Berat badan anak turun semasa berpuasa mungkin merisaukan mama dan papa. Tambah lagi dia liat nak bangun sahur. Macam mana nak buat, mama papa buntu!

Puasa di bulan Ramadan ialah rukun Islam ketiga. Adakah puasa tidak memudaratkan keperluan nutrien anak? Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Pendedahan terhadap puasa digalakkan sejak daripada peringkat awal. Latihan ini dapat mendidik si manja membiasakan diri untuk berpuasa pada usia yang diwajibkan iaitu selepas akil baligh.

Apa yang penting bagi ibu bapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa, galakkan supaya anak bangun untuk sahur.  Bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Amalan sahur dan berbuka dengan sajian yang seimbang dapat mengekalkan keperluan nutrisi seharian.

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

SAJIAN SEIMBANG UNTUK SAHUR

Makanan yang sesuai diambil semasa bersahur adalah makanan lengkap yang terdiri daripada karbohidrat, protein, serat dan lemak. Sediakan makanan seimbang contohnya nasi bersama lauk, sayur atau buah-buahan.

Makanan yang disediakan haruslah segar dan baru dimasak. Jika  ada lebihan makanan berbuka, pastikan makanan disimpan dengan betul dan dipanaskan sempurna bagi mengelakkan kontaminasi makanan.

Elakkan makanan berproses seperti sosej dan nuget sebagai sajian sahur anak. Makanan berproses  mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh menyebabkan rasa haus sekaligus mengakibatkan badan mengalami kehilangan air (dehidrasi)

Makanan yang pedas dan berempah juga perlu dielakkan supaya tidak berlaku ketidakselesaan perut. Pastikan anak meminum air kosong ketika bersahur.

IKLAN

Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh yang merupakan agen diuretik dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

5 TIP ANAK MINUM AIR SEMASA BERPUASA

Sewaktu puasa, badan anak mungkin akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan sekiranya pengambilan air tidak mencukupi. Masalah ini akan menyebabkan badan keletihan sewaktu berpuasa. Walaupun waktu antara berbuka hingga sahur adalah terhad, tips berikut boleh di amalkan bagi mengelakkan badan kekurangan air.

  1. Amalkan pecahan minum air berikut bagi mendapatkan jumlah air yang disarankan setiap hari.
  2. Sewaktu berbuka, minum satu gelas air terlebih dahulu. Disarankan untuk berbuka dengan kurma atau manisan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu.
  3. Selepas solat Maghrib, pastikan minum satu gelas air lagi. Tambah satu gelas air lagi selepas makan. Selain menggalakkan pengambilan air, pemilihan air kosong  selepas makan dapat mengawal kalori yang diambil. Selepas solat Isyak dan terawih, minum satu gelas air lagi.
  4. Sebelum tidur, anak  juga digalakkan untuk minum air. Dua gelas air lagi ditambah ketika bangun untuk sahur dan selepas makan sahur.
  5. Pembahagian waktu minum air seperti ini digalakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan pada perut jika minum sekaligus dengan kuantiti yang banyak pada suatu masa.

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

IKLAN

BERAT ANAK SAYA TURUN SEMASA RAMADAN! BAHAYAKAH?

Anda perlu tahu tumbesaran anak iaitu tinggi, berat dan indeks jisim tubuh berpandukan carta tumbesaran oleh World Health Organisation (WHO). Bagi kanak – kanak yang memiliki masalah berlebihan berat badan dan mengamalkan pemakanan berkalori tinggi, bulan puasa adalah waktu terbaik untuk melatih mereka mengamalkan pemakanan yang sihat.

Jika kanak – kanak berpuasa mengamalkan kuanti dan kualiti makanan yang betul, penurunan berat badan secara sihat akan berlaku dan ia tidak akan memberikan kesan negatif kepada mereka.

Sebaliknya, kanak – kanak yang tidak perlu menurunkan berat badan tetapi mengalami penurunan,semak semula makanan yang disediakan untuk anak ketika sahur dan berbuka. Pastikan ia berkhasiat, berkualiti dan seimbang.

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

IKLAN

MOREH

Snek malam selepas terawih dibenarkan dengan kadar yang tidak keterlaluan. Ambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, buah atau kuih muih dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu malam.

Selain kuantiti, kualiti makanan perlu dititik beratkan supaya anak mendapat zat makanan yang lengkap untuk keperluan satu hari. Oleh itu, elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi atau mi goreng kerana pada waktu malam kerana mereka  tidak memerlukan tenaga yang banyak pada waktu malam.

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

6 Tip pemakanan anak di bulan Ramadan

  1. Pemilihan makanan yang sihat dan seimbang sangat digalakkan untuk berbuka puasa dan sahur.  
  2. Mulakan waktu berbuka dengan makanan yang mudah dihadam seperti kurma dan buah-buahan. Ini dapat memberikan tenaga segera kepada tubuh selepas seharian berpuasa.
  3. Elakkan minuman manis, berkarbonat ketika berbuka bagi mengelakkan ketidakselesaan pada perut dan mengelakkan pengambilan kalori yang terlebihan.
  4. Sediakan sajian makanan lengkap yang terdiri daripada karbohidrat kompleks (nasi, mi, roti), protein (ikan, ayam) dan serat (sayuran, buah).
  5. Karbohidrat kompleks lebih baik berbanding kuih muih manis yang mengandungi kandungan gula yang tinggi yang akan menyumbang kepada lebihan kalori.
  6. Bagi lauk pauk pula, pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Serat seperti bijirin penuh, buah buahan dan sayur sayuran mengekalkan rasa kenyangan yang berpanjangan.

 

Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI