Oleh sebab setiap kanak-kanak itu mempunyai sikap yang berbeza kerana mempunyai latar belakang keluarga berlainan, maka setiap guru harus mempunyai pelbagai pendekatan untuk mengendalikan kanak-kanak di tadika. Maklumlah kanak-kanak ini macam-macam perangai.

Jadi, bukan mudah sebenarnya nak jadi cikgu tadika. Bukan setakat mengajar tetapi psikologi kena mantap!

Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri memberitahu ibu bapa perlu tahu peranan guru-guru tadika supaya jika anak tidak pandai membaca dan menulis, pihak tadika tidak disalahkan. dapat bekerjasam. Berikut 11 sikap yang sepatutnya mesti ada pada guru-guru tadika.

1.Guru-guru di tadika harus mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak untuk mengendalikan pelbagai situasi ini seperti tidak mahu ke tadika, takut guru dan sukar memahami pembelajaran dalam kelas.

2.Setiap guru tadika harus mempunyai ciri-ciri yang positif supaya dapat mengendalikan kanak-kanak dengan mudah dan dapat mengelak sebarang konflik pada diri kanak-kanak.

3.Guru perlu memupuk keyakinan kepada kanak-kanak supaya perkembangan emosinya tumbuh tanpa sebarang tekanan sewaktu menghadapi pembelajaran.

IKLAN

4.Pendekatan komunikasi dengan kanak-kanak tadika adalah berbeza dengan kanak-kanak yang telah berusia di sekolah rendah.

Biar Betul, Guru Tadika Punca Anak Tidak Mahu Ke Tadika?Jangan Terkejut. Baca Ulasan Pakar Kanak-Kanak Ini Dulu!

5.Guru yang tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu pendidikan awal kanak-kanak biasanya tidak dapat membezakan cara pendekatan yang diperlukan oleh kanak-kanak tadika.

6.Guru dipertanggungjawabkan untuk memupuk dan menyemai minat belajar di peringkat awal pembelajaran yang tidak formal. Biar pun kelihatan mesra tetapi tegas dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap keupayaan usia kanak-kanak. Guru perlu memikirkan kesesuaian bahan pengajaran, minat dan perkembangan yang bersesuaian mengikut peringkat usia.

IKLAN

7.Hari pendaftaran dan perkenalan bersama kanak-kanak sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk memastikan keselesaan dan keserasian kanak-kanak bersamanya. Sekiranya pada hari pertama kanak-kanak tidak selesa bermakna ada sesuatu yang perlu diberi perhatian.

8.Kadangkala terdapat guru yang terus memberi arahan dengan nada suara yang agak meninggi menyebabkan kanak-kanak tidak begitu selesa.

Melarang dan menegah menyentuh peralatan di dalam kelas pada hari pertama menyebabkan kanak-kanak berkeadaan serba salah dan tertekan.

9.Sebaik-baiknya adakan aktiviti sambil memberi peluang kanak-kanak membuat pilihan peralatan yang digemari. Jadikan aktiviti pada hari pertama sesuatu yang menjadi ingatan indah kepada kanak-kanak.

IKLAN

Biar Betul, Guru Tadika Punca Anak Tidak Mahu Ke Tadika?Jangan Terkejut. Baca Ulasan Pakar Kanak-Kanak Ini Dulu!

10.Penyampaian pengajaran perlu diberi perhatian pada minggu pertama. Pendekatan bermain sambil belajar sepatutnya diberi penekanan kepada kanak-kanak tadika bukan mengajar secara formal di tahun satu sekolah aliran perdana. Segala aktiviti berpusatkan main seperti nyanyian, bercerita, meneroka dan aktiviti luar bangunan. Guru yang bertauliah dan mendapat pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya mengaplikasikan pendekatan tersebut dalam pengajarannya.

11.Pihak pengurusan dan guru tadika perlu menjalin kerjasama dengan ibu bapa.  Ibu bapa perlu memberi kerjasama sepenuhnya jika anaknya menimbulkan masalah apabila dimaklumkan oleh pengurusan tadika. Begitu juga dipihak pengurusan perlu memberi perhatian tanpa ada perasaan menyisihkan kanak-kanak apabila pihak ibu bapa memberi teguran.

Kesimpulannya, guru tadika yang berkecimpung dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak peranannya amat besar dalam memupuk minat dan menyuburkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek bahasa, fizikal, kognitif, estetika dan emosi. Pada peringkat ini pendidikan awal perlu diberi perhatian sebagai asas pencambahan kepada perkembangan kanak-kanak yang akan berterusan sehingga ke peringkat pendidikan formal. Jadikanlah pendidikan awal sebagai isyarat bahawa belajar itu menyeronokkan dan tidak membosankan kepada diri kanak-kanak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI