Seringkali kita melihat permasalahan gigi yang berlaku pada kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Hal ini disebakan kurangkan penjagaan gigi terutama sekali penjagaan gigi yang jarang diberikan perhatian juga penggunaan botol susu ketika mereka hendak tidur.

Semua ini memberi kesan kepada permasalahan gigi terutama masalah karies gigi yang berlaku di awal usia kanak-kanak. Dr Ahmad Faisal Ismail daripada UIAM berkongsi tip buat semua ibu bapa.

Gigi susu pertama akan mula tumbuh sekitar umur 6 bulan, dan gigi susu akan lengkap sepenuhnya pada umur sekitar 2 tahun setengah. Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan gigi susu ini kekal di dalam mulut sehingga gigi kekal sedia untuk tumbuh menggantikan gigi susu.

Belum 6 Tahun, Gigi Dah Rosak Teruk, Cegah Karies Gigi Lebih Awal, Pakar Kongsikan Tipnya!

Karies gigi sering terjadi kepada kanak-kanak, terutama kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun yang menggunakan botol untuk meminum susu. Ia juga disebut karies botol susu, dimana ia terjadi apabila gigi kanak-kanak terdedah kepada susu (atau minuman manis lain) dari botol, terutama semasa tidur.

Gula dari susu (atau minuman manis) tersebut akan digunakan oleh bakteria-bakteria di dalam mulut, dan seterusnya bakteria-bakteria ini akan menghasilkan asid. Asid yang terkumpul ini akan menyerang gigi kanak-kanak, sedikit demi sedikit struktur gigi akan terhakis dan mereput, seterusnya akan menyebabkan karies dan berlubang.

Ads

Kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat karies awal ini adalah kanak-kanak yang tidur bersama botol susu dan yang menggunakan puting kosong (pacifier) yang disalut manisan, terutama jika dibiarkan melekat di dalam mulut semasa tidur.

Semasa tidur, penghasilan air liur adalah sedikit. Salah satu fungsi air liur adalah penampan asid (meneutralkan asid). Ini akan menyebabkan asid yang terhasil oleh bakteria di dalam mulut tidak dineutralkan oleh air liur, dan akan menyerang gigi kanak-kanak semasa tidur.

Belum 6 Tahun, Gigi Dah Rosak Teruk, Cegah Karies Gigi Lebih Awal, Pakar Kongsikan Tipnya!

Ads

Gigi Manakah Yang Terdedah Untuk Karies Botol Susu?
Gigi pertama yang terlibat oleh karies botol susu adalah gigi atas hadapan. Ini kerana gigi atas hadapan terdedah secara langsung kepada susu atau gula. Jika tidak dikawal, karies akan merebak kepada gigi belakang yang lain (Gambar 1). Antara tanda-tanda karies adalah seperti terdapat tompokan putih (white spot) pada permukaan gigi atau terdapat perubahan warna keperangan (brown discoloration).
Gigi bawah hadapan selalunya jarang terlibat. Ini kerana semasa minum susu, gigi bawah hadapan dilindungi oleh lidah, dan gigi bawah hadapan juga dilindungi oleh air liur sebagai penampan.

Rawatan & Kesan Karies Gigi
Gigi susu penting untuk pengunyahan, pemakanan, percakapan dan estetik kanak-kanak. Gigi susu juga penting kerana ia memastikan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.

Pada peringkat awal karies, rawatan tampalan boleh diberikan. Jika karies terlalu besar, atau melibatkan saraf gigi, rawatan akar boleh dilakukan dan gigi akan diletakkan korona (crown) untuk melindungi gigi tersebut. Cabutan gigi akan dilakukan jika gigi tersebut tidak dapat diselamatkan atau mempunyai prognosis (kebarangkalian) yang buruk.

Ads

Jika karies pada gigi susu tidak dirawat, ia akan menyebabkan kanak-kanak mengalami sakit gigi, mempunyai masalah untuk makan dan menyebabkan abscess (nanah) pada gigi. Jika dibiarkan, jangkitan ini akan merebak ke tisu-tisu muka, menyebabkan kebengkakan muka.

Belum 6 Tahun, Gigi Dah Rosak Teruk, Cegah Karies Gigi Lebih Awal, Pakar Kongsikan Tipnya!
Tips penjagaan gigi kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah
1. Jika gigi susu belum tumbuh, bersihkan gusi anak selepas makan menggunakan kain bersih yang dibasahkan.
2. Pastikan ubat gigi yang digunakan mempunyai florida.
3. Elakkan anak tidur dengan botol susu di mulut.
4. Jika anak mengunakan puting kosong (pacifier), elakkan meletak manisan/gula pada puting tiruan.
5. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika mereka memberus gigi.
6. Berus gigi anak-anak selama 2 minit.
7. Belikan berus gigi bercorak kartun kegemaran untuk menggalakkan anak memberus gigi.
8. Galakkan anak-anak minum menggunakan cawan seawal umur 1-2 tahun.
9. Untuk kanak-kanak berumur dibawah 3 tahun, hanya sedikit calitan (smear) ubat gigi diletakkan pada berus gigi.
10. Kurangkan berkumur/galakkan meludah (spit) selepas memberus gigi.
11. Dapatkan pemeriksaan gigi seawal umur setahun.
12. Kunjungi klinik pergigian secara berkala, sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13. Dapatkan rawatan terapi florida di klinik pergigian jika perlu.

Belum 6 Tahun, Gigi Dah Rosak Teruk, Cegah Karies Gigi Lebih Awal, Pakar Kongsikan Tipnya!

Jangan lupa saksikan 18 November nanti.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI