Berilah peluang kepada si kecil meluahkan apa yang dia sedang rasakan. Dengarlah luahan hatinya walaupun kita rasa macam tak logik sebab dengan cara ini anak akan rasa dihargai.

Biasanya ibu bapa akan merasakan anak yang sedang marah-marah sebab mengada-ngada tapi hakikatnya anak nak beritahu sesuatu kepada kita. Bersedialah menjadi pendengar yang baik untuk anak dan fahami apa yang mereka mahukan. Anak tak kan mengamuk saja-saja kalau bukan bersebab.

Jadi bersedialah dan sentiasa memberi respon yang baik kerana secara tak langsung anak boleh lebih bermotivasi jika ibu bapa memberi layanan yang baik.

Berikut antara perkongsian dari Kaunselor,  Maznah Ibrahim yang memberikan tip membantu anak meluahkan emosi mereka melalui cara yang betul dan boleh dipraktikkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Bantulah Anak Luah Emosi Tanpa Perlu Nak Mengamuk Dan Menangis.  Penyelesaiannya Buat Dua Aktiviti Ini

IKLAN

Secara asasnya, asalkan anak tidak

  • cedera diri
  • cedera /sakitkan orang lain seperti adik beradik, ibubapa, dll
  • cedera / rosakkan barang-barang

Galakkan anak-anak, buat aktiviti AKTIF keluar energi ➕ SELAMAT seperti:

  • pukul punching bag
  • tendang bola
  • jerit sekuat hati
  • berus lantai dinding bilik air
  • berlari/jogging sekeliling kawasan atau apa sahaja aktiviti yang sesuai dengan anak-anak

Juga, boleh latih anak untuk aktiviti jenis PASIF ➕ SELAMAT seperti:

IKLAN
  • lukiskan apa rasa dalam hatinya
  • contengkan di kertas, secara bebas, apa rasa di hatinya
  • tutup mata, bernafas dalam dalam, hembus pelan-pelan
  • menangislah sepuasnya.. tak mengapa atau aktiviti lain yang sesuai.

Bantulah Anak Luah Emosi Tanpa Perlu Nak Mengamuk Dan Menangis.  Penyelesaiannya Buat Dua Aktiviti Ini

Kuncinya,

Keluarkan, luahkan, leraikan, elak pendam simpan,

IKLAN

Simpan, pendam, seangkatan dengannya,

Buat tambah sakit,

Sakit kepala, sakit dada, sakit hati, amat tak sihat dalam jangka masa panjang.

Sumber: Maznah Ibrahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI