Anak yang terlalu aktif dan sukar dikawal boleh mengundang keadaan kelam kabut. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba. Tapi kenapa agaknya mereka boleh jadi terlalu aktif? Cuba semak apakah makanan yang dimakan olehnya hari ini yang mungkin telah mempengaruhi mood dan tingkah laku.
Sugar rush. Gula sering kali menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan kanak-kanak aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, ada jenis makanan lain yang juga memberikan impak kepada kelakuan dan si manja. Antaranya ialah:
- PRODUK TENUSU
Pengambilan produk tenusu dalam kuantiti sederhana tidak ‘mengganggunya’. Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
- PEWARNA DAN PERISA TIRUAN
Tidak ramai yang tahu bahawa perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau sebekas kecil tairu.
- GULA
Gula. Ya gula boleh menjadi sebab apabila ia diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
- BAHAN PENGAWET
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
- BAHAN PERASA
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak. Bahan perasa banyak terkandung dalam makanan berproses seperti sosej, kerepek, mi segera dan sebagainya.
Tidak salah untuk mengambil makanan ini tetapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit sekali-sekala. Jangan jadikan ia tabiat kerana selain boleh mengganggu emosi anak, ia juga memberikan impak negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak Dah Masuk Umur 3 Tahun, Tolong Semak Perkara Ni. Sepatutnya Dia Dah Pandai Buat
Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan. Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara mendidik anak 3 tahun
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak.Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar.
Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri.Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul.Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa.
Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air. Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah. Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif. Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda. Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang.
Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain.Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda. Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak.
Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda. Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”.
Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?” Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka. Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan.
Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka. Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Cara mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting. Latih Anak Sekarang Supaya Tidak Manja Dan Boleh Berdikari Nak Elak Anak Menangis Di Tadika Tahun Hadapan
Sebenarnya penting latih anak berusia tiga tahun atau empat tahun mulai sekarang supaya tidak manja dan boleh berdikari untuk elak anak menangis di tadika tahun hadapan. Ini kerana biarpun dah masuk bulan ke Mac, ada juga anak-anak yang menangis disebabkan masih tidak dapat menyesuaikan diri di tadika. Jika lepas cuti sekolah, confirm ada yang akan menangis sebab sudah selesa duduk di rumah atau rumah pengasuh.
Ia berlaku kerana ada segelintir ibu bapa yang berkerjaya, penjagaan anak biasanya dijaga oleh pengasuh sama ada di rumah atau menghantar kepada keluarga terdekat atau kenalan untuk mengasuh anaknya. Penjagaan kanak-kanak di rumah oleh pengasuh yang tidak terlatih akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Pengasuh akan memberi tumpuan sepenuhnya mengikut kehendak kanak-kanak yang dijaga. Pembetulan tingkah laku tidak diberi perhatian. Keadaan ini akan memberi kesan untuk kanak-kanak bersosialisasi dengan kanak-kanak lain di persekitaran yang berbeza.
Sekiranya penjagaan di rumah pengasuh hanya ada seorang lagi kanak-kanak yang bukan sebaya dengannya akan mengehadkan cara kanak-kanak itu bersosialisasi. Kanak-kanak yang lebih rendah usianya akan mengikut kanak-kanak yang lebih berusia. Secara tidak langsung dirinya lebih dominan. Kanak-kanak hanya biasa berkawan dengan seorang kanak-kanak sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak biasa dengan kanak-kanak di persekitaran yang baru dan tidak berkeyakinan untuk bersama bermain.
KESAN
Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan akan memberi kesan sikap terlalu bergantung harap kepada pengasuh dan tidak boleh berdikari. Kanak-kanak tidak tahu batas sempadan perkara yang boleh dilakukan dan tidak memahami sesuatu yang tidak dibenarkan. Kebiasaannya semua perkara dibantu oleh pengasuh sekira menghadapi sedikit kesukaran. Semua yang diminta oleh kanak-kanak dipenuhi oleh pengasuh. Malahan kanak-kanak tidak dibiasakan dengan peraturan jadual seperti di tadika. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak merasa tertekan dan bosan apabila berada di tadika.
Manakala kanak-kanak yang dihantar ke institusi jagaan kanak-kanak seperti di taska berdaftar, pengasuhnya boleh dikatakan telah terlatih. Mereka menetapkan jadual untuk diikuti oleh kanak-kanak. Perkembangan sosialisasinya terkawal mengikut tahap usia kanak-kanak. Kesediaan belajar untuk bersama rakan dan situasi baru tidak menjadi masalah. Kesannya kanak-kanak mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru apabila ke tadika.
Oleh itu, mulai hari ini,para ibu bapa mulai ajar anak berdikari dan sosial dengan rakan sebayanya. Mungkin boleh melibatkan anak-anak dengan kelas playgroup atau pusat perkembangan untuk anak-anak bersosial.
Apabila ada keyakinan dalam diri dalam diri anak akan memberikan cetusan emosi berani untuk melakukan sesuatu. Bukannya terlalu bergantungan kepada orang lain. Biarpun anak masih kecil, tetapi kanak-kanak ini mempunyai sikap ingin tahu dan perasaan ingin mencuba dalam dirinya. Justeru, biarkan anak melakukan aktiviti yang dapat merangsang keberanian dalam dirinya. Dalam pada itu, ibu bapa perlu sentiasa memberikan kata-kata dorongang kepada anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan Pakar Ini Cara Untuk Mengatasinya
Tahukah anda, bahawa sikap terlalu melindungi anak boleh menjejaskan keyakinan diri anak. Hakikatnya bahawa setiap ibu bapa, ingin memiliki anak yang pandai berdikari, yakin diri dan bertangungjawab. Namun ada oleh kerana salah asuhan akan menyebabkan anak-anak itu mempunyai pemikiran negatif yang menyebabkan anak itu tidak yakin pada dirinya.
Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan antara faktor penyebab anak tidak yakin diri ialah anak tersebut selalu menerima kritikan daripada ibubapa atau penjaga, masalah yang berkaitan dengan psikologi kanak kanak, kanak kanak yang keterlaluan di lindungi (over protectiveness), terlalu banyak peraturan atau sekatan yang dikenakan ke atas dirinya dan cara cara didikan yang negatif yang di terima daripada ibubapa/penjaga atau guru guru.
Cara langkah yang boleh diambil oleh ibubapa bagi membantu anak- anak membentuk sikap yang positif
- Wujudkan persekitaran rumah yang positif. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa adalah bersikap mesra dengan anak anak melalui perbualan harian. Jadilah pendengar yang setia pada anak anak dengan menunjukkan kesungguhan kepada apa yang ingin diluahkan kepada kita.
- Selain dari itu wujudkan suasana ceria di rumah dengan bercerita pada kanak kanak perkara perkara yang menyeronokkan, sentiasa hiasi perbualan dengan elemen humor atau lawak jenaka dan sekali sekali menonton filem yang lucu dengan anak anak. Dengan adanya gelak ketawa, suasana akan menjadi lebih ceria dan secara tidak langsung membahagiakan kanak kanak. Katakan pada anak anak bahawa dengan hanya senyum dan ketawa boleh mengubah tindakbalas kimia dalam otak dan boleh menyebabkan diri merasa tenang dan bahagia. Kanak kanak yang merasa bahagia akan mempunyai esteem diri yang lebih tinggi dan mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
- Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan perasaan rasa dihargai dan dikasihi kepada anak anak dalam pelbagai bentuk seperti perkataan, ciuman, pelukan, dakapan dan juga tepukan lembut pada bahagian badan anak anak. Pada anak anak kecil rasa rasa dihargai dan dikasihi perlu ditunjukkan melalui tingkahlaku yang dinyatakan di atas. Anak anak yang merasa diri dihargai akan lebih mudah menunjukkan sikap yang positif
- Beri peluang untuk anak-anak mengambil tanggungjawab .Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab.Ibu bapa dan orang dewasa boleh menunjukkan cara untuk bertanggungjawab, dan bukannya dengan memberi arahan. Contohnya, ibu bapa membuang sampah ke dalam tong sampah supaya kanak-kanak mencontohi sikap bertanggungjawab ini.
5.Beri autonomi terhadap sesetengah perkara .Kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan. Kanak-kanak juga adakalanya perlu diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesetengah perkara dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, peluang memperbaiki diri atas kesilapan yang dibuat perlu diberi oleh ibu bapa dan orang dewasa supaya kanak-kanak dapat berusaha meningkatkan diri akan membantu mereka membentuk sikap yang positif.
6.Bantu anak anak mengawal monolog dalamannya (inner speech.) Percakapan dalaman ini adalah kenyataan yang selalu di ulang sebut oleh anak anak pada dirinya sendiri. Misalnya bagi anak yang tidak pandai dalam subjek matematik, biasanya akan kerap berkata “saya tidak pandai matematik” secara berulang kali pada dirinya Bantu anak anak mengganntikan pernyataan negative ini kepada pernyataan yang positif seperti “ Saya akan terus cuba belajar matematik. Saya akan pandai matematik dengan bantuan mak ayah dan kawan kawan”.
7.Ibu bapa juga boleh membantu anak anak membentuk sikap dan pemikiran yang positif dengan membantu mereka membina kemahiran yang baru atau membuat aktiviti yang baru. Kenal pasti kekuatan atau kelebihan yang ada pada anak anak. anak mempunyai minat melukis, bantu anak dengan menghantarnya ke kelas melukis atau sediakan pelbagai peralatan melukis untuknya. Selain dari itu cuba cari aktiviti yang boleh memberi pengalaman baru yang positif pada anak anak missal aktiviti memanah atau berenang bagi anak anak yang belum pernah menjalani aktivti tersebut. Aktiviti berbeza akan memberi pengalaman yang berbeza pada anak-anak.
8.Libatkan anak-anak dalam kerja kerja amal yang dijalankan samada di peringkat sekolah atau di kawasan kejiranan sendiri. Galakan anak anak terlibat supaya mereka dapat bersosial dan dapat membentuk sikap positif yang lain seperti bekerjasama, saling bantu membantu atara satu sama lain dan juga sikap bertolak ansur dan mengembangkan perasaan empati.
9.Selain dari itu perapatan amat mempengaruhi pembentukan sikap positif anak anak. Melalui perhubungan dengan orang lain, kanak-kanak membuat penilaian terhadap diri sendiri dan membina penghargaan kendiri. Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempamerkan sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka juga gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain. Sikap yang baik ini adalah hasil daripada model kasih-sayang yang diperolehi dan ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga. Perapatan yang mengelak atau bercelaru pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, ganas, pemarah, dan tidak menghormati orang lain. Selalunya, kanak-kanak ini akan bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain
.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI