Kadang-kadang bila kita suruh anak buat sesuatu dan anak tak nak atau susah nak buat apa yang kita suruh, sampai kita pula yang naik angin dan marah-marah, bebel kat anak….mungkin kita yang tak sedar satu perkara.

Ok berdasarkan perkongsian dari Dr Siti Ujila cara ibu bapa menyuruh antara salah satu sebab anak jadi susah nak ikut arahan.

Bila anak liat nak mengaji, mungkin kita yang tak perasan, cara kita semasa ajar anak mengaji garang mengalahkan guru disiplin dia kat sekolah.

Bila kita nak suruh anak lipat baju, bersihkan bilik, buang sampah dan anak muncung je mulut…mungkin kita tak sedar yang cara kita menyuruh anak itu yang buat mereka monyok.

Bahasa kita.
Ayat kita.
Nada kita.
Memek muka kita.

IKLAN

Mungkin marah-marah, menyuruh macam big boss.

Kadang kita fikir anak degil, tak nak dengar cakap, tak nak ikut cara kita, tak nak buat apa yang kita mahu mereka buat…pernah tak kita fikir

“Mungkin cara aku yang salah”

IKLAN

Itulah kesilapan saya. Bila saya suruh anak macam saya ni ‘big boss’…monyok je muka dua beradik tu.

Tapi bila kena caranya…mereka sendiri akan suka buat apa yang saya suruh. Semua bergantung kepada kita sebagai ibu bapa.

IKLAN

Tak ada orang yang tak nak buat baik. Tak ada orang yang tak nak jadi baik.

Tapi mungkin cara kita yang tak kena…yang menjauhkan mereka dari kita.

Tegas memang perlu bila keadaan memerlukan. Tapi suasana yang menyeronokkan, membahagiakan, mendamaikan itu juga perlu. Bahkan sangat perlu dalam sesebuah keluarga.

Sumber: Dr Siti Ujila Official

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI