Bagaimana nak redakan bayi kuat menangis. Ini yang menjadi tanda tanya ibu bapa. Selalunya bila anak jenis kuat menangis, apa yang terfikir adalah anak mesti terkena gangguan luar. Sampaikan ada ibu bapa yang sanggup pergi berubat jauh semata-mata nak pastikan masalah ini diselesaikan.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah ini boleh membuka minda semua ibu bapa.

Saya panggil ustaz, pergi Darulsyifa, berurut, tuam, pasang ayat Al Quran..TAPI tak jalan juga ”
————————————————————-
Buat follower setia, anda mungkin telah tahu ini bukan kali pertama saya memaparkan kisah bagaimana pendekatan agama TIDAK selalunya dan TIDAK mesti berkesan untuk membantu isu bayi kuat menangis.

Buat yang masih tak faham atau tak pernah baca penjelasan ilmiah saya, jawab soalan ini:

  1. Jumpa ustaz atau ke pusat rawatan Islam itu atas niat/dorongan apa?.. sebab ingat anak tersampuk hantu dan yang sewaktu dengannya?
  2. Tuam/ berurut kerana apa?..sebab ingat anak kuat menangis kerana kembung?
  3. Pasang ayat al-quran untuk anak, di tepi anak dan sejak anak lahir/wujud di rumah itu kerana apa?..sebab nak halau jin iblis yang bertenggek di rumah dan menakutkan anak?

—Ya anda bebas berusaha dengan apa cara pun demi anak. Ia hak anda dan bukan urusan saya. Tujuan saya bertanya soalan-soalan tadi semata-mata untuk bantu mencetus ‘mindset’ yang betul agar anda dapat baca penjelasan ilmiah saya berikutnya dengan minda terbuka.

Bagaimana Nak Redakan Bayi Kuat Menangis? Ini Jawapan Dari Pakar

Baik, saya jawab satu-satu.

SOALAN 2 : ujian klinikal merekodkan hanya sekitar 10-20% bayi yang banyak menangis ini berpunca dari isu ‘perut bermasalah’ : mudah kembung, ‘food intolerance’, ‘food sensitivity’ dan lain-lain. Peratusan terbesar bayi banyak menangis ini disahkan sihat melalui pelbagai ujian dan pemeriksaan doktor. Maka apa punca mereka banyak menangis kalau benar sihat? Ianya ada kaitan dengan peralihan alam rahim ke dunia sebenar yang bakal saya terang di bawah ini.

SOALAN 1&3 (sebab berkait).

Anak yang kuat menangis bukan sakit jiwa atau rohani. Menangis bukan penyakit jadi tak perlu lah nak merawat tangisan tu. Menangis adalah cara anak berkomunikasi, memberitahu dan meluah rasa. Maka yang perlu dirawat, di cari punca dan diselesaikan ialah masalah yang mencetus tangisan anak. Menangis itu sendiri tiada masalah. Kalau anak kecil tak menangis lagi bahaya.

Soalnya, anda faham atau tak masalah bayi anda tu? Atau main bedal fikir saja bagi pihak dia?.

Anda tahu ke tak punca utama bayi kecil menangis adalah kerana dia baru kehilangan ibu dan rumah pertamanya iaitu alam rahim?. Ya, Bayi kecil kuat menangis kerana dia tak biasa dengan dunia baru ini dan belum serasi nak sesuaikan diri.

Anda sendiri kalau esok pagi terjaga tahu-tahu sudah berada dalam hutan.., tidakkah anda resah, susah hati, cemas, menangis, panik dan tak mampu lena?. Tentulah kan? Sebab hutan tu lain benar dengan dunia kehidupan anda sebelum ini.

Samalah halnya dengan bayi kecil. Bila dia lahir, umumnya 3 bulan pertama adalah fasa awal seperti contoh sesat di hutan tadi yang menyaksikan bayi kerap menangis. Oleh kerana sejak rohnya ditiupkan dia hanya kenal alam rahim dan semua sifatnya, maka bayi paling cepat bertenang bila kita meniru cara alam rahim. Ibu jangan terburu-buru nak buat gaya sendiri. Anak belum boleh kerana sistem dan sensorinya belum sedia untuk benda baru dan ‘advance’. Nak perkenal stail anda tunggulah anak masuk fasa pertengahan (hatched) iaitu sekitar masuk 3 bulan dan ke atas. Itu pun ada cara berperingkatnya. Buat masa ni, beri anak masa. Kalau ibu tak nak tiru alam rahim? Tak mengapa. Tak masuk penjara. Tak berdosa pun. Tapi kena sedia bertahanlah dengan amukan anak dan semua resah gelisahnya.

Bayi Gemar White Noise

Jadi sekarang dah faham kenapa rawatan Islam tak selalunya berjaya selesaikan isu bayi kuat menangis? YA, SEBAB BAYI BUKAN TERGANGGU JIWA DAN ROHANINYA, emosinya saja yang terkesan dengan peralihan 2 dunia. Yang ‘salah’ bukan syaitan, hantu dan ustaz yang ‘tak cekap’ . Yang ‘salah’ itu ibu ayah bayi yang belum khatam ilmu.

Baik sekarang isu ayat Quran.Contohnya dalam kes ini, bayi baru mampu lena bila dipasang ‘white noise’ iaitu bunyian mententeramkan (rujuk screenshot) dan tak jalan dengan ayat al-quran.

Mengapa semua bayi gemar sangat dengan white noise? Sebab alam rahim tu sangat bising. Mencecah 70db atau sama kuat dengan bunyi vacuum cleaner. Maksudnya bayi telah 9 bulan siang dan malam tidur dalam keadaan berbunyi (bising). Oleh kerana ciri white noise itu sendiri paling menyerupai alam rahim iaitu berdengung, berulang-ulang dan mono tone (1 tone, tiada lirik dan melodi), maka ia punca mengapa semua bayi boleh tenang dan lena bila dipasangkan white noise.

TAPI ada sifirnya..
✔Bila anak sedang mengamuk teruk dan/atau belum lena, pasang white noise dari jenis kasar contohnya vacuum dan pengering rambut. Sebab? Kita nak lawan bunyi jeritan tangisan bayi. Kalau white noise kita kalah berbanding jeritannya, macam mana nak berkesan?
✔Hanya bila anak dah lena, baru tukar ke white noise jenis lembut seperti pancuran air dan bunyi ombak untuk panjangkan tidur anak.
Nota: zikir, al-quran, muzik instrumental dan lagu juga termasuk bunyi mententeramkan dengan kesan seperti white noise lembut.

Maka, white noise kasar untuk ambil perhatian anak dan hentikan jeritannya. Manakala white noise lembut untuk membuai lena dan memanjangkan tidur anak.

TAPI ada juga helahnya..
✔ Bayi dari kategori sensitif dan colic masih ramai yang perlu di temani white noise kasar
WALAU dah lena. Sebab? Bayi ini dari jenis yang ‘buat biar betul’. Bagi mereka, kalau nak tiru bunyi rahim harus tiru paling serupa. Ia menjelaskan mengapa ayat al-quran, alunan zikir, muzik instrumental dan lagu kurang memuaskan hati mereka. BUKAN sebab bayi kurang alim dan kurang bertaqwa tapi kerana otak manusia merespon berdasarkan signal yang diterima dari sistem saraf. Maka, mungkin rangsangan dari bunyi asli alam rahim itu yang paling di ingati bayi membuat bunyi white noise menyerupai ciri bunyi rahim lebih berkesan mententeramkan bayi berbanding alunan zikir dan Quran. Lebih lagi kerana zikir dan al-quran itu sifat bunyinya sangat lembut dan mendayu, lain dari sifat bunyi asli rahim. Ini satu kemungkinan saja.

✔ Mungkin ada yang mendakwa , ” ..saya masa hamil kerap dengarkan bacaan Quran pada anak. Hasilnya setelah lahir, pasang Quran je anak tenang..selesai..sebab dia dah biasa dengar ayat Quran. Tak perlu teknik-teknik bagai..”

Bagaimana Nak Redakan Bayi Kuat Menangis? Ini Jawapan Dari Pakar

Jawapan saya? Sudah berapa ramai ibu bapa lain yang anda dah bantu konsultasikan?. Sudah berapa kes tangisan bayi yang anda kendalikan, dengar atau terima selama ini?. Jika jawapannya tiada atau ‘ada la satu dua kawan-kawan cerita..’ maka ketahuilah lautan yang anda cuba terokai cuma baru di permukaan. Bukan maksud saya, saya sudah hebat. Maksud sebenar saya ialah saya sudah mendapat cukup banyak tahun yang saya perlukan untuk berjumpa dengan pelbagai jenis kes hingga berpeluang bertemu langsung dengan ibu-ibu yang bingung dan bertanya, ” ..saya telah banyak beramal soleh sejak hamil atas dasar usaha untuk mendapat zuriat yang mudah dan memudahkan..tapi kenapa anak saya berperangai sangat sukar? ”

Ketahuilah, Allah kurniakan bayi ‘mudah’ kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang kenal Alquran dan yang tak pernah kenal Alquran. Yang berkepit dengan Alquran dan kepada yang buat Alquran hanya hiasan rumahnya.

Lebih lagi, ketahuilah, Allah memberi apa yang kita perlu dan mampu, bukan hanya apa yang kita nak dan harap. Mungkin anak ini adalah asbab untuk kita cari lah ilmuNya yang maha luas. Ayat-ayat itu hanya ayat. Siapa pun boleh baca dan dengar, hatta yang tidak beriman. Namun muslim sebenar tidak hanya MEMPERGUNA ayat bila rasa perlu, susah dan terdesak. Muslim sebenar mencari jawapan maksud ayat dan menemui kejayaan DARI ayat , bukan DENGAN ayat.

Sumber: baby language

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI