Mudah dijaga & tak kisah diangkat atau tidak, ia mungkin petanda Kecelaruan Spektrum Autisme. Tanda-tanda boleh dikesan seawal usia bayi 18 bulan!

Kecelaruan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder-ASD) ialah gangguan perkembangan saraf yang kompleks dan dicirikan oleh kesulitan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan perilaku terbatas, berulang-ulang dan karakter stereotaip.

Awas Kalau Bayi Anda Jenis ‘Mudah Dijaga’ & Tak Kisah Diangkat Atau Tidak, Ia Mungkin Petanda Awal Autisme

Menurut Dr Juriza Bt Ismail, Pensyarah Kanan & Pakar Perkembangan Kanak-Kanak, Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz. ASD boleh dikesan seawal 18 bulan.
Antara tanda-tanda awal semasa bayi adalah tiada hubungan mata (eye contact) dengan penjaga dan orang lain, tidak menutur sebarang perkataan, tidak memberi reaksi apabila nama dipanggil atau apabila diagah,selalu disifatkan sebagai seorang bayi yang senang dijaga, diam dalam dunianya dan tidak kisah sekiranya diangkat atau tidak.

Menginjak ke usia dua tahun dan ke atas, mereka masih belum mampu bercakap dan tidak bercakap, tidak suka bermain dengan orang lain, tidak suka berinteraksi dan tiada hubungan mata ke mata dengan orang lain. Ibu bapa tidak sepatutynya menunggu lama dan bertindak mendapatkan rawatan dan diagnosis doktor bagi memeriksa mereka sama ada ia disebabkan oleh masalah pendengaran atau ASD.

Awas Kalau Bayi Anda Jenis ‘Mudah Dijaga’ & Tak Kisah Diangkat Atau Tidak, Ia Mungkin Petanda Awal Autisme
TANDA-TANDA AUTISME PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Selain itu, anak autisme juga menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;

1. Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.

2. Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.

3. Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.

4. Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.

IKLAN

5. Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.

6. Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.

7. Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.

8. Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.

9. Tidak suka berkongsi barang dengan orang lain.

10. Tidak bermain dengan orang lain atau bermain secara interaktif.

IKLAN

11. Tiada hubungan mata ke mata (eye contact) dengan orang lain.

12. Mengibaskan tangan.

13. Berjalan berjengket.

14. Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).

15. Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.

Awas Kalau Bayi Anda Jenis ‘Mudah Dijaga’ & Tak Kisah Diangkat Atau Tidak, Ia Mungkin Petanda Awal Autisme
BERTINDAK SELEPAS DIAGNOSIS

IKLAN

Ibu bapa yang memiliki anak autisme yang telah mendapat diagnosis doktor perlu bertindak segera. Anak autisme yang disahkan sama ada autisme ringan tidak boleh diambil mudah. Jangan mengambil masa yang lama dalam fasa menerima kenyataan (grieving) .

Ibu bapa perlu bangkit dan kuat demi anak dengan segera tanpa berlengah. Kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan, komited dan jangan lepas tangan kepada satu pihak sahaja terutama sekali ketika menghadiri temujanji dengan pakar kerana informasi yang disampaikan amat penting dalam membawa hala tuju anak.

Setelah diagnosis, doktor akan menerangkan isu-isu yang dihadapi oleh anak dan bagaimana untuk membantu anak dalam menghadapi isu-isu ini.Cadangan juga akan diberikan tentang terapi-terapi yang diperlukan seperti terapi carakerja,terapi pertuturan dan terapi perlakuan.

Awas Kalau Bayi Anda Jenis ‘Mudah Dijaga’ & Tak Kisah Diangkat Atau Tidak, Ia Mungkin Petanda Awal Autisme

 

 

TINDAKAN IBU BAPA

Perbanyakkan pembacaan dan dapatkan ilmu mengenai ASD sebagai persediaan. Cari ilmu sebanyak mungkin tentang bagaimana untuk menguruskan anak yang autisme. Daripada pemerhatian Dr Juriza, anak-anak autisme yang ibu bapa mereka  berilmu dan komited dalam proses rehabilitasi  mereka akan menunjukkan kemajuan perubahan yang lebih positif.

Dapatkan informasi dan sokongan daripada persatuan-persatuan yang berkaitan seperti National Autism Society of Malaysia (NASOM) , Persatuan Autisme Muslim Malaysia dan kumpulan sokongan autisme di media sosial seperti pr4A dan lain-lain.

Awas Kalau Bayi Anda Jenis ‘Mudah Dijaga’ & Tak Kisah Diangkat Atau Tidak, Ia Mungkin Petanda Awal Autisme
Anak autisme perlu diberikan pendedahan dan terapi rangsangan. Antara terapi yang diperlukan ialah terapi pertuturan, terapi carakerja, terapi perlakuan kognitif, terapi sensori, Applied Behaviour Analysis dan sebagainya supaya mereka boleh menguasainya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI