Saya ingin bertanya apakah amalan bersauna dan meminum ais akan menyebabkan penghasilan susu ibu berkurangan? Boleh terangkan bagaimana dan kenapa hal ini terjadi. Apakah patut kedua-duanya dihindari dalam tempoh penyusuan?

Suraya- Kuala Lumpur

IKLAN

 

Tidak ada sebarang bukti atau rujukan yang mengatakan amalan bersauna atau meminum air berais akan menjejaskan penghasilan susu. Di mana dan bagaimana puan mendapat maklumat ini? Ini mitos semata-mata. Sekiranya seseorang itu bersauna, dia akan mudah kekurangan cecair dalam badan. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk meminum air selepas bersauna untuk mengelakkan masalah dehidrasi.

IKLAN

Amalan meminum ais atau ais krim boleh mengakibatkan bayi selesema menerusi penyusuan? Tidak sama sekali! Ini juga merupakan mitos.  Jangkitan selesema bukanlah dari susu puan tetapi daripada jangkitan kuman di persekitarannya. Apabila anda sakit seperti selesema atau mempunyai sebarang penyakit berjangkit yang berkaitan, tubuh akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit yang dialami. Ketahuilah bahawa susu anda tidak akan menyebabkan bayi sakit sebaliknya akan menyalurkan antibodi yang dihasilkan melalui susu ibu kepadanya.

IKLAN

Faktanya, antibodi yang dihasilkan oleh badan anda boleh mengelakkan bayi daripada sakit ataupun membantu dia untuk melawan penyakit dengan lebih baik. Antibodi ini hanya boleh diperoleh daripada susu ibu. Malahan, badan anda juga akan menghasilkan antiviral properties yang dapat dibekalkan kepada bayi.

Inilah yang dipanggil targeted protection yang mana badan anda menghasilkan kesemua antibodi, antiviral dan sebagainya berdasarkan faktor persekitaran anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti mencuci tangan, mengurangkan sentuhan muka ke muka dan elakkan daripada bersin atau batuk apabila berada berhampiran bayi. Jelas sekali bahawa anda tidak perlu untuk menghindari dari kedua-dua amalan ini.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI