Jangkitan selesema sering menyerang bayi. Biasanya selesema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.

Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan ibu bapa. Bayi yang selesema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.

Apabila bayi yang selesema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut. Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selesema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi yang selesema berhenti dan berisiko meninggal dunia.

Baru Baik Selesema Berjangkit Lagi. Cuba Petua Ini Untuk Kurangkan Dan Mencegahnya Dari Awal

Ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba atau pernah dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan masalah selesema pada bayi. Tak salah nak ikhtiar. Mana tau salah satu dari petua ini sesuai.

IKLAN

1.Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.

2.Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.

  1. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
  2. Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
  3. Boleh pakaikann topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
  4. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
  5. Sapukan Vikcs yang ssesuai dengan usia anak di bahagian dada, belakang dan hidung.
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.

Tip Elakkan Jangkitan Selesema

IKLAN

Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.

Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.

IKLAN

Baru Baik Selesema Berjangkit Lagi. Cuba Petua Ini Untuk Kurangkan Dan Mencegahnya Dari Awal

Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.

Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.

Sumber: wom magazine

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI