Seorang ayah adalah hero di mata setiap anak. Bagi setiap anak ayah adalah hero pertama dalam hidup mereka. Walaupun kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu tetapi tanpa ayah di sisi mereka seperti kehilangan sesuatu.
Bila bersama ayah, hubungan rapat yang terjalin tidak akan sama seperti mana eratnya hubungan ibu dan anak. Pendekatan yang digunakan oleh ayah dalam mendidik anak tidak sama dengan cara ibu yang terkenal dengan kelembutannya.
Ketegasan ayah mampu mendidik anak menjadi orang yang berdisiplin. Tetapi dalam masa yang sama sikap ayah yang penyayang dan rajin melayan anak-anak bermain dengan riang gembira membuatkan si kecil sering tertunggu-tunggu saat itu.
Walaupun kelihatan ayah kurang tahu banyak maklumat tentang si anak namun peranan ayah dalam mempengaruhi karektor seorang anak sangat besar sekali. Makanya janganlah melepaskan semua tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak pada ibu sahaja.
Ayah pun kenalah memainkan peranan melayan anak bukannya asyik melayan handphone sahaja!
Perkongsian oleh seorang Speech Therapist, Puan Ruby Atika dalam facebook beliau wajar dijadikan renungan bersama oleh semua yang bergelar ibu ayah kepada anak-anak di zaman digital ini.
Pengaruh bapa.
Orang lelaki memang macam tu. Dia bukan ingat sangat bab anak-anak ni. Kalau saya tanya,
Bila anak mula berjalan?
Apa mainan yang anak selalu main?
Di rumah, dia selalu makan apa?
Dia boleh minta atau tunjuk apa yang dia nak?
Mesti kena tanya mak-mak juga, baru dapat jawapan yang diyakini. Haha….
IKLAN
Tapi….bapa ni sangat kuat pengaruhnya kepada anak-anak.
Anak tu lebih dengar cakap bapanya.
Dia lebih suka kalau bapa yang teman dia main.
Dia suka ikut bapa pergi jalan (tentulah sebab bapa selalu singgah beli apa-apa yang dia nak)
IKLAN
Bila mengantuk, lapar atau sakit, barulah anak pergi cari maknya.
Rugilah kalau bapa-bapa lebih utamakan handphone/game dari meluang masa dengan anak. Rugi….rugi.
Bila di sekolah, budak-budak bercerita pasal bapak masing-masing. Semua nak kata yang bapak dia paling best.
Anak kecil, dia bukan tau pasal kerja/jawatan bapa dia. Yang dia tau:
IKLAN
– Ayah dia bawa motor
– Daddy dia boleh pancing ikan.
– Pak dia boleh lipat takraw.
– Papa dia boleh makan 5 pinggan.
Maka, sedarlah wahai bapabapa sedunia, anda ialah hero di mata anak anda. Luangkan masa dgn anak.
Sumber: Ruby Atika
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun.
Namun, terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown. Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang lebih ringan, di mana seorang kanak-kanak masih mengekalkan beberapa kawalan terhadap tingkah lakunya.
Ini bertentangan dengan meltdown di mana seorang kanak-kanak kehilangan kawalan sepenuhnya sehingga tingkah laku hanya berhenti apabila ibu bapa dapat menenangkannya.
Perkongsian daripada Puan Wawa Shauqi ini memberikan panduan kepada ibu bapa untuk berhadapan dengan situasi tantrum atau meltdown ini. Yang pasti kedua-duanya memerlukan pengendalian yang berbeza.
Tantrum Atau Meltdown?
“Segan Wa, nak bawak anak berjalan. Takut menyusahkan orang. Kite ni tak kuat bila tengok orang pandang serong bila anak kita buat benda yang pelik.”
Ini luahan salah seorang sahabat saya yang anak autistik. Kesian sangat. Kalaulah lebih ramai yang faham, dunia ini lebih terbuka untuk anak autistik ini teroka.
JANGAN PANDANG SERONG
Sebenarnya bukan anak autistik je yang berisiko dipandang serong. Anak tipikal pon sama. Kalau bawak ke mall tiba-tiba anak berguling-guling kat lantai, cuba kita perati orang sekeliling.
Mulalah ada yang soksek-soksek. Mata diorang hujung-hujung je tengok kita.
“Ish. Mengada-ngadanya anak dia. Ni mesti sebab manja sangat!” “Kalau aku ada anak esok, anak aku takkan perangai macam ni.” “ Apa masalah mak dengan ayah dia ni? Bagi je lah apa anak dia nak.”
Mohon sesiapa yang membaca ini, bila nampak insiden budak menjerit/ mengangis berguling-guling, kalau ada sedikit di hati terdetik nak cakap ayat yang seumpamanya, mohon tolak muka, pandang ke tempat lain dan silalah berlalu pergi.
IBU BAPA PUN CUBA UNTUK KEKAL RASIONAL
Percayalah, ibu ayah yang menghadapi insiden tersebut kecik-besar-kecik-besar je nak join anak berguling sekali. Nak kekal rasional kemain sukarnya amboi.
Kalau di rumah, mungkin boleh melepaskan ngauman sedas-dua. Tapi di depan public, kalau salah tindakan, habis viral & kena kecam.
Cuba letakkan diri kita dalam diri ibu bapa yang mengadap anak tantrum/ meldown ini. Apa rasanya bila anak yang kita yakin di rumah perilaku adorable bak panda atau pendiam bak burung hantu, tiba-tiba bertukar ganas bak rasaksa bila di tempat awam?
Helpless kan. Kalau boleh nak bagitau sorang-sorang yang memandang, “Anak saya kat rumah tak macam ni.”
Dulu saya pernah tanya seorang Psikologis, apa nak buat kalau anak tantrum? Sejujurnya, saya tak berapa berpuas hati dengan jawapan beliau.
Bila saya baca Aiman Amri punya buku Autism : Unik atau Pelik, owh…barulah saya tau. Rupanya saya yang salah tanya soalan.
Sepatutnya saya tanya, ‘apa nak buat kalau anak TANTRUM? Bagaimana pula kalau anak MELTDOWN?’.
Sebab tantrum dan meltdown tu 2 benda yang berbeza. Dari luaran nampak sama je. Anak mengamuk berguling-guling kat lantai. Mengangis tak berhenti macam hidung tercabut atau buntut kena libas.
Saya sarankan semua ibu bapa tak kira anak tipikal mahupun yang ada anak autistik, bacalah buku tulisan Psikologis Aiman ni. Buku ni asas untuk faham dunia anak-anak yang unik.
Dalam buku ni, penulis ada cadangkan kaedah nak handle tantrum dan meltdown. Tapi cadangannya bersesuaian untuk anak-anak autistik.
Pun begitu, kaedah yang dicadangkan beri gambaran yang baik untuk membezakan cara nak melayan anak tipikal yang tantrum dengan anak tipikal yang meltdown.
Apa beza tantrum & meltdown?
Tantrum & meltdown lebih kerap untuk anak usia 2 tahun. Perlahan-lahan akan berkurangan mengikut kematangan mereka nak handle emosi.
Berbanding anak yang autism, tantrum & meltdownnya lebih kerap. Dan fasanya lebih lama. Ada yang sampai dah umur 5 tahun pun masih tantrum.
Ini kerana keupayaan otak mereka untuk kendali emosi agak limit.
Maklumlah, otak mereka bekerja secara luar biasa.
Tantrum
– Tantrum ada 2 jenis. Kalau tantrum luaran, anak menangis & menjerit. Kadang-kadang boleh sampai ke tahap memukul, menendang dan mencederakan diri.
Kalau tantrum dalaman pula, responnya merajuk, yang mana mak kepada anak-anak saya pun selalu buat dulu, ehem.
– Kebiasaan anak-anak yang tantrum ni sebab nak kawal situasi. Lagi ayah tunjuk saspen, lagi mak tunjuk muka takut, lagi galak dia tantrum. Dia tau itulah senjata yang boleh dia pakai untuk dia menang dan dapatkan apa yang dimahu.
Selalunya untuk dapatkan benda-benda yang mak ayah strict nak bagi. Mainan, gula-gula, telefon dan sebagainya. Ada juga yang tantrum sebab protes taknak buat apa diminta.
Meltdown
Lain pula dengan meltdown.
Anak kebiasaannya hilang kawalan terhadap diri sendiri. Mereka belum memahami ke-tak-sedap-an perasaan yang mereka rasa. Jadi ia diluah dengan cara yang tak menyenangkan.
– Mereka bukan mengada. Bukan juga sebab mak ayah tak pandai didik.
Semasa meltdown, anak autistik ini sendiri ‘menderita’ menanggung kesan kecelaruan neurologikal yang dialami.
Anak autisme deria badan sensitif
Kalau kita yang biasa ni mampu menapis input hasil stimulasi yang masuk ke otak. Tetapi, untuk anak autism, deria badan mereka sangat sensitif.
Bila deria mereka terlebih mendapat stimulasi sehingga mencapai batasan/ had yang mampu untuk mereka terima, mereka hilang kawalan dan meletup.
Itu sebab ibu dan ayah anak autistik selalu mengecualikan kenduri, pasar dan mall untuk bawa anak berjalan.
Bunyi hingar, pencahayaan dan objek di sekitar akan jadi punca stimulasi yang keterlaluan untuk diterima otak mereka.
Jujur saya katakan. Saya malu. Saya segan dengan mak ayah yang ada anak autistik. Mereka sangat kuat dan sabar.
Kalau kita rasa kita dah banyak bekorban kerana anak, mereka apatah lagi. Kalau kita rasa tak boleh pergi panggung waktu anak kecil, mereka mungkin tak boleh pergi sampai anak dah besar.
Kalau kita rasa susah nak melayani kerenah anak-anak kita, mereka yang mendepani anak berfikiran unik ni apatah lagi.
Pun begitu, having autistic child is a blessing. Gaya fikirnya mungkin menjadikan mereka tidak sama seperti anak yang lain, tapi ia boleh jadi kelebihan dalam beberapa aspek.
Anak autisme mempunyai pelbagai keupayaan
Sebab ada yang high function, pandai melukis, bijak muzik, hebat matematik malah ada punya keupayaan menganalisis fungsi mekanikal sesuatu mesin dan apa yang tak kena dalam badan seseorang yang sakit.
Tabik hormat kepada mereka!
Apa punya panjang daa membebel. Belum lagi cerita macam mana nak handle. Sebelum ada yang minta saya lukiskan, ni haa. Saya dah siap lukis dah, kaedah nak handle anak tipikal tantrum dan meltdown.
Untuk anak autistik, kita pinjam nota dari buku Autism : Unik atau Pelik tulisan Aiman Psikologis ni.
Jangan lupa sebelum bertindak, kena kenal pasti dulu anak guling-guling sebab tantrum ke meltdown. Atau sengaja buat exercise nak kurangkan lelemak berlebihan di badannya.
Setiap kali tibanya Ramadan, pasti ada ibu bapa yang menjanjikan ganjaran untuk anak jika dapat berpuasa penuh. Cara ini sebagai cara memotivasi dan menaikkan semangat anak. Sebenarnya terpulang pada ibu bapa asalkan ia memberi kebaikan.
Bagaimanapun pelakon, Datuk Aaron Aziz pula tidak pernah mengamalkan langkah memberi ganjaran seperti wang atau hadiah dalam menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh dalam bulan Ramadan.
Sebaliknya kata Aaron, dia sentiasa mengingatkan mereka mengenai tujuan sebenar berpuasa dan keberkatan yang diperoleh sekiranya ia dilakukan kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Saya sering beritahu mereka kalau tak boleh buat untuk Allah, macam mana Allah hendak dengar apa permintaan kita?
“Saya tidak amalkan ganjaran tetapi sentiasa ingatkan berpuasa di bulan Ramadan adalah diri mereka dengan Tuhan,” katanya.
Bagaimanapun kata Aaron, itu bukan bererti dia menentang sekiranya ada ibu-bapa memberi ganjaran dalam menggalakkan anak-anak mereka berpuasa.
“Tiada apa yang betul dan salah dalam memberi motivasi kepada anak-anak dan setiap orang ada cara masing-masing,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aaron mengakui dia seorang bapa yang tegas terhadap tiga anaknya setiap kali tiba bulan Ramadan kerana tidak mahu mereka ambil acuh tak acuh mengenainya.
Kata Aaron, dia mendidik mereka agar berpuasa seawal usia tujuh tahun kerana ingin mereka membiasakan diri dengan rukun Islam yang ketiga itu.
“Dua anak saya mula berpuasa ketika mereka berusia lapan tahun manakala yang bongsu tujuh tahun.
“Sebagai bapa saya memang tegas tentang berpuasa dan tidak mahu mereka ambil sambil lewa akan perkara itu.
“Sementara mereka masih kecil, saya mahu tegas tentang soal itu agar mereka terbiasa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam,” katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Diyana Halik, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 13, Dwi Ariana, 11, dan Dahlia Arissa, 7.
Bila paling sesuai nak beri latihan tandas atau potty training kepada anak? Macam mana caranya? Keadaan ini yang sangat merisaukan ibu bapa. Bukan apa bila terlalu paksa anak boleh jadi tantrum dan ada juga yang akan ‘membuang’ dulu sebelum beritahu.
Perkongsian dari Dr Abdul Rahim ini sangat mudah untuk ibu bapa faham sebelum memulakan fasa ini pada anak-anak.
Diakui sebenarnya AMAT SUKAR nak biasakan anak menggunakan tandas daripada menggunakan lampin pakai buang. Ia perlu kebijaksanaan ibu bapa, teknik, masa serta kesabaran yang tinggi.
Bila masa terbaik untuk mula latihan bertandas kepada anak? Ia bergantung kepada perkembangan milestone anak, fizikal dan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
**INGAT IA BUKAN BERGANTUNG PADA USIA mereka!!
Ramai dah bersedia antara umur 18 bulan hingga 3 tahun. Ada yang lebih daripada tu. Jangan paksa anak-anak anda dalam latihan bertandas kalau mereka belum bersedia. Kalau tak anak anda akan TANTRUM dan ibu bapa yang akan STRESS!! Oleh itu jangan tergesa-gesa. Take your time.
Tanda anak bersedia ke tandas
Berikut adalah beberapa tanda menunjukkan anak anda dah bersedia di ajar latihan tandas:
a) Anak anda dah faham dan mengikut ARAHAN ASAS daripada anda.
b) Pandai tanggal dan pakai seluarnya semula selepas buang air.
c) Boleh tak anak anda memberitahu mereka nak buang air?
d) Kalau anak anda tak berak atau kencing dalam lampin melebihi 2-3 jam, anda dah boleh train anak anda Potty Training.
e) Harap anak anda boleh duduk atas tandas. Kalau tak, beli tandas mengikut saiz punggung mereka.
Ibu ayah BERSEDIA tak nak ajar latihan tandas anak?
Sekiranya ibu bapa sibuk siang malam bila nak biasakan anak latih guna tandas. Buat permulaan anda kena rancang dulu masa. Beri tumpuan dan perlu konsisten setiap hari. Kadang tu ambil masa beberapa minggu dan bulan kerana setiap anak kecerdasannya tak sama.
Ibu bapa yang cepat nak marah sebaiknya kena sentiasa bersabar dalam tempoh percubaan ni. Ingat ia perlu masa dan kesabaran tinggi! Bukannya mudah.
Bila anak dah bersedia menunjukkan dia boleh dan mental ibu bapa pun dah sedia, jangan bertangguh. Guna teknik ini untuk beri keyakinan pada anak.
1. Bila anak buang air besar di tandas. Guna satu perkataan untuk CONDITIONKAN kata-kata tersebut seperti Uuuu… Uuuuuh…
2. Bila saja anak buang air kecil di tandas. Guna satu perkataan untk CONDITIONKAN kata-kata tu seperti Shuuuu… Shuuu… Ini di katakan sebagai CONDITIONAL REFLEX dalam Perubatan. Ia amat berkesan sekali dengan reflex anak nak buang air besar dan air kecil.3. Terbaik ajar latihan tandas sebelum tidur, setelah bangun pagi atau selepas tidur.
4. Walaupun kadang-kadang anak anda hanya duduk di bangku tandas, berikan pujian dan ingatkan anak anda bahawa dia boleh mencubanya kemudian.
5. Kalau anak anda beri isyarat atau pandai berkata nak buang air. Anda cepat-cepat bawanya ke tandas untuk membuang. Ucaplah terima kasih dan puji mereka setiap kali mereka beritahu anda sebelum mereka buang air besar dan air kecil.
Selamat mencuba. Sabar kena tinggi tau!! Kalau berjaya, doktor ucapkan Tahniah. Lagi jimat wang. Kalau dah usaha tapi gagal maknanya anak anda BELUM BERSEDIA!!
Nak tau tak, ada kanak-kanak masih pakai lampin lagi ke sekolah darjah satu. Ada yang kencing atas tilam umur 9 tahun.