Dalam 10 kali berjanji dengan anak, berapa kali ibu ayah tunaikan. Cuba ingat? Kalau semua tunaikan, anda ibu bapa hebat. Tapi situasi sekarang ibu bapa hanya cakap saja semata-mata mahu anak dengar arahan tapi akhirnya tiada pun.

Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, permulaan ni memang tak nampak pun lagi. Lama-kelamaan nanti akan buat anak dah tak kisah, lagi susah nak dengar cakap dan akhirnya kerap memberontak.

Berikut antara perkongsiannya:

“Nanti esok lepas balik kerja I bawa you pergi beli kereta baru”. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba suami cakap macam ini pada isteri.

Hari ini cakap, mesti isteri dah tunggu kepulangan suami untuk pergi beli kereta yang dijanjikan tapi bila suami balik, beliau buat muka tak tahu macam tak ada berlaku. 
Esok suami cakap lagi, isteri tunggu lagi tapi tak ada juga. Sampailah esok, esok, esoknya lagi suami cakap lagi tapi masih tak ada. Mesti dalam seminggu “janji dimungkiri”, isteri akan mula rasa ditipu dan rasa apa yang suami cakap tak boleh pakai.

Rasa nak memberontak tak? Agak-agak kalau suami janji lagi mesti dah tak heran walaupun waktu itu suami memang betul-betul nak belikan. Mood yang sepatutnya gembira dah jadi hambar. 

Samalah juga janji kita pada anak, sekecil-kecil janji yang tidak ditunaikan pun boleh menyebabkan anak hilang kepercayaan kepada kita ya. Mohon sangat mak ayah supaya jangan biasakan menipu pada anak walaupun sekadar janji nak beri gula-gula 10 sen sebab boleh jadi nilai gula-gula 10 sen sama macam nilai 1 biji kereta bagi anak kecil.

Kepercayaan anak pula bukan boleh dibuat main sebab ia boleh menyebabkan anak: 
1. Hilang hormat. 
2. Tidak mendengar kata. 
3. Memberontak.

Keruntuhan kepercayaan anak tak ambil masa lama pun nak runtuh tapi ambil masa lama untuk bina balik.

Jom kenali jenis-jenis janji manis masam pahit masin mak ayah yang selalu digunakan untuk membentuk tingkahlaku secara kita tak sedar. Perkongsian ini adalah berdasarkan konsep “Operant Conditioning” dalam teknik mengawal tingkahlaku seseorang. Bukan kanak-kanak sahaja boleh guna, orang dewasa pun banyak guna kaedah ini tanpa kita sedar.

Ada 4 jenis iaitu:

  1. Positive reinforcement (Tambah sesuatu yang disukai)
    Contoh:

“Kalau kemas mainan ibu belikan mainan baru”

Jenis ini selalunya paling selalu kita lakukan tanpa sedar tapi jenis ini juga paling membuatkan anak sedih kalau janji tak ditunaikan.

High motivation = High frustration

Sebab itu, kalau kita teragak-agak untuk tunaikan janji jenis ini dinasihatkan jangan cakap langsung pada anak. Positive reinforcement ini bukan sahaja dengan cara beri “reward” barangan sahaja, pelukan, pujian, perhatian kita pun adalah salah satu hadiah buat anak. (Untuk anak bawah 3 tahun berkesan lagi, kalau 3 tahun ke atas biasanya dah tak berapa laku dah). 

Kalau nak guna janji jenis ini dalam mengawal tingkahlaku anak boleh cuba cara “reward system” berbanding bagi reward setiap hari. Contohnya kalau anak dapat 10 bintang, kita akan bagi hadiah ala-ala sistem kupon Aeon dapat beli pisau murah tu. 

Saya paling suka guna kaedah ini sebab selalunya anak akan lebih bersemangat untuk dapat “reward” yang dijanjikan. 

  1. Negative reinforcement (Tolak sesuatu yang tidak disukai) 
    Contoh:

” Kalau mandi sekarang, badan tak berbau”

Jenis ini mungkin jarang mak ayah guna sebab bila kita guna negatif tak seronok sangat berbanding positif. Elakkan guna ugutan ataupun menakutkan guna hantu ya. Guna hantu sebagai ugutan pun termasuk dalam jenis ini. 

  1. Positive punishment (Tambah sesuatu yang tidak disukai)
    Contoh: 
    “Kalau tak kemas mainan, ibu buang semua mainan”

Jenis ini pun selalu digunakan oleh mak ayah tanpa sedar ala-ala ugutan nak anak takut dan ikut cakap kita. Ada “cause and effect” kalau anak tak ikut. Tapi kalau apa yang “dijanjikan” walaupun ianya janji tak manis masih boleh menyebabkan anak jadi langsung tak ikut pun malah makin hilang percaya kepada kita ya. 

Saya nasihatkan kalau nak beri hukuman jenis ini kena agak-agak juga boleh buat atau tidak. Contohnya buang mainan, memang rasanya imposible la kan nak buang jadi elakkan beritahu hukuman yang keterlaluan yang kita pun tak pasti dapat lakukan atau tidak. Rotan pun masuk kategori ini ya.

Dulu-dulu cikgu sekolah selalu guna jenis ini, contohnya “kalau tak buat kerja sekolah, kena berdiri atas kerusi”. Siapa pernah kena? 

  1. Negative punishment (Tolak perkara yang disukai)
    Contoh:

” Kalau tak kemas mainan, tak boleh ikut pergi taman”

Kalau anak tak kemas, janganlah keluar. Jenis ini kita tarik benda yang anak suka. Yang ini pun selalu digunakan oleh mak ayah. Kalau dekat tempat kerja pun ada juga guna jenis ini, contohnya penggunaan bonus ataupun elaun kedatangan. Kalau ada isu apa-apa, tak dapat bonus dan sebagainya. 

Semua jenis pun ada kebaikan dan keburukan dalam membentuk tingkahlaku yang diingini. Pandai-pandailah mak ayah pilih ikut kesesuaian, yang penting apa kita cakap kena buat BUKAN CAKAP KOSONG 

Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)

Tinggalkan Komen