Seronok melihat perkembangan anak-anak depan mata. Dari bayi sampailah mereka mula berjalan, bercakap dan seterusnya.
Pelakon Saharul Ridzwan di Instagram miliknya berkongsi tentang anak lelakinya Ali yang bakal berumur 4 tahun pada tahun hadapan.
Menurut Saharul, Ali sekarang sudah mula ada rasa ingin tahu terutamanya perkataan yang ada pada permainannya.
“AJAR ANAK MENULIS DAN MEMBACA?
“Ali tahun depan dah nak masuk 4 tahun, so sekarang, dia dah mula rasa nak tahu apa maksud beberapa patah perkataan yang dia nampak, terutamanya dekat toys dia lah.
“Mummy, Baba. What is that?”
“Baba, can you read that for me?”
Tambahnya juga, Ali pun dah mula kenal ABC dan mula nak membaca serta menulis. Untuk menggalakkan lagi apa yang disukai oleh Ali, babanya itu ada membelikan buku garis 3 untuk memudahkan Ali menulis.
Ads
“Dia dah kenal ABC. Sekarang dia nak membaca pulak dan nak tulis huruf dan nombor. Saya baru belikan dia buku yang ada 3 garis tu, senang untuk dia belajar menulis, tapi tak sampai lagi. Hehe. *teringat umi belikan waktu saya kecil-kecil. Hopefully berkesan jugak pada Ali.”
Dalam pada itu Saharul juga ada bertanyakan kepada pengikutnya tentang cara mereka mengajar anak-anak yang seusia Ali.
“Korang yang ada pengalaman tak mengajar anak-anak menulis dan membaca pada umur Ali sekarang ni? Boleh share tak apa yang korang buat? Saya pasti ramai yang mahukan ilmu mengajar anak2 kesayangan kita ni. Terima kasih,” tulisnya.
Pada ruangan komen, ramai pengikutnya yang berkongsi pengalaman sendiri bagaimana mereka mula mengajar anak-anak ketika kecil.
Ads
Cepat masa berlalu, Ali pun dah nak masuk 4 tahun. Memang seronok tengok anak-anak membesar depan mata, dapat ajar sendiri anak dan lihat perkembangan mereka.
Untuk makluman, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali & Fateema Azzahra.
Ads
Sumber: IG Saharul Ridzwan.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ainul Mardhiah sekarang dah pandai senyum. Ya, baru sekarang nampak dia senyum bila dia happy”. Ini perkembangan terbaru Ainul melalui apa yang diberitahu oleh walidnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, sebelum ni kalau kita main-main dengan dia, dia diam je. Perhati je apa yang kita tengah buat. Tapi sejak kebelakangan ni, nampak dia dah tahu reaksi bila dia suka!
“Alhamdulillah! Satu-satu Ainul dah belajar. Walid dengan mama tak mengharap pun Ainul laju seperti bayi-bayi yang lain. Cukup lah Ainul sihat sepenuhnya dan Ainul membesar dengan baik di depan mata mama dan walid”.
“InshaAllah, pada satu hari nanti dengan izinNya, mama dengan walid nak dengar pula suara Ainul ketawa. Terus doakan untuk Ainul ya,” katanya.
Dah reti nak bermain dah Ainul ni. Dulu dia tak pandai lagi, kita geletek ke kita main dengan dia ke, dia diam je.
Sekarang dah nampak dia mula belajar sesuatu. Alhamdulillah, slow-slow ye Ainul Mardhiah.
Tambah Safiuddin kadang-kadang wayar oksigen yang dipakai Ainul agak membataskan pergerakannya tetapi tak mengapalah nanti dia akan terpaksa.
“Cuma bila akan dibuka bergantung pada keadaan Ainul kerana dia kena pakai oksigen sampai dia tak perlukan bantuan oksigen. Tiada waktu yang ditetapkan.
“Doakan dia segera sihat dan boleh off oksigen secepat yang mungkin ye,” kongsinya.
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak suka menggigit, ramai juga ibu bapa mengadu masalah yang sering berlaku pada anak mereka. Bagaimanapun, perbuatan menggigit bukanlah sesuatu yang pelik. Ia banyak berlaku kepada kanak-kanak dan bayi.
