Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara menjaga kebersihan botol susu anak mereka. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.

Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.

Bersihkah Botol Susu Anak Anda? Penjagaan Tak Rapi Boleh Sebabkan Anak Muntah Dan Cirit-BiritDi sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:

IKLAN

CUCIAN BOTOL:

  1. Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.
  2. ‎Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.
  3. ‎Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.
  4. ‎Letakkan dalam keadaan terlangkup.
  5. ‎Boleh digunakan setelah kering.

DISARANKAN:

IKLAN
  1. Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.
  2. ‎Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
  3. ‎Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

Bersihkah Botol Susu Anak Anda? Penjagaan Tak Rapi Boleh Sebabkan Anak Muntah Dan Cirit-Birit

TAMBAHAN:

IKLAN
  1. Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.
  2. ‎Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
  3. ‎Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.
  4. ‎Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan

Semoga bermanfaat dan anak anda kekal sihat.

Sumber: Tajul Ariffin Norsadan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI