Stimulasi atau rangsangan untuk bayi dan kanak-kanak sangat penting di peringkat umur 0 hingga 6 tahun. Fasa ini antara tempoh anak belajar banyak perkara sama ada melalui sentuhan, bunyi, penglihatan dan bahasa.

Jika fasa ini bayi terlepas proses stimulasi, dianggap satu kerugian besar. Jangan jadikan teknologi sebagai pendamping untuk anak semata-mata. Ibu bapa kena kreatif dan banyak lakukan aktiviti luar yang bermanfaat untuk anak.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau menyarankan aktiviti bermain di pantai antara rangsangan terbaik untuk perkembangan anak-anak. Ini kerana ia antara proses menyeluruh melibatkan deria anak.

Biar Kotor Pun Tapi Aktiviti Di Pantai Bantu Tingkatkan Deria Anak Jadi Pintar Dan Cergas

Berikut antara perkongsiannya untuk pengetahuan ibu bapa

“Cepatlah anak-anak oi!”

IKLAN

Anak dara aku ni, dari dia bayi lagi dia dah takut bunyi ombak. Sekarang umur dah 3 tahun pun masih takut ombak. Namun, aku belum putus asa nak yakinkan dia bahawa ombak di gigi pantai itu tak lebih daripada belaian sang laut pada daratan.

Adik dia pula, pertama kali pergi ke pantai. Seronok bukan main lagi dia. Ketap-ketap bibir. Geram agaknya tengok pasir halus tu. Sampai pasir tu dimakannya. Aduhai anak! Nanti orang kecam ayah sebab hanya mampu beri kamu makan pasir.

Bermain di pantai ni sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak. Ia aktiviti stimulasi deria yang agak menyeluruh. Antara deria yang terlibat:
1. Bau: bau garam laut
2. Pendengaran: deruan ombak, desir angin, geser pasir
3. Sentuhan: butir pasir (basah dan kering)
4. Propriosepsi: keberadaan anggota yang ditanam
5. Vestibular: imbang badan ketika jalan di atas pasir
6. Rasa: air laut (Tak usah beri anak makan pasir. Haha)

Aktiviti seperti membina istana pasir juga bagus untuk meningkatkan kefahaman anak tentang tentang konsep ruang serta menggalakkan kreativiti. Selain itu, ia baik untuk kemahiran motor kasar dan halus.

IKLAN

Galakkan anak bermain

Ramai kanak-kanak zaman sekarang ada masalah dengan integrasi deria (sensory integration). Ini kerana mereka asyik dibiarkan bermain dengan gajet(telefon pintar, tablet, dsb). Gajet hanya latih kordinasi mata-tangan. Aspek lain semua terabai. Ini buatkan mereka tidak awas/takut/geli dengan persekitaran mereka.

Jangan biarkan perkembangan anak anda terbantut! Hadkan penggunaan gajet. Galakkan mereka bermain di luar. Jangan terlalu bimbangkan kebersihan dan keselamatan anak sehingga menggangu fitrah mereka untuk meneroka dan alami persekitaran mereka.

Biar Kotor Pun Tapi Aktiviti Di Pantai Bantu Tingkatkan Deria Anak Jadi Pintar Dan Cergas

IKLAN

Meneroka dunia sekitar adalah terapi buat kanak-kanak. Ia akan buat anak anda lebih pintar dan cergas.

Tak susah pun nak buat terapi untuk anak-anak. Salah satu cara yang seronok adalah dengan bawa mereka ke pantai. Di sana buatlah apa sahaja yang terlintas di minda kalian. Bina istana pasir, berenang, main bola tampar, yang penting berseronoklah.

Namun jika anak anda kanak-kanak berkeperluan khas, boleh rujuk kepada jurupulih carakerja. Mereka akan ajar teknik yang sesuai!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI