Gangguan seksual kepada anak merupakan satu isu yang amat menggerunkan ibu bapa. Dulu mungkin gangguan seksual ni berlaku pada orang dewasa kini ia turut menular kepada kanak-kanak bawah umur.

Sebagai ibu bapa, perkara sebegini amat ditakuti. Kalau boleh, macam nak kurung je anak-anak dalam rumah kan? Selain doa yang tidak putus- putus, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk elak gangguan seksual kepada anak kita? Jom baca perkongsian UmmiTiqah

Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan

1) Sentiasalah bertanya tentang aktiviti anak di nurseri, babysitter, prasekolah atau sekolah. Tidak perlulah bertanya anak secara ‘direct’ kerana ini mungkin akan mewujudkan paranoia dan ketakutan dalam diri anak yang tidak tahu apa-apa. Tanya secara ‘indirect’, contohnya “Apa yang adik main di sekolah hari ini?”. Anak akan teruja untuk bercerita. Jika ada ‘watak’ yang dikenali dan dipercayai yang sering bermain dengan anak dan anda rasakan caranya tidak ‘appropriate’, mungkin anda boleh lebih ‘alert’ dan siasat.

2) Bina ‘connection’ yang rapat dengan anak. Amalkan komunikasi yang terbuka. Pemangsa selalunya mengatakan kepada anak,”Ini adalah rahsia antara kita berdua. Jangan beritahu sesiapa.”Anak akan menuruti kehendak pemangsa kerana anak sukakan pemangsa yang sering beri perhatian, hadiah dan bermain dengannya.Berkomunikasilah dengan anak supaya anak tidak melindungi apa-apa ‘rahsia’ daripada kita.

 3) Ajari anak ‘safe’ dan ‘unsafe touch’.
Bahagian badan yang manakah yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Bahagian manakah yang boleh disentuh oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu sahaja. Ajar anak.  Jangan malu-malu.

4) Ajar anak YELL, RUN AND TELL atau Say NO, RUN, AND TELL kiranya ada yang cuba menyentuh bahagian tersebut atau melakukan sesuatu yang tidak elok. Jangan takut atau segan.TELL kepada sesiapa. Lindungilah anak-anak kita.
There’s no such thing as someone else’s child.

Saya agak konservatif dalam menjaga anak-anak. Ini langkah-langkah yang saya praktikkan. Sekadar berkongsi:

1) Saya mandikan anak saya setiap hari sebelum dan selepas balik sekolah. Pada masa yang sama saya buat ‘physical check’ dan semasa mandi saya bersembang santai bertanyakan ada sesiapa sentuh anggota badannya.

2) Kena aware aktiviti anak disekolah dengan follow time table sekolah anak. Saya akan gone through setiap subjek pada hari itu dan tanya apa yang dipelajari & aktiviti yang dilakukan. Ini bermula semasa menjemput anak balik dari sekolah dan berlanjutan sehingga sampai kerumah. Minda mereka pada masa itu masih segar mengenai sekolah. Mungkin selepas balik sekolah, anak-anak terlupa apa yang terjadi disekolah. 

3) Mendengar & respon apabila anak mengadu sakit walaupun sakit digigit nyamuk. Dengan itu anak-anak akan sentiasa rasa selamat dan diambilberat oleh parents.

4) Ibu perlu main peranan utama untuk anak-anak yang berusia muda. Jangan mengharapkan bapa kerana fitrah bapa tidak terlalu detail dan suka ‘kelebet’.

5) Faham trend & mood perangai anak. Bagaimana moodnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.

6) Yang paling utama setiap hari saya pastikan anak membaca doa “bismilahillazi” dalam perjalanan kesekolah. Sehabis doa saya berpesan kepada anak-anak, Allah sentiasa ada melindungi mereka. Jangan takut kepada sesiapa dan mak selalu sayang; ini untuk menggalakkan anak tidak takut bercerita dan berkongsi cerita.

Apa yang boleh disimpulkan, keakraban kita dan anak memainkan peranan yang amat penting. Secara alami, anak lebih mempercayai ibu bapa dalam semua aspek namun kadang kala, cara layanan dan didikan kita sendiri membuatkan anak sedikit “menjauh”. Sama- samalah kita jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.

 

Tinggalkan Komen