Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.

Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!

Biarpun Demam, Ibu Perlu Terus Susukan Bayi. Susu Ibu Akan Bekalkan Antibodi Kepadanya!

Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.

IKLAN

Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.

Biarpun Demam, Ibu Perlu Terus Susukan Bayi. Susu Ibu Akan Bekalkan Antibodi Kepadanya!

IKLAN

Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:

  1. Meningkatkan pergerakan leukocytes.
  2. Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman.
  3. Mengurangkan kesan toksin.
  4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells).

Jaga kebersihan diri

Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.

IKLAN

Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.

Biarpun Demam, Ibu Perlu Terus Susukan Bayi. Susu Ibu Akan Bekalkan Antibodi Kepadanya!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI