“Ayden ni hari-hari nak makan burger fast food. Tak berkhasiat la! Kita makan makanan lain pula ya.”

Mungkin anak anda juga gemar makan burger yang dijual di restoran makanan segera. Kalau makan setiap hari memang tak bagus. Lebih baik anda buat sendiri ‘beef patties’ supaya dapat mengawal penggunaan bahan yang selamat dan berkhasiat.

Bahkan jika dibuat dalam kuantiti yang banyak ia boleh disejuk bekukan dan disimpan sebagai stok. Bukan sahaja sedap, anak-anak mesti lebih suka burger buatan ibu.

Nak tahu macam mana nak buat? Jom cuba resipi daripada Chef Sue M Arukin yang dikongsi di facebook beliau.

Jom jadi rajin di dapur. Jangan malas beli frozen foods yang kebanyakannya tinggi kandungan lemak, garam & menggunakan bahan pengawet (preservatives). As always, feel free to share! 

BEEF PATTIES

Bahan-bahan:

400 grams daging kisar (minced meat)

2 labu bawang besar – dadu kecil

1/2 cawan cincangan daun bawang

1/2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)

IKLAN

2 biji telur

1 sudu teh Italian Herbs Powder

1 sudu teh Garlic Powder

1 sudu teh Onion Powder

1 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

IKLAN

Garam secukupnya

Cara-caranya

1. Satukan daging kisar, bawang besar, daun bawang & serbuk roti di dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Masukkan telur dan gaul lagi.

3. Masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.

IKLAN

4. Kepal-kepalkan dan bentukkan seperti membuat bergedil (size ikut citarasa sendiri).

5. Cairkan sedikit mentega di dalam kuali leper non stick. Letakkan patties tadi dan masak hingga kedua2 bahagian perang. Kemudian sambung bakar patties tadi dalam oven (200C) selama 10 minit. Ini untuk memastikan bahagian tengah patties masak. Enjoy!

*Patties boleh dijadikan burger, sandwich atau dihidang sebagai main course yang di tambah black pepper sauce, salads, kentang putar, nasi, pasta, kentang goreng (chips) dll.

*Selain daging lembu kisar, boleh tukar ke daging kambing, ayam atau udang.

* Garlic Powder, Onion Powder, Italian Herbs Powder tu semua boleh beli dimana-mana supermarket bahagian bahan-bahan kering. Jenama apa pun boleh.

* Selain serbuk roti yang kering, boleh juga guna roti putih yang dicincang halus.

* Selain dijadikan patties, boleh juga dijadikan meatballs cuma perlu dikukus sedikit dalam 5 minit sebelum digoreng.

*Jika nak simpan secara sejuk beku (frozen), bakar patties separuh masak, sejukkan pada suhu bilik dulu baru di balut dengan cling wrap dan sejukkan dalam bahagian freezer. Boleh di simpan hingga sebulan tanpa pengawet inshaallah.

Sumber: Sue M Arukin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI