Baby walau pun masih kecil tapi dah faham. Walau pun begitu, elakkan mengugut supaya dia ikut arahan! Buat ini kalau nak dia belajar behave.

BOLEH DIMULAKAN  DARI USIA 6 BULAN

Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.

 

Menurut Dr Richard Woolfson,  mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain. Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!

Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan  berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’  pada reaksi negatifnya.

BUKAN MEMAKSA TETAPI MENGAJAR

Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.

Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk  mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.

 

5 TIP MENDISIPLINKAN BAYI DARI AWAL

#1 SABAR & TENANG

Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.

#2 TERANGKAN PERATURAN

Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya  berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.

#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL

Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.

#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF

Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.

 

#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL

Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada  budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.

Elakkan memarahi, mendenda dan memukul dalam mendisiplinkannya.

MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA

Corak didikan demokrasi yang  lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!

Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!

Tinggalkan Komen