Anak yang baik ialah kebahagiaan ibu bapanya sepanjang hayat. Demikian ungakapan yang menjadi inti perkongsian Datuk Prof Muhaya Mohamad baru-baru ini di mana beliau berkongsi tip tentang bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak yang baik.

Datuk Prof Muhaya Mohamad

Beliau yang live di Facebook pada 24 Disember 2017 telah mengetengahkan 13 tip tentang bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak yang baik. Antara tip yang diberikan ialah seperti berikut;

1.Berikan prioriti wang, masa, tenaga dan fokus kepada anak-anak berbanding perkara lain.

2.Jangan berkira untuk melaburkan duit, masa dan tenaga dan fokus untuk mendidik anak. Kerana nanti apa yang dilaburkan akan mencambahkan sesuatu (anak-anak) yang mana di dunia akan membahagiakan dan di akhirat akan memanfaatkan.

3.Gunakan wang untuk menghantar anak ke sekolah yang kita tahu akan memasukkan akidah yang mantap kepada anak. Pilih sekolah  yang akan mengajar anak tentang ibadah sempurna, melembutkan akhlak anak kita, mempunyai persekitaran yang baik (rakan-rakan dan guru).

3.Alam persekolahan yang baik (yang menekankan ibadah dan akhlak) akan memberikan input yang baik kepada anak. Apa yang masuk dalam minda dan roh/ jiwa anak itu sangat-sangat menentukan siapa mereka akan jadi pada masa hadapan.

4.Akhlak di rumah juga memberikan impak kepada anak seperti percakapan dan pemakanan keluarga. Ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang baik dan akhlak yang baik di rumah sebagai contoh kepada anak-anak.

5.Ibu bapa perlu berfikir sebelum bertindak. Jangan berikan anak makanan yang berpunca daripada sumber yang haram (kerana ibu bapa mengular di waktu pejabat, malas buat kerja, rasuah dan sebagainya).

6.Ibu bapa wajib menjaga solat dan elakkan  melambatkan solat dan meninggalkan solat. Bila anak melihat perkara ini berlaku, mereka akan beranggapan meninggalkan solat itu tidak salah.

7.Berikan didikan fardu ain dan jadi contoh yang betul kepada anak-anak.

8.Tekankan tentang adanya Tuhan kepada anak-anak daripada awal. Dari mana  mereka datang (dilahirkan), kenapa mereka dilahirkan dan nanti akan pulang ke mana.

9.Tingkatkan akidah dan ketuhanan dalam diri anak-anak sejak awal lagi. Kalau dia bangun pagi, dengan lembut berikan salam “Assalamualaikum anak mak/ ayah yang baik. Baru bukak mata sayang. In sha Allah pagi ni Sofia jadi anak yang baik, lemah lembut, penyayang, solat, baik dengan adik-adik.”

Masukkan kata-kata  yang baik (ke dalam minda anak). “Siapa yang kejut Sofia pagi ni? Allah. Siapa yang jaga Sofia masa tidur-Allah. Bila dia mandi, siapa buat air ni-Allah. Bila kita makan, kita bersyukur-cakap apa- Alhamdulillah. Siapa buat makanan ini-Allah.Setiap masa biasakan minda anak kita ni dengan Allah.

10.Didik anak dengan sistem nilai iaitu nilai yang baik seperti nilai memberi, nilai menghormati, nilai menyayangi, nilai memberi manfaat, nilai berkasih sayang, nilai peka pada orang, nilai memahami orang, nilai empati. Mesti tunjukkan sifat, akhlak dan nilai yang baik ini kepada anak.

11.Ibu bapa perlu memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum memarahi anak-anak, ibu bapa perlu muhasabah diri. Adakah diri sendiri degil kepada Allah menyebabkan anak menjadi degil.

12.Sentiasa memperbaiki diri dan berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan menjadi yang contoh yang baik untuk anak serta melakukan perkara yang diredai Allah.

http://

Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya

Tinggalkan Komen