Cuba perhatikan anak-anak. Sebelum tidur apa yang mereka akan pegang atau mahukan untuk bagi cepat lena. Ada yang nak bantal busuk, kain, hisap jari, gentel baju, gosok telinga dan macam-macam lagi.

Selain itu, ada sesetengah anak nak kena pegang bahagian badan ibu dia dulu baru boleh pejam mata. Contoh pegang tangan ke, main telinga ibu atau apa sahaja barulahpejam mata. Mungkin rasa rimas tapi inilah momen yang akan dikenang bila anak dah besar dan boleh tidur sendiri.

Berikut antara anggota badan ibu yang disukai anak-anak.

  1. PERUT

Bahagian ini paling disukai anak lelaki, tidak kira ketika hendak tidur atau menyusu. Kalau hendak tidur dia mesti mahu pegang, picit dan tepuk perut kita hingga lena.

Ada juga anak yang suka pegang perut kerana suka-suka. Sedang sibuk main, dia akan lari sekejap mencari perut si ibu. Kalau dapat picit sekejap pun jadilah.

Dia biasanya akan beri pujian supaya diberikan peluang pegang perut kita. “Perut mama geramlah, nak cubit” atau “Perut mama besar best-lah, nanti makan banyak lagi!”

Nampak mesra hubungan anak dan ibu. Tetapi hati-hati jangan dibiasakan sangat, nanti ke mana-mana pun mahu pegang perut saja. Nanti, susah hendak kawal tabiat tu. Jangan sampai depan tetamu pun anak lari dan tarik baju kerana mahu cari perut.

  1. SIKU

Orang kata bahagian ini lebih disukai anak nombor tiga? Betul ke?

Anak kita bukan setakat gentel siku, kadang-kadang dikoreknya siku sampai merah dan sakit. Kalau dilarang menggentel, digentelnya siku adik beradik pula! Apabila adik beradik pula menolak, gentel siku sendirilah jawabnya.

Ibu bapa dengan anak yang sukakan siku tidak perlu risau apabila terpaksa meninggalkan anak dengan orang lain. Jenis ini senang fijaga, kalau hendak tidur boleh pinjam mana-mana siku berhampiran! Tapi pastikan siku tidak sekeras tapak kaki, nanti anak reject!

  1. DAGU

Kalau perasan, anak kita biasa sukakan dagu si ayah yang berjanggut. Bukan setakat gentel, dipusing-pusing dan ditariknya sampai ayah menjerit.

  1. TELINGA

Mungkin disebabkan bahagian ini lembut tidak bertulang dan sejuk, anak tertarik menggentel telinga. Anak biasanya akan gentel telinga sendiri sama ada ketika menyusu atau duduk sendirian hingga tertidur.

Melihat anak gentel telinga sudah pasti satu cabar bagi ibu yang kaki geli. Jadi, kenalah tahan geli hingga anak tidur! Tabiat ini bagaimanapun akan hilang apabila usia anak bertambah! Ketika itu, anak akan cari bahagian lain pula untuk digentelkan.

  1. JARI

Bahagian ini paling popular. Mungkin agak normal kerana rata-rata anak suka pegang jari ibunya atau hisap jari sendiri.

Ada kes tertentu, anak suka menggentel celahan jari atau kulit hingga sampai kemerah-merahan. Malah, ada anak suka bermain dengan ibu jari, dan kalau terlampau geram, terus saja digigitnya.

  1. KETIAK

Agak tidak senonoh tabiat anak ini. Dia lebih selesa menggaru ketiak, bukan ketiak sendiri tetapi ketiak ibu dan ayah. Jarang ada, tetapi jenis anak ini memang ada!

Kalau pakai baju lengan panjang, dia denga gigih akan masukkan tangan sampai ke dalam lengan baju semata-mata mahu mencari ketiak. Kalau dengan ayah, bolehlah ditariknya bulu ketiak sekali. Lucu, tetapi seronok kalau diceritakan semula apabila dia menginjak dewasa kelak.

  1. RAMBUT

Anak yang suka mengusap rambut ibu, terutama ketika tidur memang nampak comel dan romantik. Selain usap rambut, mereka juga suka kalau rambut itu dilayurkan ke wajah mereka. Cara ini boleh membuatkan dia tidur lebih mudah.

Sumber: bumbumcak

Tinggalkan Komen