Namun adakalanya bila anak suka menggigit, timbul rasa bimbang pada ibu bapa kerana khuatir anak akan menggigit orang lain. Sering juga ibu bapa tertanya, adakah anak mereka normal bila melakukan perbuatan menggigit.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, tabiat menggigit di kalangan kanak-kanak adalah fasa yang normal. Menggigit adalah sebahagian dari fasa normal pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun akan melalui ‘fasa suka menggigit’ dan kebanyakannya akan berhenti dengan sendiri seusai usia tersebut.
Walaupun ia merupakan tabiat yang normal, namun ia masih perlu dikawal bagi mengelakkan kecederaan dan kesan jangka masa panjang.
Perkara pertama ibu bapa kena cuba fahami sebelum bertindak ialah cuba memahami sebab disebalik tingkahlaku tersebut?
Antara sebab yang biasa ialah:
Mereka dalam kesakitan – yang paling biasa ialah sakit tumbuh gigi.
2. Mereka sedang ‘meneroka dunia’ – sebagaimana mereka menyentuh semua benda dengan tangan, begitu juga mulut dan gigi menjadi alat meneroka sekeliling mereka.
3. Mereka ingin tahu – sebahagian dari fasa perkembangan minda dan akal mereka didorong oleh sifat ingin tahu. merek bereksperimen melihat kesan dan akibat sesuatu tindakan. pada usia yang muda, mereka mungkin belum kenal sempadan dunia mereka, had boleh dan tidak.
4. Mereka hanya inginkan perhatian – terutama yang kanak-kanak yang besar sedikit. bila mereka terasa terabai, adakalanya ‘buat perangai’ adalah antara cara mendapat perhatian.
5. Mereka ingin lepaskan perasaan – ‘frustration’ adalah perasaan yang biasa namun susah diproses oleh kanak-kanak. menggigit, sepertimana tingkahlaku agresif yang lain adakalanya adalah cara mereka ‘externalise’ perasaan tersebut.
6. Cara mereka berkomunikasi – menyampaikan perasaan tak senang, contohnya ada budak yang duduk terlalu dekat dengan dia dan sebagainya. Terutamanya kanak-kanak yang ada masalah pertuturan.
7. Mereka ‘overwhelmed’ dengan situasi yang terlalu banyak rangsangan (bising, terlalu cerah, terlalu ramai orang) – terutama kanak-kanak yang mempunyai autisme.
8. Mereka perlukan rangsangan mulut – kalau tak ada benda dimulut dia jadi geram.
Bergantung kepada sebab, amalkan langkah-langkah awal bagi mengelakkan anak anda dari memulakan tingkah laku tersebut.
Jika anak dalam fasa tumbuh gigi, sediakan alat dan ubat yang mengurangkan ketidakselesaan dari proses ini.
2. Kenal pasti situasi yang anak mudah bertindak sedemikian – lapar, panas, terlalu sesak, kenalan baru – sediakan anak-anak terlebih dahulu dalam situasi sebegini.
3. Jika anak mudah beremosi, ajar anak meluahkan dengan kata-kata – “abang tak suka”, ”kakak marah!”, “jangan usik barang saya!” dan sebagainya. Bila mereka boleh meluahkan dengan kata-kata, lebih mudah kita menguruskan emosinya dari dia meluahkan dengan perbuatan. kemudian ajar anak untuk mengatasi masalah tersebut dengan komunikasi. contohnya dia marah kanak-kanak lain ambil mainan dia, ajar dia cakap “saya tak suka awak ambil mainan saya” (walaupun bunyinya nampak sombong, tapi lebih baik dari bertindak agresif, seterusnya boleh diuruskan emosi tersebut dengan teknik lain).
4. Beri perhatian pada anak-anak secara berkualiti (tanda distraction media sosial dan sebagainya). Perhatian yang lebih dari biasa adakalanya diperlukan terutama bila kanak-kanak melalui fasa baru seperti berpindah kawasan, dapat adik baru, mak baru dan sebagainya.
5. Alihkan perhatian anak dengan mainan, buku dan alam.
6. Sediakan biskut, teething toys dan sebagainya sebagai rangsangan mulut.
7. Ajar berkongsi, guna ‘timer’ atau kira untuk ajar bermain mengikut giliran.
8. Bercerita atau baca buku yang mempunyai mesej ‘tak baik gigit orang’.
Kredit foto: Freepik
APA PERLU DILAKUKAN PADA MASA KEJADIAN
1. Kawal perasaan anda – marah, malu dan geram tidak boleh bercampur, ia resipi yang baik untuk memburukkan lagi keadaan.
2. Ambil anak anda, lihat matanya dan cakap dengan nada tegas ‘jangan gigit, gigit sakit’ (cuba guna mesej yang sama eg “no biting, biting hurts”). Komen pada apa yang berlaku – ‘tengok adik ni, sekarang dia menangis sebab sakit awak gigit’.
3. Kemudian alihkan perhatian pada kanak-kanak yang digigit. Kaedah ‘negative reinforcement’ ini membolehkan kanak-kanak yang menggigit mengaitkan akibat – gigit kena ignore, digigit dapat simpati (learning theory). Ia akan mengambil masa, tetapi sekiranya kita konsisten, ia anak-anak akan ‘get the point’.
4. Ajar anak komunikasi alternatif. contohnya, bila dia menggigit kerana marah ajar dia – lainkali kalau marah orang ambil cakap, ‘saya tak suka awak ambil barang saya’, kalau tak dia tak bagi juga, datang pada ibu, biar ibu tolong’.
5. Beri kanak-kanak tersebut sedikit masa, kemudian teruskan aktiviti seperti biasa. bantu dia kembali kepada situasi “abang nak main balik? sekarang nak main apa?”
Menggigit semula anak, memarahinya di depan orang ramai dan mengasingkannya dari orang lain tidak disyorkan dan tidak berkesan. Jika tingkahlaku ini telah berlaku untuk tempoh yang lama, jangan menjangkakan ia akan berubah dalam sehari dua. Berikan perhatian, fokus, konsisten dan beri masa.
Penatnya alahai nak kemas kemas bila anak buat sepah.Mama papa boleh cuba 10 tip ini untuk elak diri jadi singa lapar marah-marah. Pendekatan psikologi & cara menyeronokkan akan membantu.
Menginjak ke usia satu tahun, ia adalah peralihan bayi ke alam kanak-kanak. Mereka malah lebih mudah bergerak kerana sudah merangkak dan berjalan. Ini menyebabkan peluang untuk meneroka dan menyelerakkan ruang kediaman lebih banyak.
Menurut Farahdilla Fadhil, Ketua Jabatan Pembangunan Kandungan, E2L Media Sdn Bhd berkaitan isu ini, ibu bapa perlu faham apabila anak-anak membuat sepah ketika bermain, mereka sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Anak berpeluang untuk bereksperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.
Selain itu, tangan mereka akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.
SUKA MENYELONGKAR
Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitaran mereka. Pada peringkat umur satu hingga dua tahun, mereka sudah mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana mereka mula faham bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di depan mata.
Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, mereka sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecil mereka. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian bagi mereka.
DISIPLIN, ADAKAH TERLALU AWAL?
It’s never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkannya.
Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermain mereka, malah ianya bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaan mereka sambil merangsang kemahiran hidup mereka.
5 CARA LATIH ANAK TIDAK MEMBUAT SEPAH
Dalam masa yang sama dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sehingga rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah;
Ajak anak-anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu ‘Clean Up’. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan anak-anak mengemas dengan lebih pantas.
Main permainan ‘I Spy’dengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan, contohnya kereta mainan atau objek berwarna biru.
Anak-anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya.
Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak-anak bahawa mereka dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti.
Beri ganjaran sekiranya mereka tidak membuat sepah, dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal, mungkin sekadar melarang mereka bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur.
KAWAL DIRI DARIPADA MARAH
Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Ini kerana anak-anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.
Selain itu; berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana mereka diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil dari penemuan tidak sengaja antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.
Nah, mana tahu suatu hari nanti anak-anak kita mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris; Carl Edward Sagan,“Somewhere, something incredible is waiting to be known”.
5 TIP ELAK JADI SINGA LAPAR
Oleh itu, mama papa perlu bijak perlulah mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:
GUNA RUANG LUAR RUMAH
Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak-anak ke luar rumah dan beri mereka peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah.
GUNAKAN DULANG ATAU KOTAK
Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak-anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan.
DENDA
Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak-anak hilang rasa tanggungjawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaan mereka. Malah, ia akan membuatkan anak-anak berasa jengkel dan susah untuk mengemas.
WUJUDKAN PLAYROOM
Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak-anak bermain untuk mengelakkan mereka menyepahkan mainan mereka di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya anak-anak tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah.
MAMA PAPA TENANGKAN DIRI
Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tips seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...