Sebelum ini heboh cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menuntut wang perbelanjaan raya untuk anaknya, Putri Sara Sefhia dari bekas suaminya Azmi Hatta.

Selepas tuntutan yang dibuat oleh Elly Mazlein itu, ramai netizen mengecam tindakan Azmi hingga ada yang tak berpuas hati kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak sendiri.

Bagaimanapun, semalam Elly Mazlein telah memuatnaik satu posting di instagram dengan meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya telah berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Mengakui pertemuan ini adalah suatu perubahan yang baik demi masa depan anaknya, Elly berharap hubungan ini akan dapat terus dikekalkan sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.

“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang,” tulisnya.

IKLAN

Selain itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya pelakon Faye Kusairi.

“Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi,” katanya.

Bersatu Lebih Indah! Demi Anak Elly Mahu Berbaik. Bersyukur Sefhia Dapat Jumpa Daddynya

IKLAN

Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.

“Ada yang mengharapkan semoga pertemuan ini memberi sinar baru buat Elly dan Azmi. Jagalah hubungan ini sebaiknya agar anak terus dapat kasih sayang dari mommy dan daddynya.

“Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia,” ujar netizen.

IKLAN

Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan dia mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sepatutnya.

Sebelum ini Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pada April lalu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi dalam satu majlis tertutup di ibu negara.

Sumber: instagram elly mazlein

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI