Ramai ibu bapa memilih bagi anak tengok gajet waktu makan. Sebabnya ini penyelesaian terbaik nak bagi anak diam. Malah ada ibu bapa menganggap waktu makan bersama anak memang mencabar, lagi-lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang, perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah, nak memanjatlah, nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya. Memang pening kepala.

Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, alat paling mudah untuk ibu bapa sekarang mendiamkan anak adalah gajet. Ya, gajet memang memudahkan tetapi dalam masa yang sama amat merugikan anak. Nampak macam remeh, “Alaa makan je, sekejap sahaja”.

Tapi, cuba mak ayah muhasabah kembali. Dalam sehari-harian pergi kerja, balik kerja, makan, gosok baju, lipat baju, basuh baju, urus anak dan sebagainya, waktu bila yang sebetul-betulnya mak, ayah dan anak menghadap satu sama lain, bercakap dan berkomunikasi tanpa gangguan lain?

Bagi Anak Tengok Gajet Waktu Makan Silap Besar! Niat Suruh Diam Tapi Rugi 3 Perkara Ni

Ya, waktu makan.

Selalunya, waktu makan bersama keluarga (family meal time) adalah waktu paling banyak komunikasi antara satu sama lain disebabkan waktu lain masing-masing sibuk bekerja + gangguan tv dan gajet.

Kenapa saya kata rugi jika anak biasa makan dengan gajet, kerana waktu makan adalah waktu untuk anak belajar:

1. Makan

IKLAN

Normal apabila anak memasuki fasa perkembangan emosi dan sosial “Autonomi vs Malu” (Psychosocial Development) semasa 18 bulan hingga 3 tahun, anak akan berminat nak belajar makan sendiri. Maka, waktu ini adalah fasa emas untuk mak ayah ajar anak skil makan dan minum.

Untuk belajar skil makan, anak perlu observe cara mak ayah pegang sudu dan garfu, cara nak kaut makanan dan seterusnya anak cuba berlatih makan sendiri.

Bersepah dan comot itu normal. Selagi anak tak berlatih skil makan dengan belajar makan sendiri menggunakan sudu atau tangan, selagi itu anak akan makan bersepah. Belajar makan sendiri juga sama penting dengan belajar menulis ya.

Percayalah, anak akan rasa sangat happy bila dapat makan bersama mak ayah. (Walaupun bersepah)

2. Komunikasi

Bila masuk part komunikasi, ada banyak sangat komponen yang anak rugi bila makan dengan gadget. Gajet tak ajar komunikasi dua hala, anak cakap tapi gajet tak reply (melainkan cakap dengan talking tom).

IKLAN

Ada kajian dilakukan tentang kepentingan makan bersama keluarga (Importance of Family Mealtime) terbukti apabila anak makan bersama mak ayah tanpa gangguan (gajet, TV) membantu anak untuk belajar bersosial dan menjadi seorang yang hebat berkata-kata.

Jadi, sebenarnya waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk anak belajar komunikasi dua hala, bahasa badan, ekspresi muka, intonasi suara dan sebagainya. Sayang sangat jika mak ayah tak guna waktu ini dengan sebaiknya.

3. Deria rasa

Deria rasa anak yang baru mula makan (6 bulan keatas) sangat sensitif disebabkan deria ini adalah deria yang paling “kuat” bagi bayi. Jika dari awal anak dah diperkenalkan dengan gajet atau tv terutamanya waktu makan, hal ini akan menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa yang diberikan sewaktu makan.

IKLAN

Kita yang dewasa pun bila tengok wayang sambil makan popcorn, kadang-kadang khusyuk sangat sehingga tak perasan dah makan 1 kotak popcorn. Apatah lagi anak yang masih kecil, bila kita berikan rangsangan visual dan bunyi semasa makan boleh menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa dan bau. Sehingga deria rasa kenyang pun anak tak rasa.

Hal ini yang menyebabkan anak termakan lebih dari keperluannya (overeating) dan menyebabkan risiko obesiti di masa akan datang sekiranya menjadi habit anak

Tentang gadget + obesiti memang dah banyak kajian dilakukan, makan sambil tengok gajet memang terbukti menyebabkan risiko obesiti tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Jadi, bagi mak ayah yang belum terjebak beri anak gajet semasa makan, elakkan dan elakkan sebelum ia jadi habit.

Kalau yang dah terjebak, jadikan gajet sebagai option terakhir untuk menenangkan anak di meja makan. Cakap memang senang, tapi realitinya memang susah, ya saya faham.

Kesimpulannya jangan mulakan dari awal sebab kesannya susah bila nak kembalikan pada keadaan yang biasa.

Sumber: Maryam Jamadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI