“Anak saya ada tabiat suka mengibas-ngibas tangan, bagaimana cara nak kurangkan tingkah laku ini?” Soalan ini antara yang selalu ditanya oleh ibu bapa.

Menurut Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol, bila anak mula menunjukkan tanda mengibas-ngibas tangan ini,  ada beberapa tip yang boleh mengurangkan tingkah laku ini.

Anak Suka Mengibas-Ngibas Tangan, Pakar Kongsikan Cara Nak Kurangkan Tabiat Ini

Antara tipnya adalah:

  1. Beri mereka objek atau mainan untuk dipegang.

Selalunya flappy hands berlaku apabila tangan bebas daripada memegang objek atau apa-apa barang.

IKLAN

Boleh beri kereta mainan atau buku, atau permainan kegemaran mereka untuk dipegang. Sibukkan tangan mereka untuk memegang.

Tip ini saya selalu guna dan memang boleh nampak kesan berkurangan tingkah laku ini melalui pengalaman sendiri. Boleh cuba!

  1. Ajar untuk letak tangan dalam poket.

Boleh diguna pakai juga dalam ketika kita terlupa bawa mainan atau tak mahu anak kita terlalu bergantung kepada objek atau mainan.

IKLAN

Tapi nampak macam ada style yang kurang disenangi apabila tangan masuk poket ni.

Tetapi tidak salah sekali sekala nak cuba. Kita cuba ya.

Anak Suka Mengibas-Ngibas Tangan, Pakar Kongsikan Cara Nak Kurangkan Tabiat Ini

IKLAN
  1. Ajar untuk tepuk tangan jika terasa nak flap hands.

Yang ini saya belajar masa jadi student OT di UK dulu. Tepuk tangan. Boleh cuba. Tapi kena sesuaikan dengan culture kita juga ya. Macam pelik sedikit tiba-tiba tepuk tangan. Tak salah jika mahu cuba.

  1. Boleh guna teknik social story (visual) untuk terangkan bahawa ‘flapping your hands’ is not appropriate in public. Yang ini pun saya belajar semasa jadi OT student di UK dulu.

Teknik social story sangat digunakan secara meluas di sana. Dan it works for autistic kids yang suka kepada visual stories. Yes, boleh cuba!

Boleh share tips ini untuk membantu rakan-rakan yang mungkin menghadapi masalah ini. No harm sharing! Tapi masih perlu buat sensory assessment juga kerana setiap masalah sensory kanak-kanak adalah berbeza. Tip ini untuk idea bagi yang menghadapi masalah yang sama.

Sumber: Mahfuzah Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI