Pelbagai jenis aktiviti d.i.y yang sebenarnya lebih baik untuk minda kanak-kanak boleh dilakukan oleh ibu bapa. Tak semestinya perlu membeli mainan yang mahal-mahal. Yang penting fungsinya adalah untuk menguatkan daya ingatan dan kreativiti anak-anak.
Antara aktivit yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi adalah:
MENAMPAL
Permainan menampal bentuk dan warna boleh mengasah minda anak anda untuk meminati matematik. Malah anak anda akan lebih cepat berfikir apabila berhadapan dengan soalan kiraan.
MEMBALING OBJEK KE DALAM BAKUL MENGIKUT WARNA
Permainan ini akan meningkatkan fokus anak anda pada sesuatu tugasan. Malah anak anda tidak cepat bosan pada sesuatu tugasan.
Ads
MENGUMPUL OBJEK KE DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN
Permainan ini akan menjadikan anak anda lebih berdisiplin dan tersusun. Malah anak anda akn rajin menngemas barang-barangnya.
PERMAINAN MENYUSUN MENGIKUT KIRAAN
Permainan ini akan memupuk sifat teratur. Anak anda akan sentiasa mengikut arahan yang diberikan. Anak anda tidak akan melanggar arahan dan sentiasa mengikut apa yang ditetapkan.
Ads
BERMAIN PASIR
Jangan terkejut bermain pasir, boleh membentuk ketahanan diri anak anda, malah anak anda akan lebih berani mencipta, minda anak anda akan cepat berfikir. Tapi awas, lepas main basuh bersih-bersih ya.
BERMAIN BELON BUIH
Ads
Bermain belon buih akan membentuk sifat kebebasan dan berani untuk berusaha, seperti sifat belon yang terbang tinggi, anak anda tidak takut untuk menjadi yang terbaik.
BERMAIN AIR
Bermain air akan memupuk sifat berani, malah anak anda akan lebih aktif, anak-anak yang terdedah pada air laut, pantai dan sungai selalunya mereka mempunyai jati diri yang kuat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak sedang membesar mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang boleh menyebabkan mereka diserang penyakit. Oleh itu sebagai ibu bapa penting untuk anda mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko untuk jatuh sakit.
Tip didik anak tentang menjaga kesihatan diri
Ajar mereka untuk kerap mencuci tangan dengan betul dan menggunakan sabun. Didik mereka untuk basuh tangan sebelum dan selepas makan, selepas bermain dan juga selepas menggunakan tangan.
Beriadah atau melakukan aktiviti sihat dengan bermain di taman atau sebagainya dapat mengurangkan risiko si kecil mendapat demam selesema. Amalan cara hidup yang sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan lancar, malah ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan.
Biasakan anak anda tidur secara teratur dan jadikan ia rutin setiap malam. Tidur yang cukup akan membuatkan anak-anak anda lebih sihat selain melatih mereka untuk lebih berdisiplin.
Selain cara hidup yang sihat, amalan pemakanan yang sihat juga penting untuk kesihatan anak-anak anda. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
Saksikan Rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif minggu ini pada hari Selasa pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan.
Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara mendidik anak 3 tahun
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak.
Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar.
Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri.
Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul.
Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa.
Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air.
Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah.
Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif.
Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda.
Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang.
Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain.
Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda.
Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak.
Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda.
Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”.
Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?”
Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka.
Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan.
Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka.
Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Cara mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan.
Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.
Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindak balas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).
Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).
Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu. React – terus bagi penyelesaian. Reflect – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”
WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.
“Adik rasa bosan macam mana?” Papa pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?
Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.
Ransang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri.
“Kalau papa bosan, Adik rasa apa papa boleh buat?”
“cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil dua sebab papa pun nak guna kalau papa bosan nanti”
“cuba papa geletek kaki adik, selalunya nanti akan keluar idea..”
Gunakan kreativiti anda untuk merangsang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!
Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24 jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh hadapinya sendiri. Itu masalah genetik namanya!
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!