkan hatinya (sebut nama anak) sebagaimana kamu melembutkan Daud (akan) besi”

PS: Tak semua anak-anak akan dapat kasih sayang dengan ibu bapa. Anak-anak sekarang terpaksa bersaing dengan media sosial demi mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri.

Sumber: info.gerobokanim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI