Asap rokok boleh berikan impak teruk kepada sistem pernafasan bayi. Pendedahan kepada asap ini boleh menyebabkan batuk dan kahak menebal yang tentu membahayakan.

Semoga perkongsian daripada Puan Faziera Tarmizhi ini boleh dijadikan pengajaran dan agar mengelakkan ia berlaku kepada bayi anda.

Catatan 3 Hari 2 Malam
12/01/2018

Harini babah dah pergi kerja kul 9am tapi terpaksa balik pukul 11am sebab Aira batuk berkahak sampai muntah. Mommy risau sangat time ni. sebab Aira memang dah lama batuk hampir sebulan. bukan mommy biarkan aje. macam macam cara tradisional amik daun sireh layor kat api then letak Vicks letak kat dada sebelum tido. Klinik jangan cakap la berapa klinik dah Mommy pergi, buat sonotron lagi. Tapi tu la batuk still sama takde perubahan. Doktor kata paru-paru Aira okay. Mommy pun ok jela sebab doktor kata gitu.

Bila malam, Mommy tak senang hati nak tidur sebab kesian sgt tengok Aira tido tak lena, batuk sampai merah merah muka, yela baru 3 bulan. Nak buang kahak memang tak reti la. So Mommy and baba amik keputusan pergi jumpa pakar di KPJ Ipoh Specialist. Masa ni doktor suruh amik neb (nebulizer) je untuk cairkan kahak, sebab kahak Aira banyak tapi Mommy cakap kat doktor untuk dapatkan rawatan lebih sebab kesiankan Aira.

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

Petang tu baru dpt bed sebab ramai yang belum discharge lagi. Lepas masuk je wad, doktor order suction daily and nebulizer 4 hoursly. Masa Aira kena sedut tu, Mommy tak boleh tengok sebab kesian Aira kena masuk tiub dalam tekak untuk sedut kahak yang tersumbat. Tok Rambo pulak menangis tengok Aira meronta ronta. Tapi hati Mommy redha la demi kesihatan aira. Walaupun sakit sekejap ia bermakna, Aira boleh sihat dengan cepat. Kahak Aira tebal sangat patut la Aira batuk batuk sampai muntah?

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

13/01/2018

IKLAN

Aira dah boleh tidur nyenyak malam tu sebab kahak dah berkurangan dalam tekak. And the best part, Aira tak menangis pun bila amik neb. Good girl anak Mommy ni?

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

Harini hari kedua nak buat suction kat Aira, macam biasa..bila buat percussion Aira langsung tak nangis. Siap boleh tidur lagi. Bila dah bedung badan and nak suction, mula la dia meronta ronta nak dibebaskan. Trauma semalam belum hilang lagi, kesian anak Mommy?  Kali ni kahak Aira dah mula cair sikit. So doktor kata tunggu lagi semalam, tengok mcm mana and then ok, dah boleh balik.

14/01/2018

IKLAN

Harini hari ketiga, Alhamdulillah Aira tido dengan sangat-sangat lena malam tadi. Mommy sangat happy tengok Aira tidur dengan nyenyak. Bunyi kahak dah takde.

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

Doktor datang review Aira, and Doktor kata boleh proceed discharge. Sebelum tu kena suction dulu, macam biasa Aira mesti akan menangis. Tapi takpelah, untuk kesihatan anak Mommy. Alhamdulillah bila buat suction, cuma ada kahak yg cair saje. Aira dah beransur pulih.

Sebelum ni Tok Rambo ada suggest untuk buat suction. Cuma Mommy taknak sebab tak sanggup tengok anak Mommy kena jolok macamtu, sebab Mommy dah biasa tengok patient kena suction, orang tua pun sakit apatah lagi baby?

Thanks to doctor and nurses in KPJ Ipoh Specialist Hospital?

IKLAN

PUNCA KAHAK TEBAL DALAM TEKAK AIRA 

Asap Rokok Punca Bayi Tiga Bulan Batuk & Berkahak Tebal Sehingga Diwadkan. Ikuti Perkongsian Ibu Ini

ASAP ROKOK! Yes asap rokok buat baby berkahak sebab terhidu asap. So korang please please please jangan hisap rokok kalau ada baby, kalau boleh cuci mulut, mandi, basuh tangan baru pegang baby.

Baba, pak-pak sedara Aira and Atok semua dah kena ceramah dengan Mommy. Jangan hisap rokok depan budak, sila cuci tangan sebelum pegang anak Mommy. Yang susah jaga anak sakit bukan engkorang, tapi Mommy dia ye. Bersengkang mata jaga anak takut anak tersedak muntah tengah tidur. So hargai la, ingat orang yang tersayang.

Last but not least, mengandung dan bersalin bukan la sesuatu yang senang.

Sekian

Sumber: Facebook Faziera Tarmizhi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI