Kenapa ibu ayah nak sangat anak kecil duduk diam? Sebab senang nak urus atau tak mahu orang sekeliling buat tanggapan yang bukan-bukan.

Memang kalau kita tengok anak orang lain duduk diam je, mudah dengar arahan, kita pula rasa seronok dan beruntung mak ayah dia kan?  Sedangkan anak kita bukan main ligat. Sampaikan kena berkejar ke hulu hilir nak mengawalnya.

Tak perlu fikir bukan-bukan kenapa anak kita susah fokus dan duduk diam seperti yang kita nak. Ini kerana menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya anak kecil fitrahnya memang tak boleh duduk diam. Jika kita nak anak duduk diam dan berikan macam-macam atau paling mudah gajet bermakna kita dah gagal. Ikuti perkongsiannya:

Ramai yang cakap:

‘Anak saya susah fokus’. Tiada istilah anak tidak fokus!  TIADA!

Ada yang expect anak 2 tahun untuk fokus! Fokus apa?

Yelah… fokus duduk diam,main elok-elok… ni asyik nak lariiiiii aje!

Betul la tu… dia lari sebab dia fokus kat berlari bukan duduk!

Kita dok cakap anak susah fokus,takleh dok diam——> kalau boleh kita nak anak kita ni sepanjang masa ikut cakap kita. Habis,anak kita yang nak keperluan bergerak dan berlari dipenuhi oleh kita….kita tak kesian ke kat dia?

‘Masa kecil ni la nak ajar anak al-Quran,ngaji elok2…pandai2….’ ——->>>>> apakah fitrah anak itu berlari dan bergerak tidak terkandung dlm al-Quran sebagai satu sifat manusia???

Tuan/Puan,
Yang sebenarnya kanak-kanak memerlukan ruang untuk mereka bergerak. Fokus mereka sepatutnya adalah kepada pergerakan bukan duduk!
Jika kita banyak dudukkan anak… bagi telefon untuk duduk diam,bagi kerusi untuk anak duduk diam…. bagi stroller duduk diam-diam…..fitrah si anak ini sudah hilang!

Apabila anak banyak duduk,otak tidak mendapat rangsangan yang secukupnya. Otak kita pun terbahagi kepada banyak bahagian—->kiri,kanan,depan,belakang,bahagian atas,bahagian bawah…. semua bahagian ada!

Macam mana nak rangsang semua bahagian otak ni…. senang saja.

PERGERAKAN.

Anak-anak yang masuk sekolah tapi masih tak duduk diam itu menunjukkan yang dia tak mendapat kepuasan bergerak yang secukupnya semasa kecil. Mereka ini belum puas bergerak menyebabkan mereka sukar nak terima pelajaran.

Tapi kita ni pun selalu salah anggap. Kita selalu lihat anak yang bergerak itu sebenarnya adalah mereka yang susah nak fokus.

Tidak. Anak yang bergerak, mereka sedang fokus. Ada sesetengah kanak-kanak juga memerlukan pergerakan untuk mendapatkan fokus.

Seeloknya apabila mereka bergerak,kita layan. Waktu mereka bergerak,waktu itulah adalah waktu yang paling bagus untuk mereka belajar.

Anak dalam mall suka lari sana sini? Ikut anak. Dia nak masuk dalam kedai apa? Kedai mainan. Dukung sekejap. Tahan daripada dia main mainan yang ada sampai rosak. Waktu ni elok kita ajar anak kira mainan yang ada. 
Rujuk kotak mainan walaupun tak beli.  Kalau ada mainan yang display macam dlm Toys R Us tu,bagi anak tekan-tekan sambil pegang tangannya.

Kalau anak lari bawa kita masuk kedai cadar sebab dia nampak cadar comel-comel. 
‘Oooohhh Mickey Mouse! M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E…. it’s the mickey mouse clubhouse… come inside it’s fun inside!’ 
Nyanyi dan layankan. Sebab kita pandai layan,anak tak jadi nak beli.

Jika kita malas nak layan,itu yg buat anak rasa nak beli. Kadang-kadang acah-acah main je ngan benda tu (make sure jangan sampai rosak la)…. kita pun org dewasa takkan tak boleh fikir mcm mana nak main sesuatu tanpa bagi rosak barang dekat kedai. Tunjuk-tunjuk tak sentuh pun takpe. Buat-buat macam kita main kira-kira lepas tu cabut la dari kedai tu.

Kenapa kena layan? 
Sebab bila anak dah puas dilayan, dia tak susah dah nak fokus kepada apa yang kita minta dia buatkan.

Point yang penting dalam nak bagi anak fokus adalah ubah persepsi bahawa time fokus kena duduk diam. Padahal anak tu time bergeraklah dia nak fokus! Kita? Layan sama! Time panjat kita boleh ajar kira. Time berlari kita boleh ajar lari lompat batu-batu kecil. Masa tulah otak anak-anak berkembang!

Telefon letak tepi eh.

Sumber: Liyana Raya

 

Tinggalkan Komen