Anak susah makan nasi memang membuatkan ibu pening nak memujuk. Bila disuap anak keluarkan semula. Jika dibiarkan makan sendiri memang tak masuk ke mulut tapi yang penuhnya di lantai.
Kadang tu asal nampak nasi, cepat-cepat di tolak ke tepi. Ok siapa ada anak yang macam ni? Sebenarnya nak marah, geram pun tak semestinya berjaya pujuk anak. Cuma ibu cubalah berkreativiti sekali-sekala.
Apa kata ibu cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Fatin Izzati untuk menu anaknya. Mana tahu anak suka kan.
Asal nampak nasi, tolak tepi ? Siapa ada anak macam ni. Ahmad lah tu salah sorang nya. Dia sangat “Mee Type” punya orang. Kalau mee, bukan main laju lagi makan.
Jadi harini saya buat trick sikit dengan olah nasi menjadi “NUGGET RICE BALL WITH LOVE”. Alhamdulillah penerimaan baik oleh Ahmad.
Resepi ini TANPA garam ya.
Ads
Chicken Rice Nugget :
1 piring nasi
Isi ayam (ikut selera, lagi banyak lagi ummmph
1/2 batang carrot
1 biji kentang
Tambahan : boleh letak daun sup atau jenis sayur lain ikut kegemaran
Untuk Goreng :
Telur
Nestum
Tepung Gandum
Ads
Cara-cara :
1. Kisar isi ayam sampai lumat, sambil tu kita rebus kentang dan carrot.
2. Bila dah empuk kentang dan carrot, boleh lenyek dulu atau kisarkan sekali dengan isi ayam dan nasi.
3. Bila dah jadi doh, boleh bentukkan mengikut kesukaan. Tapi saya tak ada acuan, jadi saya buat bulat ajerrr.
Ads
4. Kemudian kalau nak dijadikan stock boleh kukus dulu dan simpan dalam freezer.
5. Atau golekkan atas telur kemudian nestum dan tepung.
6. Seterusnya goreng, dan boleh dimakan terus panas-panas.
Rasa dia bila dimakan panas-panas, cicah pulak dengan sos kimball (untuk parentnya sahaja ya). Melompat ! Bukan Ahmad je berselera, abuya dia pun tumpang sekaki.
Ahmad sekarang umur 1 tahun 2 bulan. Resepi ni sesuai untuk anak yang dah ada gigi.
Biasanya ibu yang menyusu badan terlalu risau apa yang dia makan akan beri kesan pada bayi hingga kembung perut. Itu tak boleh, ini tak boleh. Akhirnya akibat terlalu takut ibu hanya makan makanan tertentu saja hingga anak pun kurang dapat zat.
Ok jika diikutkan tiada masalah tetapi kuantiti pengambilan itu harus dijaga dan apabila keterlaluan pun tak elok.
Seperti yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menyusukan anak dan sumber rujukan yang sahih, ini yang patut ibu tahu.
————————————————————————–
Adakah apa yang ibu makan menyebabkan baby kembung perut? Pertama kita lihat apakah Colic dan apa yang boleh menyebabkan ia terjadi.
Kembung perut atau istilah lain Colic kerap terjadi pada baby bawah 6 bulan sebab usus mereka masih dalam proses matang. Tapi baby yang kerap mengalami Colic bukan sahaja memberi efek kepada pertumbuhan mereka tapi juga kepada keadaan emosi penjaga (terutama maknya, sebab stress baby selalu menangis)
Antara penyebabnya adalah
1. Cara latching / pelekapan / minum botol yang tidak betul
– tak kisah sama ada ini anak pertama atau tidak,mommies boleh dapat masalah anak melekap dengan betul waktu menyusu.
Jika teknik tak betul,ia akan menyebabkan anak telan banyak udara dan kembung perut boleh terjadi.
Ibu akan kerap sakit sewaktu dan semasa sesi menyusukan baby.
– jika penggunaan botol susu yang tidak sesuai (contoh besar sangat, putih panjang sangat) pun akan menyebabkan anak banyak menelan udara banding sengan susu.
Boleh nampak anak waktu menyusu, banyak susu yang meleleh dekat tepi.
2. Penyusuan yang terlalu cepat
– Ini selalu terjadi dalam penyususan dengan menggunakan botop susu akibat aliran susu yang cepat
Untuk baby yang breastfed,aliran susu amat berbeza banding dengan susu botol di mana anak perlu suck (hisap) dengan lebih kuat dan sabar sebab susu hanya mengalir bila sucking berlaku.
Tapi bagi botol fed, tidak perlu bekerja hisap kuat sangay dan susu sentiasa mengalir walaupun tidak menghisap puting botol. Maka baby perlu minum and telan cepat cepat kalau tak tercekik nanti. Tambah lagi jika guna puting di mana lubang besar/ tidak mengikut usia.
3. Usus baby masih dalam proses matang dan sembelit
Disebabkan ini baby akan mengambil masa untuk mencernakan susu. Jika sembelit, najis besar tidak lalu juga boleh menyebabkan Colic.
Mak ayah boleh buat urutan dan pergerakan kaki kepada baby (seperti berbasikal masa baring) untuk bantu lancarkan pergerakan najis.
Dari segi makanan???
Makanan bukan punca utama Colic /Kembung perut. Ramai akan elak 3 makanan ini untuk turunkan kembung perut baby
1. Caffeine☕☕☕?
Kajian menunjukkan caffeine (dari minuman coffee, tea, air bergas, coklat) akan masuk dalam breastmilk tapi hanya kurang dari 1% sahaja dari apa yang mommies minum dan makan. Kuantiti sebanyak 3 cawan sehari masih boleh diambil dan selamat
2. Susu dan bahan tenusu????
Bahan yang dirisaukan boleh menyebabkan Colic/kembung perut adalah protein dari susu lembu yang diguna dalam produk susu dan bahan tenusu.
Bukan sahaja ada perut kembung, tapi sentiasa cirit birit, sakit mungkin adalah Cows Milk protein Allergy.
Jika anak anda disyaki mengalami Cows Milk Protein allergy, di bawah pengawasan doktor/dietitian baru akan berhenti seketika untuk mengenalpasti samada baby ada ke penyakit ini. Jika tiada, tidak perlu dielakkan.
3. Sayur ‘berangin’ dan buah berasid ??
Sayur cruciferous dan berubi seperti brokoli, kobis bunga, ubi kentang, labu antara yang dipercayai menyebabkan baby banyak angin sebab apabila mommies makan, akan rasa ‘keluarkan angin’ yang banyak atau kentut atau flatulence
Tetapi apa effect kepada mommies tidak boleh disalurkan kepada babies.
Fiber dan angin tidak boleh masuk dekat breastmilk dan diberi kepada anak anak ye..itu adalah reaction badan anda kepada makanan tersebut sebab keadaan usus anda.
Jangan sebab anda kentut banyak, salahkan baby pulak kentut nak cover diri sendiri..hehehe
Sama juga dengan buah berasid (buah oren, mangga, limau dan lain). Makan banyak mana, badan ada mekanisme untuk sentiasa balance pH dan ia tidak akan menukar pH susu badan.
4. Makanan pedas atau rasa kuat
Penggunaan cili, bawang putih, bawang merah, spices (kayu manis, jintan, pepper dan lain lain) sangat sinonim dengan masakan di Malaysia. Walaupun ada kajian yang menunjukkan jika pengambilan makanan yang kuat flavour boleh menukar komposisi/rasa susu ibu, tetapi ia tidak menyebabkan perut kembung.
Dan ada kajian juga menyatakan baby suka pada perubahan rasa tersebut dan menjadikan baby lebih terbuka untuk menerima makanan baru waktu mula proses makanan pelengkap.???
Sepanjang saya breastfeed Ammar selama hampir 2 tahun saya tidak elak apa-apa makanan dan alhamdulillah sekarang pada usia 2 tahun lebih pada 14kg (patah tangan maknya nak angkut) Ammar sihat, aktif dan sangat cheeky????
Bukan hanya tidak makan nasi malah anak sekaligus tidak ambil sayur-sayuran dalam menu setiap hari. Selain menggoreng sayuran bagi menarik perhatian anak dan menyediakan snek dengan gabungan nasi, resipi yang satu ini penuh khasiat kedua-duanya. Hanya gabungkan sayur dan nasi putih dan kemudiannya digoreng garing.
Resipi rare yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini memang kreatif. Malah warna semulajadi dari sayur pastinya buat anak tertarik. Nak lebih rasa, tambahkan sedikit serbuk lada sulah sebagai perasa.
Hi mommies. Anak masih lagi tolak nasi tak? Kita geng la. Twins saya bukan tak suka nasi. Tapi bila nampak benda tu nasi sebutir-sebutir tu makanan dia. Dia mula geram. Dia punya main, suap sendiri sambil main. Sorang buat, kedua buat. Nasib mommy jenis cool , tak tukar hijau.
Jadi sebagai alternative, mommy akan tukar nasi jadi sesuatu. Sementara nak besar, sementara nak pandai suap nasi sendiri ni kena kreatif la. Tapi serius, bila tukar nasi jadi sesuatu, dia punya ekcited nak makan tu..bahagia sangat rasa. Tak kisah la buat apa pun, janji misi gemuk@ naik berat badan terlaksana dengan jayanya. Bukan senang nak tackle selera dua ketoi twins ni.
Begini caranya ye.
Sosej Nasi Bersayur
Nasi putih
Sayur blend kering (sayur tu boleh celur dulu)
Lada sulah sebagai perasa
Dalam gambar ada ikan dory. Jangan blend lak. Ikan tu interframe lak. Mommy sebenarnya nak masak sosej bersama dory grill celup tepung nanti.
Sediakan plastik putih biasa yang orang duk bungkus makanan tu, potong sisi dia dan bentang lebar macam dalam gambar. Ambil sedikit adunan. Bentukkan dan gulung memanjang macam bentuk sosej.
Ketatkan gulungan. Ketat pakai getah pun boleh. Kalau ada plastik aiskrim lagi senang. Kat rumah bendanya takder. Dah siap, boleh sejukkan sebentar dalam freezer. Sekejap je dalam 15-30 minit untuk firm bentuk je.
Boleh buka pembalut dan grill guna minyak sikit. Boleh la hidang bersama makanan yang lain. Ini hanya idea saya je. Kalau ada yang lebih baik, boleh gak kita kongsi bersama.
Adunan ni juga boleh buat nugget ye. Dah bentukkan macam nugget, celup je dengan telur dan grill je guna sedikit minyak.
Senangkan..teruskan berjuang ye moms untuk usahakan juga anak makan nasi.
Menarik:
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sambal Kicap seakan sudah sebati di kalangan masyarakat Johor. Tanpa sambal kicap ketika makan pisang goreng seakan tidak lengkap rasanya.
Bukan seperti sambal kicap biasa, rupanya ini cara untuk membuat sambal kicap simple tapi sedap. Jom cuba perkongsian resipi Norhayati Bt Ismail Tang.
Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh di makan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam-macam lagi lah.
Ni saya nak share cara saya lah buat sambal kicap ni. Boleh tahan berbulan simpan di peti ais.
Bahan-bahan:
30 biji cili padi
2 labu bawang putih (digoreng hingga perang)
1/2 botol kicap masin – atau ikot paras cili dalam jug blender
3 sudu cuka/air limau
5 sudu besar gula
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih untuk hilangkan rasa pedar dan bergetah.
Goreng bawang putih sampai perang ye.
Kalau guna cili padi hijau lebihkan cili dari bawang.
Kalau dalam jug blend tu saya biasa letak kicap sama paras dengan cili. Cuka letak dalam 3 sudu besar untuk 1/2 jug.
Gula pula 5 sudu besar, jangan letak air. Masa baru buat memang cair, nanti bila gula dah sebati sambalnya jadi pekat.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).