Siapa kata bayi dalam kandungan tak tahu apa-apa. Sebenarnya bayi belajar banyak perkara sejak dalam rahim ibu lagi.

Hati-hati dengan apa yang anda cakap bila berhampiran ibu hamil. Janin yang berada dalam rahim ibu boleh mendengar bunyi dari luar dan boleh memahaminya serta akan mengekalkannya dalam memori mereka sehingga lahir, menurut satu kajian para penyelidik.

Ia mungkin kelihatan tak masuk akal yang janin boleh mendengar ucapan dari dalam rahim, tetapi bahagian-bahagian pemprosesan bunyi otak mereka menjadi aktif dalam trimester akhir kehamilan, dan bunyi dibawa agak baik dalam abdomen ibu.

Menurut cognitive neuroscientist Eino Partanen dari University of Helsinki, jika anda letakkan tangan di atas mulut dan bercakap, situasinya lebih kurang sama macam keadaan janin dalam rahim. Anda boleh mendengar bunyi rentak ucapan, muzik dan sebagainya.

Malahan semakin bayi membesar dalam perut ibu, dia semakin peka pada bunyi suara anggota badan ibu seperti degupan jantung, sendawa, sedu, mahupun bunyi perut ibu yang tengah lapar.

Bagaimanapun jangan disebabkan bayi boleh belajar ketika dalam rahim maka ibu kerap mendengarkan bunyi muzik atau rakaman bahasa untuknya. Menurut Partanen tiada bukti kukuh yang rangsangan berlebihan daripada bunyi biasa didengari dalam kehidupan seharian akan memberi banyak faedah jangka panjang pada kesihatan bayi.

Bayi Sebenarnya Belajar Banyak Perkara Dalam Rahim Ibu, Dia Dengar Apa Yang Ibu Ayah Cakap

IKLAN

Pakar perkembangan psikologi, Christine Moon, dari Pacific Lutheran University in Tacoma, Washington pula memberitahu mendengarkan bunyi pada janin dalam rahim menggunakan speakers terlalu dekat pada perut juga berisiko kerana ia boleh memberi berlebihan rangsang pada telinga bayi dan otak berkembang terlalu cepat.

Terlalu banyak bunyi boleh mengganggu sistem auditori dan mungkin ganggu corak tidur bayi.

Pelajaran Lain Yang Baby Belajar

Selain itu kajian juga mendapati bayi sejak dalam kandungan sudah biasa dengan bunyi bahasa ibunda ibu bapa mereka sehingga bila lahir mereka lebih memberi tindakbalas terhadap bahasa yang mempunyai ritma yang sama didengar ketika diucapkan ibu sejak dalam kandungan.

IKLAN

Sebenarnya bukan hanya peka pada bunyi suara, bayi berusia 7 bulan dalam kandungan juga sudah mula membuka mata dan memberi respon pada cahaya terang yang disuluh di perut ibu. Bayi akan memberi tindak balas dengan mengelakkan dari cahaya tersebut. Tindak balas ini anda dapat ketahui melalui pergerakan bayi dalam rahim.

Bayi juga mula belajar mengenal pelbagai rasa ketika dalam kandungan. Kualiti makanan yang dimakan oleh ibu dapat mempengaruhi anak. Semakin banyak variasi makanan yang dimakan ibu, akan akan semakin mudah menerima pelbagai jenis makanan baru yang ditawarkan padanya bila dia mula makan makanan pejal.

Ini dapat dibuktikan dengan deria rasa bayi yang mula berkembang sejak usia kandungan 7 hingga 8 minggu dan mengikut kajian pada minggu ke-14, bayi sudah dapat membezakan rasa manis, pahit dan masam. Deria bau anak juga mula berkembang dan dapat mencium bau makanan yang dimakan oleh ibu.

IKLAN

Bayi Sebenarnya Belajar Banyak Perkara Dalam Rahim Ibu, Dia Dengar Apa Yang Ibu Ayah Cakap

Maka tidak hairanlah bagaimana si comel sangat mengenali dan peka terhadap bau ibu sehingga boleh berhenti menangis tatkala diletakkan dekat ibu. Oleh sebab itu doktor akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan untuk membolehkannya rasa tenang bila dapat mencium bau ibu dan melancarkan proses pemberian susu ibu pertama.

Pada usia 20 minggu dalam kandungan, bayi sudah mula belajar memberi tindak balas pada perkara yang berlaku di sekitarnya. Walaupun tak banyak aktiviti yang dia boleh buat tetapi pada usia 18 minggu, si comel sudah mula pandai memasukkan tangan ataupun jarinya ke dalam mulut. Semakin membeasr usia kandungan, dia mula belajar untuk menggerakkkan kai, menarik, memukul dan mengayun tali pusatnya serta belajar untuk bernafas.

Sungguh menakjubkan kuasa Allah yang hebat mencipta manusia sehingga sudah boleh belajar sejak berada di dalam kandungan ibu lagi.

Sumber: sciencemag.org

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI