Sedihnya tengok bayi usia 2 bulan masuk ICU berpunca akibat berlebihan minum susu formula dicampur herba dan air masak.

Ia bukan cerita main-main tapi ia betul-betul berlaku kerana dikongsi sendiri oleh Dr Hairin Hanisa Tajuddin, Pakar Pediatrik.

Salam semua, sharing tentang kes satu baby umur 2 bulan yg admitted di sebuah GH di Johor. 

Ibunya Vietnam, kahwin dengan Chinese Malaysian, yang berpantang di rumah mertua.

Saya geram sangat dengan sikap orang-orang tua Malaysia yang suka buat keputusan ke atas cucu sedangkan decision apa-apa sahaja tentang bayi, terutama bab feeding sepatutnya ibu yang buat.

Baby tak dibenarkan menyusu ibu oleh neneknya, dan ibu baby terpaksa menurut sahaja. Nenek bagi susu FM kepada baby 2 oz (60 ml) untuk baby umur 1-2 minggu.

IKLAN

Saya rasa nak pengsan dengar cerita ibu bila dapat tahu 60 ml every 2-3 hourly masuk dalam perut baby yang sangat kecik tu.

Nenek tambah lagi dengan bilasan minum air masak atas alasan susu FM panas.

Sedih Tengok Keadaan Bayi

Bayi 2 Bulan Masuk ICU Akibat Minum Susu Formula Campur Herba Diberi Nenek
Gambar hiasan

Do you know what happened to the baby?
Nenek bagi susu campur herba cina then baby terus muntah teruk dan demam tinggi.

Baby masuk ICU…collapse.
Baby kena cucuk seluruh tubuhnya oleh para doktor demi selamatkan nyawanya!!

Saya tengok badan baby dari hujung kepala sampai hujung kaki, bengkak dan lebam termasuk lebam di leher.

Baby ni terlalu terseksa saya lihat dengan air mata, sedih dan pedih melihat keadaan baby macam tu.

Berat lahir 3.3 kg now still 3.3 kg dengan susu FM infact sebelum muntah itu pun beratnya tak naik dengan susu FM. Mak kerap tukar-tukar susu.

IKLAN

Jadi semalam saya minta students saya untuk translate counselling kepada ibu supaya dia bagi susu ibu semula.

Saya katakan bahawa susu ibu boleh bantu cepatkan baby sembuh daripada segala kuman dan toxin.

IKLAN

Saya sedih sebab sepatutnya doktor or staf perubatan di ward bagi counseling kepada ibu untuk teruskan penyusuan susu ibu dan menambah production susunya dgn rujuk kepada kaunselor BF bukan dengan hanya panggil dietitian untuk review susu FM apa yang terbaik.

Sepatutnya kesedaran di kalangan medical staff that breast milk is the best & boleh ditingkatkan pengeluarannya demi kebaikan baby.

Hmm…saya feel lonely berjuang sendirian di kalangan ramainya medical staff especially yang junior-junior yang masih tak percaya dengan susu ibu.

Sumber: Hairin Anisa Tajuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI