Bayi dahagakan rangsangan, mama papa perlu tahu 6 perkara ini. Memang wajib buat selalu. Tentu dia akan happy!

Adakalanya bayi akan mudah tersenyum sendiri. Melihat kipas siling berputar pun sudah cukup menyebabkan mereka tersenyum.

Sejak lahir, bayi memang dahagakan aktiviti sensori atau rangsangan sama ada yang melibatkan sentuhan, rasa atau bunyi. Stimulasi deria dari awal oleh mama dan papa amat membantu memenuhi keperluan bayi belajar menerusi rangsangan dari segi fizikal, emosi dan perkembangan sosial.

Cara terbaik untuk melaksanakannya ialah dengan melihat cue daripada bayi. Bayi anda mungkin mempunyai keperluan sensori yang berlainan dari bayi lain. Apa yang berkesan pada bayi lain tidak semestinya akan berkesan untuk bayi ada. Misalnya menuangkan air ke dalam atau memicit botol plastik, ringkas sahaja cukup menstimulasi bayi, dia suka! Asalkan ia sesuatu yang baru, ia tentunya akan menarik perhatian mereka.

Jumlah rangsangan yang patut diterima bayi juga bergantung kepada sistem neurologikal masing-masing dan juga keadaan atau mood bayi ketika itu sama ada letih, lapar, mengantuk dan sebagainya.

Mama dan papa perlu tahu apa yang bayi anda suka dan bila untuk berhenti. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk memberi rangsangan sensori tanpa keterlaluan. Perhatikan tanda atau cue yang bayi berikan, misalnya memalingkan wajah atau mula menangis sebagai tanda ‘cukup’ atau dalam bahasa mudahnya ‘Mama/ Papa tolong berhenti sekarang, saya dah bosan. ’

6 AKTIVTI YANG BAYI SUKA

Berikut ialah antara aktivti yang bayi suka. Maka bolehlan mama dan papa selalu buatkan untuknya;

#1 Pergerakan

Sebarang pergerakan akan disukai si kecil. Matanya akan terpaku kepada apa yang bergerak dihadapannya. Apatah lagi jika pergerakan tersebut diikuti bunyi-bunyian seperti bunyi seberkas kunci yang digerakkan, kakak dan abangnya yang sedang bercakap atau permainan kerincing yang digerakkan di hadapannya, ini tentu menarik perhatiannya. Bayi suka memberikan reaksi dan respons.

Melihat objek yang bergerak juga berkesan kepada perkembangan otak bayi. Pemerhatian bagaimana objek bergerak ini yang menyebabkan bayi amat tertarik kepada orang sekeliling, binatang pelihataan, permainan yang bergerak dan sebagainya.

#2 Sesuatu yang baru

Kajian menunjukkan bayi yang berusia empat bulan ke atas akan tertarik melihat objek yang baru lebih lama berbanding yang telah lama atau biasa padanya. Ini sebabnya kenapa bayi akan memilih untuk melihat sesuatu yang di luar kebiasaannya seperti orang asing terutama sekali sekiranya ia mempunyai ciri yang tidak biasa dilihat bayi seperti misai, janggut, kaca mata, rambut perang dan sebagainya. Ini sebabnya kenapa bayi hilang minat kepada mainan kegemarannya selepas tempoh tertentu. Kadang-kadang ia juga sebab kenapa bayi lebih tertarik dan teruja kepada orang yang dia jarang jumpa seperti makciknya yang datang melawat atau pakcik kedai runcit yang menegurnya.

#3 Kontras

Kita selalu mendengar yang bayi sukakan objek hitam dan putih, tetapi sebenarnya mereka lebih sukakan warna yang kontras. Ini sebabynya kenapa bayi sukakan melihat ke dalam mata anda atau melihat bayang yang terbentuk pada dinding. Apatah lagi ia bergerak-gerak, bayi lagi seronok!

#4 Respons

Bayi suka sangat menerima feedback bila mereka buat sesuatu. Contohnya apabila digerakkan kerincing dan kerincing tersebut berbunyi atau mama papa buat bunyi-bunyian apabila mereka ketawa. Apa juga objek yang memberikan reaksi akan mendapat perhatian bayi.  Bayi seawal usia 1 bulan sudah tahu mengenai hal ini, maka mama dan papa berilah perhatian kepada bayi dan cuba engage dengan bayi.

#5 Ritma dan muzik

Kebanyakan bayi sukakan irama dan muzik, sama ada ia nyanyian dodoi,bunyi mainan atau sekadar pintu yang berkeriuk apabila dibuka! Jadi mama dan papa jangan rasa bayi bosan bila anda dengarkan surah atau lagu-lagu kerana mereka sebenarnya sukakan irama dan bunyian. Ini kerana bayi sudah dirangsang dengan bunyi sejak dari dalam kandungan iaitu dengan bunyi degupan jantung ibunya, suara ibunya dan dari sekeliling.

#6 Meniru

Kalau anda buat sesuatu, bayi memang mudah untuk meniru. Perbuatan seperti menekan alat kawalan jauh TV, menyuapkan makanan dengan sudu, menekan butang, mengenakan mekap dan sebagainya cukup menarik kepada bayi. Tak lama lagi dia akan tiru dan cuba buat apa yang anda buat.

Bayi kecil 4 hingga 6 bulan misalnya suka buat mimik muka, kadang-kadang muka hodoh sebab dia pernah melihat anda melakukannya. Ini jugalah sebabnya bayi suka sangat kepada telefon pintar, kaca mata, suis lampu, kunci dan sebagainya. Ia kerana anda ‘suka bermain’ dengan barang-barang ini!

Tinggalkan Komen