Nak elakkan anak minum minuman bergas, kebanyakan daripada ibu bapa akan memilih jus kotak. Alasannya lebih baik dan mempunyai vitamin dari buah tersebut.

Sebenarnya tanggapan itu juga salah kerana jus kotak juga dikategorikan sebagai makanan ringan kerana kandungan gulanya sangat tinggi seperti yang dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman.

Tapi tahukah anda, jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat, ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.

Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya, ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.

Beri Jus Kotak Kononnya Elak Anak Minum Air Gas Tapi Sebenarnya Ada ‘Racun’ Gula Tersembunyi

Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!

IKLAN

Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula. Gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).

Gula fruktosa mudah:
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar-benar jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yang lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).

“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.

IKLAN

Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak-kanak Dr Robert Lustig.

Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak.

Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.

Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula.

IKLAN

Allah selamatkan kamu..

Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI